Bro, Ni Halal Ke?

ariff-shah-japan

Bayangkan ni. Kau save duit untuk pergi trip tu lama dah. Dah plan baek punya. Beli tiket pun masa promotion 7-8 bulan hari tu nak dapat tiket murah punya pasal. Bila dapat pergi, kau rasa macam kau dah achieve something. Rasa puas dan kau sharelah pengembaraan kau kat social media.

Why not kan? Kita rasa happy. Rasa positive. Jadi share kat apa yang kita buat, nampak, rasa dan makan sepanjang trip tu. Kat negara orang serba-serbi lain.

Kat post gambar makanan tu, biasanya mesti adalah sorang hamba Allah ni akan tanya perihal halal ke tak makanan tu. Yang tanya direct message tu memang jaranglah, ni terus dia tempek komen kat gambar tu. “Bro, ni halal ke? Jzkk” “Ana dengar benda ni ada molekul / dna itu ini. Macam tak halal je bro.”

Kau tak pernah nampak pun feed hamba Allah ni dalam social media kau. Entah bila dia follow pun tak tau. Gambar profile pun kadang-kadang letak gambar entah apa-apa. Mungkin dia ternampak post kau sebab mungkin trending kejap kat mana. Doesn’t matter.

Kau pulak, dah survey awal-awal lagi mana tempat yang ada makanan halal. Masa kat sana, solat pun tak tinggal. Tengah seronok feeling jalan-jalan, sekali tengok ada komen macam ni. Masa tu, kau rasa dah kurang best sebab tiba-tiba dah kena justify pulak pasal status halal makanan tu. Nanti kalau ignore, takut orang ingat kau ni jenis yang melantak semua benda yang kau jumpa kat sana.

Orang yang suka tanya macam ni memang jenis yang spoil mood. Dan biasanya orang yang tanya soalan bodoh macam ni yang jenis jarang travel oversea.

Cukuplah dengan family rapat mak ayah tok nenek dan kadang-kadang pakcik makcik yang dok komen/tanya pasal halal haram benda kau makan kat oversea. Yang ni memang tak boleh elak dah. Ni nak kena layan pulak orang macam ni kat social media. Annoying.

Apa yang dia dapat sebenarnya tanya soalan-soalan macam ni? Yelah. Mungkin orang macam ni jenis yang tak berjalan kat luar negara sangat. Jarang tengok dunia. Asyik hadap fb je barangkali. Tapi come on la. Takkan tak reti bersangka baik kat orang lain? Sebelum komen kat gambar/profile orang, cuba fikir balik apa orang tu akan rasa dan efek komen tu pada orang lain yang akan baca komen tersebut kepada orang tu.

Memang susah sikit sebab dulu komunikasi semua direct. Sebelum ada social media dulu, semua tanya face-to-face, sekarang tinggalkan komen kat profile orang lain pun boleh dah nak tanya soalan dan boleh harapkan jawapan daripada orang tu. Dulu-dulu nak kena jumpa baru boleh tanya.

Social media ni bukannya baru sangat pun. Semua orang at least dah beberapa tahun tahu pasal social media ni. Jadi sekurang-kurangnya kenalah tau sikit adab nak komen kat profile orang lain. Ke tak tau sebab baru je keluar dari hutan?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments

  • Usamah

    25 August, 2016 at 2:55 pm

    I think this is not a big issue. No need to butthurt kalau kita xde wat salah. Just clarify je la yg makanan tu memang halal. Setel masalah. Macam tak perlu jadi isu besar sampai tulis blogpost. Zaman sekarang ni ramai org Islam yang dah tak kesah pon makanan tu halal ke tak. Tak payah sampai oversea, kat dlm Malaysia pon boleh tengok. Berlambak restoren yang famous tapi diragui status halalnya, (makanan jepun, korea, western etc.) orang melayu Islam selamba je pergi makan kat situ.

    • Ariff

      28 August, 2016 at 8:13 am

      You see. Itu masalah kat social media sekarang. Banyak yang perasan bagus bajet ahli syurga lurking people punya profiles and tunjuk bagus kat orang lain.

      Like I said, orang macam ni tak reti bersangka baik kat orang lain. Dia fikir dia nak tegakkan kebenaran all the time dan method dia undisputedly betul. Dia tak fikir pasal orang lain.

      Since when jadi tanggungjawab orang yang ditanya nak kena clarify kat orang yang bertanya in public? Macam dah buat salah pulak nak kena clarify ni. Nampak tak? The way you said it macam orang yang bertanya tu dah always in the right and it seems like it is sampai satu kerja orang yang ditanya nak clarify. Kalau tak clarify you cakap orang tu buat salah.

      So what kalau banyak restoren yang diragui kehalalannya kat malaysia ni? Kalau ragu-ragu, jangan makan kat situ.

      And since when I don’t have a freedom to write what I want in my blog? Or you yang butthurt sebab you orang jenis macam ni?

  • ahmad hasif

    15 August, 2016 at 11:51 pm

    hahaha..biase la tuh..orang main cakap je tak fikir..sekarang ni org tak risau sngt da pasal mknn halal sebab search je kat google mesti ade punye kedai yang jual mknn halal..

  • Atul

    14 August, 2016 at 11:37 pm

    Aku penah gak kena.. Tp masa tu kes lori aiskrim terbalik kt Highway Plus kita ni je.. Bukan kt Route 66 USA pun. Driver pass aiskrim kt semua kenderaan lalu lalang, aku mcm biasa Up kt fb. Ada plak insan yg tak penah like, tak penah even comment kt status yg aku up sebelum2 ni “halal ke tu?”
    Sah2 driver lori tu dah tanya bos dia kan, karang x pasal2 kena potong gaji plak bagi org aiskrim free. Kalau biar pun, buat cair atas jalan je.. Haihhh sadisss

  • Aida

    14 August, 2016 at 8:10 pm

    kesian awak… kadang2 memang byk jumpa komen mcm ni. kita sebagai pembaca pun sakit hati. selalu saya block je, even memang bengang tak boleh nak elak

  • zamani abe

    13 August, 2016 at 6:53 pm

    Samelah.. aku pun kena gak.. bila tepek gambar makanan kat tsukiji fish market.. huhu tp aku takdelah gelarkan tu soalan bodoh.. soalan kurang adab je… haha