Brunei

Dulu saya pernah membalas email dengan seorang pembaca blog ini dari Brunei. Dia merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti di sana dengan kelulusan Phd. Apa khabar kenalan ini agaknya ye? Agak kagum bila tau orang yang ada Phd pun baca blog ni. Agak-agak siapa lagi yang baca ye? Teringin nak tau background pembaca lain.

Tak taulah kena rasuk apa pagi ni, tapi bila bangun pagi rasa macam nak pergi melawat Brunei pulak. hm.. Orang kata Brunei ni relax je. Takdelah traffic jam atau kereta banyak berpusu-pusu di sana-sini. Saya suka kehidupan macam tu. Kurang stress. Agak-agak kat Brunei wujud ke monday blues?

Berakas Beach 2
Mungkin sebab dah bosan dengan kehidupan bandar ni membuatkan saya rasa nak escape. Yelah, tak habis-habis shopping mall dan highway je. Nak cari pantai dan kampung pulak. Tak nak makan kat mamak dan fast food, only fresh made food. Patutlah orang kat bandar ni kadang-kadang ada yang macam orang gila. Dah stress sangat agaknya..

Buat masa ni nak jalan-jalan memang tak dapatlah tapi kalau boleh bila sampai masanya nanti, harap ada kenalan di sana yang sudi bawa saya jalan-jalan. Sebenarnya lagi best jalan-jalan kat tempat orang kalau ada orang tempatan yang bawakan. They know all the best places.

Apa-apa pun, selamat pagi diucapkan kepada semua. Kalau Monday blues tu, fikir-fikirkanlah destinasi percutian anda seterusnya. Kurangkan stress, tingkatkan produktiviti XD

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments

    • Ariff

      4 August, 2012 at 9:09 am

      serius? tak pernah dengar pulak camtu. tapi sama je konsep. Tak semestinya nak wang tunai, barang bernilai pun boleh

  • Abu

    12 July, 2012 at 10:26 am

    Hidup di Brunei mmg best untuk sapa yg suka hidup tenang.. Tapi keje di Brunei agak ‘stressful’ hehe.. Setelah bertahun keje sini, rasa mcm nak balik Msia pun ada gak.. Tapi bila skali2 balik KL, jadi pelik dan rimas bila mana2 pegi orang ramai.. Kena sabar lah lagi.. :(

  • akubiomed

    11 July, 2012 at 12:53 am

    Saya pernah bekerja di Sarawak dan Sabah serta pernah memasuki Brunei. Kehidupan disana tenang dan aman berbanding di Semenanjung kalau balik cuti rasa lemas.

  • halif

    9 July, 2012 at 9:46 pm

    Brunei negara yang agak cantik. Tak banyak beza dengan Sabah. Cuma maybe lagi bersih dan peramah orangnya. Pergi la ke sana. Cari kebesaran tuhan. Insya Allah kurang stress

  • Norfa

    9 July, 2012 at 8:53 pm

    betol bro.. kadang kadang bangun pagi terus nak berada kat negeri lain.. hihi.. berangan je.. dah banyak kali merancang nak ke negara orang, tapi tak menjadi pulak.. best kalau boleh jlan jaln ni..

  • ReM

    9 July, 2012 at 3:57 pm

    Brunei ni cantik negeri nya, saya pernah ke sana selama tiga minggu dulu. Dapat jalan-jalan kat sana, berbeza dengan negeri-negeri lain. Seronok kat sana

  • nurmisnan

    9 July, 2012 at 11:21 am

    Brunei is peaceful dan tidak berapa happening. Bila tiba ramadhan paling terasa tenangnya suasana. Untuk relaxkan diri mana2 tempat pun boleh brother…

    P.S. Itu aweks Brunei ker tiba2 teringat. har3..

  • namee

    9 July, 2012 at 11:00 am

    ariff…hari tu namee ada ubah bloglist…so link ariff jadi lambat update kat blog list namee tu. nak link yang dapat cepat update…please?

  • hafiz

    9 July, 2012 at 10:35 am

    brunei..tak pernah pergi sane..tapi berdasarkan citer dari adik ipar..malam kat sana agak bosan..nanti kalau ada rezeki, nak berjalan kat sana jugak la.

  • FaizJuon

    9 July, 2012 at 9:44 am

    Aku pernah singgah Bandar Seri Begawan kejap masa on the way nak balik Auckland. Masa tu transit Royal Brunei Airways KL – BSB – AKL. Transit 1 hari so sempat la pusing BSB kejap.

    Memang BSB ni agak lengang. Waktu tengah hari aku rasa boleh golek-golek atas jalan raya. Tapi bandar dia rasa macam KL tahun 80-an. But it’s a peaceful city nonetheless.

  • Jejai

    9 July, 2012 at 8:50 am

    Honestly brunei is the best place kalau nak cari duit. Kalau sesiapa kaki enjoy tuh jangan harap dapat jumpa pub ker atau tempat hiburan muda-mudi kat brunei. Jangan tak tau eden pun ada darah campuran orang brunei..hehe