Bersama si cantik manis Ajwin Ajeera. Ehem.. Nasib baik ko datang Ajwin =)
Alhamdulillah semalam telah berlangsung aktiviti berbuka puasa GengBlogger yang bertempat di Dataran Shah Alam. Sebelum itu berlangsung pertandingan bowling GengBlogger di Plaza Alam Sentral yang tak sempat aku hadiri. Dah training banyak kot. Takpe.. takpe.. ada masa nanti kita bertarung lagi di bowling lanes ye.
Pertama sekali terima kasih tak terhingga kepada Joegrimjow sebab menganjurkan event macam ni. Kalau nak harapkan aku ni, memang susah la sebab problem aku paling besar adalah transportation. Susah kalau ‘takde kaki’ bila duduk bandar macam ni. Nasib baiklah ada part time driver aku Syahirul yang sanggup mengangkut aku ke sana ke mari sejak first time aku sampai sini dulu untuk gathering pertama, beberapa gethering & lepak bersama blogger yang lain (Mandi-manda di Sungai Gabai & Memanjat-manjat di Shah Alam Extreme Park ). Terima kasih yang tak terhingga kepada ko. Lepas ni kalau ada lagi lepak-lepak menjelang merdeka aku payung ko lah bro. hehe~
Pada masa yang sama, aku juga ada dengar yang Ayie pun ada menganjurkan gathering GengBlogger di Johor. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Aku terharu dengan semangat blogger-blogger nih, dalam kesibukan kehidupan harian pun dapat menganjurkan aktiviti macam ni. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadirkan diri ke gathering macam ni. Aku harap gathering macam ni tak stop setakat ni aje, teruskan. Sedih gaklah sebab aku tak dapat join dah lepas aku blah ni, tapi daripada benda ni stop terus macam tak best lak kan.. Jadi sila teruskan.
Oklah… banyak kot membebel. Jom tengok gambar.
Sebab tak sempat pergi bowling, maka kitorang pergi bazar Ramadhan kat stadium Shah Alam. Terbaik lah! Macam-macam ada. Gambar nih masa Tan Sri Ariff memilih juadah berbuka, ditemani oleh bodyguard dan orang-orang kuatnya..
Sampai awal, takde benda nak buat. Lama pulak budak-budak ni main bowling. Ish.. rugi betul aku tak dapat join. Dari kiri Blowie, Azhar, MK, Eny, Een, Paeh, Ayong & aku. Aku sukalah sunglasses yang aku pakai tu. Cun tak?
Upacara ice breaking. Perlu ni. Ramai yang masih belum berkenal-kenal, jadi sesi ni perlu diadakan setiap kali bergathering.
Semalam birthday Yus, jadi ada upacara pertepungan Yus berlaku malam tadi. Selamat ulang tahun kelahiran ke-26. Dan juga selamat ulang tahun kelahiran ke-23 kepada Zara (hari ini) yang tak dapat hadir.
Macam biasa lepas gathering lepak kat mamak la. Hm.. aku dah nak blah ni kena hargai la saat-saat melepak kat mamak. Kat Moscow mana ada mamak. Bosan! Bar je bersepah. Sengal punya orang Russia. Joegrimjow, Mr. Piratz dan Bro Framestone pun ada sekali malam tadi.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. Aku tau ramai yang masih segan-segan antara satu sama lain tapi datang gak, termasuklah aku.. saya ni kan pemalu :P Kalau malu sampai bilalah nak berkenal-kenalan kan.. Bukannya apa pun.. Semoga persahabatan yang terjalin melalui perjumpaan macam ni berkekalan sampai bila-bila. Siapa kata kat dunia internet ni tak boleh cari kawan?
2010/2011 Premium Sponsor
dok ajak pun..
dah dekat sgt dah..
shah alam~uitm di hatiku
bestnye…
beshnyer!!!!!!!npe tataw p0n,, :(((
umah dkat je ngn s13 :(((
Pingback: Senarai GengBlogger Yang Datang Gathering Berbuka Di Shah Alam | KhaiZarien
bro..
nanti kte repeat bowling naa..hehehe
ko balik moscow bila?
wah best nya dapat jumpa kwn baru.. knp sy tak di jmput…
OPS sy tdk famous pun… Cheer… :)
lawa sehh formation gathering ko kat padang Shah Alam tuh, damn kenapa aku tak pergi! :(
hai tan sri ariff.teruja lah jumpa tan sri walaupun nmpk dr jauh je.ahaha.ok ok.pic yg atas skali tu pic mama qhayden.ini bakal papa qhayden ye? ;D
wah..beshnyer leh gather2 camni..sayangnye jauh tul tmpat gathering ni..huhu
best nyer dapat jumpa lagi korg2 semua,
tapi sorry ler tak dapat nk tunggu sampai sesi pecah ais tu coz dah janji dgn org umah utk jalan2 kat i-city tunaikan hajat dia…
org umah aku sempat gak berkenalan dgn blogger yg dia br jer baca blog nya beberapa sebelum gath, btol2 blogger tu duduk blkg dia jer…hehe
next time kalau ada apa2 event GB lagi boleh ler aku dan wife join sama…insyaAllah..
mengeratkan silaturahim…syukur…
naper la sampai sekarang aku segan nak datang ke majlis sebegini
wah meriah….teringin nak join tapi ada jemputan lain…
fuyyoo…lagi satu program yg berjaya. aktif sungguh geng nie. dlm diam-diam ada meet-up lg.
As Salam…
betul la ari tu kat bazar tu ariff…
ingatkan pelanduk dua serupa…
tp bile tgk pakai bj blogger tu rs mcm btul la ariff… :)
Patutlah web gengblogger down je. Korang ada agenda meet-up di dunia nyata rupanya.
aduh terlepas pulak kali ni…kalau tak boleh jugak mintak tolong ajar cara nak setup suma ni kan
Aku jugak yang tak sempat jumpa lu bro sejak lu balik dr moscow..belum jodoh agaknya..kita orang dah berusia memang susah sikit nak berjumpa…mana dgn family lagi mana dgn anak2 lagi..apa2 hal congrats buat gengblogger kerna berjaya menyatukan blogger2..
waa nyesal tak pergi..hehe..takpe2 akan datang sure akan pergi..tapi sayang lak ko n joe nanti takde dah kat msia..aku nak sangat jumpe n kenal2 ngan korang ne,hehe..
tergelak aku bila ariff shah mengatakan dirinya pemalu. kui3 ;P
meriah betul aktiviti kat sana..
nak pergi jauh pula..haha..
ada gak ye MK aka senior kolej aku dulu.. :D
tumpang seronok tengok pic u all. tahniah dan syabas.
ngat nak join lepak kat mamak tu..
tapi member lak nak gune moto..
huhu~
MM sempat tgk diaorg men bowling jer, x sempat gak jmpa ariff, huhuhu
serius best!
takpe, this year aku dah habis foundation kat kedah.
next year insyaallah dah kat shah alam, so beloh join2 gathering selalu sebab mostly gathering buat kat area selangor n kl~
Wah korang cari makan kat Stadium Shah Alam ek… Tempat aku merayau2 sorang-sorang pada setiap Ahad 12 tahun yang lalu.. Tak sempat aku singgah sana semalam.. :(
wohohoho…gambar yg first tak tahan tu…haha
hehehe…
best la korang leh lepak ramai2..hehe
best best… aku cuma memerhati dari Melaka je la.. hukhuk
gyahahahahah~
wahai tan sri ariff shah, happy dah dapat bergambo ngan ajwin? amboi2.. hehehehe.. beta akan menjadi driver part time sampai puasa ni aje.. pastu masing2 dah takde jumpa :)
b4 balik rusia, spec tu ko bagi aku aje la, sana sejuk, takyah pakai spec kan? gyahahhahaha~ ramai agi wanita nak bergambo ngan ko smlm tapi mereka segan.. sian ko… ape2 pon aku sonok smlm :)
hehe.. hepi2
erk.. spek kesayangan tu. seumur hidup sekali je boleh beli benda camtu. aku pun hepi ah. thanks a lot!