Budapest, Hungary

ariffshah-budapest-3

Jarang dengar orang Malaysia pergi Budapest. Kalau takde sebab nak ke sini, memang tak datang. Yang betul-betul travel bug je akan melawat kota ni. Samalah macam saya. Oleh sebab itu, saya mulakan travel report saya dengan Budapest. Nanti share pasal lokasi lain dalam blogpost seterusnya.

Budapest ni last minute punya planning sebab nak jumpa designer yang based kat sini. Tak pernah terfikir nak pergi sini, semuanya impromptu. Beli tiket, book hostel kat Airbnb and just go. Memang redah je.

So bila dah redah-redah macam ni, biasanya memang akan buat mistake dan kalau travel, mistake ni semua cost money. Harap dengan perkongsian ni, dapatlah korang save duit dan masa. Bagi yang dah pro travel ke Budapest, dialu-alukan untuk share tips lain kat ruangan komen.

Sedikit disclaimer. Travel style saya bukan super budget macam backpacker. Kalau travel dengan anak, keselesaan anak jadi keutamaan. So saya memang akan spend mana yang perlu. Walau bagaimanapun, mana yang boleh save tu kita save. Apa yang saya share mungkin bukan yang terbaik untuk anda. Hanya sebagai perkongsian pengalaman.

Transportation

Perihal transportation dalam Budapest ni sebenarnya sangat murah dan mudah sebab bandar ni compact dan transit system dia very extensive hasil daripada zaman Soviet dulu. Best thing is, boleh guna public transport dari/ke airport dengan mudah dan murah.

ariffshah-budapest-2

Tram ni sama dengan tram yang saya naik ke universiti masa zaman study dulu

Untuk guna public transport, kena beli pass. Boleh beli Budapest Card kat arrival hall airport. Harga dalam 20 Euro untuk dua hari. Ada option lagi murah iaitu dapatkan direct travel pass untuk public transport sahaja sebab Budapest Card ni dia combine sekali dengan museum pass tapi kalau kat airport, memang tak jumpalah public transport card ni.

Tak susah nak figure out transportation system kat sini. Bahasa je lain sebenarnya. Boleh guna Google map or download app nama dia BKK Futari. Kelemahan kat sini kalau ada sudden change macam jalan tutup, dalam Google map dan app tak tunjuk. Jadi kena pandai-pandai improvise.

Transportation – Transfer Dari Airport

Ada dua option untuk ke city center iaitu transfer shuttle dan bas. Kalau ambil teksi, paling kurang dalam 22 Euro, bergantung pada destinasi. So memang out.

Transfer shuttle ni adalah van besar yang kumpulkan beberapa penumpang lain. Jadi kena tunggu sikit. Still ok sebab kalau barang banyak pun, boleh muat lagi. Cuma kena tunggu je untuk dipenuhkan ke kapasiti minimum. Tak sempit sangat pun.

Beli Budapest Card terlebih dahulu sebab boleh dapat diskaun untuk transfer shuttle kalau guna Budapest Card.

Kalau larat nak sempit sikit dan angkat barang, boleh guna bas. Naik bas kemudian kena tukar metro pulak dan seterusnya sampailah ke alamat tempat korang menginap. Kalau dah buat homework sebelum datang sini, this is the cheapest option.

Selain tu ada transfer shuttle yang boleh diambil bersama flight ticket kalau fly in dengan regional airline. Lagi murah, cuma saya tak tau samada dia hantar ke stesen atau alamat.

Transportation – Teksi

Teksi kat sini mahal ya ampun. Masa hari pertama, jalan sampai malam. Nak balik tak larat dah, dengan sejuknya dan Naurah pun dah tido. Jadi ambil teksi. Perjalanan yang tak sampai 10 minit kena charge ~ 4900 Florint (16 Euro).

So, elakkan naik teksi kecuali kalau kaya.

Transportation – Hop On Hop Off Bus

Basically, benda ni bullshit. Tourist trap. Bila dah ada Budapest Card dan dah figure out transportation system kat sini, hop on hop off pass ni jadi obsolete.

Cuma good thing about this pass is ada recorded guide atas bas tu. So boleh dengar sepanjang jalan pusing-pusing Budapest. Dia akan bagi headphones untuk digunakan pada audio player yang ada pada setiap seat. Good if you want learn about the history of Budapest.

Kalau nak ambil hop on hop off, boleh ambil untuk sehari dan khatamkan semua line. Boleh top up dengan night cruise sekali. Night cruise wajib ambil sebab Budapest memang cantik waktu malam.

Accomodation

General rule kalau nak pilih accomodation kat sini adalah pilih kawasan yang dekat dengan pusat bandar dan dekat dengan tempat makan. Hostel yang kami book melalui Airbnb terletak dalam kawasan bandar (belah Pest, disctrict no. 7) dan kedai makan halal berdekatan hanyalah belakang blok sahaja.

Jalan dalam 10 minit dah sampai ke perhentian bas, metro & tram dan tak sampai 10 minit untuk sampai ke bangunan Hungarian Parliament, Margaret Island, Vaci street dan tebing sungai Danube.

Keep in mind Budapest ni adalah negara yang banyak bangunan lama. Kebanyakannya >100 tahun. Lagi tengah, lagi lama. Kalau follow Instagram Stories saya haritu, saya ada tunjukkan lif manual yang kena buka pintu sendiri. Kat tempat saya belajar dulu pun, pintu lif masih lagi automatik walaupun lif lama.

So tak perlu expect bangunan baru / berkilat kat Budapest. Pergi Melbourne atau New York kalau nak macam tu. Bandar ni memang unik dan ada identiti sendiri. After all, kita travel nak tengok benda berbeza. Bukan nak tengok benda sama yang ada dalam negara sendiri.

Tapi kalau kaya, bolehlah tinggal kat Marriot atau Four Seasons yang menghadap Sungai Danube dan Buda Castle. Cantik.

Safety

Bandar ni generally selamat. Tak banyak orang asing yang jadi peminta sedekah / buat bisnes takde lesen macam kat MIlan atau Paris. Paling kuat pun, ada kutu teksi kat airport dan kutu money changer kat bandar.

Open bar memang merata dan orang start minum dari pagi. Even kat kawasan perumahan pun bersepah open bar. Nak keluar malam selamat. Konsep dia jalan cepat, buat hal sendiri je kalau lalu kat kawasan bar ni. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Buat tak nampak je.

People

Persepsi awal saya pada orang Hugary ni ialah mereka lebih kurang macam Russian. Agak closed & not friendly to foreigners.

Ada beberapa event yang buat saya ubah persepsi terhadap mereka.

Pertama, masa kat airport nak beli air. Saya beratur dan bila sampai giliran saya nak bayar, masih lagi terhegeh-hegeh nak cari syiling.

Perempuan kat belakang, possibly another European macam annoyed dan minta kat cashier tu supaya dulukan dia. Cashier tu cakap no and perempuan tu komplen, “.. but he’s not organised.” Casher tu balas, “You can go to other place”.

Saya macam, wow. Sini diorang tak amalkan ketuanan orang putih terhadap Asia macam saya.

Another incident masa naik bas. Kat dalam bas, ada kawasan khas untuk stroller / OKU. Kami naik bas dan ada perempuan berdiri kat kawasan tu. Bas tak jalan, kemudian driver keluar dari kabin dia dan suruh perempuan tadi berdiri tempat lain dan bagi laluan kat stroller walaupun bas tu sebenarnya tak sesak sangat.

Amazing. Orang Hungary ni di sebalik gaya mereka yang nampak rough, kesedaran sivik dan rasa hormat mereka pada orang lain masih tinggi. Jarang ye untuk orang luar macam kita dapat treatment macam ni kat Europe.

Matawang

Euro diterima hanya di beberapa kedai tertentu pada kadar 10% premium berbanding kadar semasa. Walaupun begitu, banyak kedai tak terima Euro, jadi tukarlah ke matawang Florint mereka.

Macam biasa, jangan tukar kat airport sebab confirm mahal dan jangan tukar kat tempat yang ada logo Western Union sebab biasanya akan ada komisen yang dicaj. Tukar je kat bandar.

Fyi. Ada satu money changer yang dimiliki oleh orang Islam di jalan sama dengan Mc Donalds Vaci Street. Saya perasan masa nak tukar duit nampak ada sejadah terbentang dan Quran yang nampaknya memang digunakan. Lepas tukar duit, dia sapa bagi salam. So kalau nak support saudara ni, bolehlah ke sana.

Kat tepi-tepi jalan kadang-kadang akan ada kutu-kutu money changer. Elakkan berurusan dengan mereka la walaupun kalau kadar tukaran menarik. Takut nanti kena tipu/ragut. Lagipun, takkan lah nak tukar duit buat kat tepi jalan. Sah-sah tak selamat.

Interesting Spot

ariffshah-budapest-1

Kalau minat muzium, Budapest tempatnya. Saya tak minat. Tapi apa yang pasti, sebab bangunan muzium semuanya bangunan lama, interior dia memang grand dan cantik. Serius.

Landmark yang kena pergi adalah The Hungarian Parliament, Buda Castle, jambatan lama dan Margaret Island. Semuanya dekat-dekat je. Bandar ni sangat compact. Jadi nak travel antara satu attraction ke attraction lain tak jadi masalah. Dua hari boleh complete jalan-jalan sekitar bandar Budapest.

So kalau pernah terfikir nak pergi sini, just go. 2 hari 1 malam dah boleh complete semuanya. Kos makan dan tempat tinggal memang lagi murah berbanding kota lain di Eropah. Once in a lifetime punya destination kalau nak cuba something new in Europe.

Public bath yang popular macam Szechenyi Baths tu saya tak sempat tengok. Macam tak minat je.. Tapi menarik sebab memang tempat tu adalah identiti kepada bandar Budapest ni. Ada banyak natural thermal public bath kat bandar ni. Pergi untuk lihat bangunan yang cantik dan maybe, berendam dengan orang Hungary.

Margaret Island adalah sebuah pulau di Sungai Danube yang dedicated sebagai park sahaja. Besar pulau ni. Ada fountain kat entrance dan petang-petang ada water show yang

Makanan

Seperti bandar Eropah yang lain, banyak kedai makan Turki kat sini tapi tak semuanya halal. Budapest especially, sebab dah pernah kena jajah dengan Turki dulu, memang lagi banyak kedai makan Turki.

Elakkan bertanya pemilik kedai sebab kalau tanya dia, kebarangkalian untuk dia cakap halal adalah tinggi walaupun sebenarnya tak. Tak nak hilang bisnes kan.

Kedai yang memang halal biasanya akan tulis halal. Insha Allah ya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments