Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Putrajaya Presint 11 Dibuka

Rasanya ramai yang sedang mencari maklumat tentang PR1MA ni. Untuk pengetahuan semua, permohonan untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi kawasan Presint 11 Putrajaya telah dibuka.

Pemohon boleh mengisi borang tersebut di laman web pejabat Perdana Menteri atau terus melalui pautan ini. Syarat utama untuk membuat permohonan dalam skim PR1MA bagi Presint 11 Putrajaya ini adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Bekerja atau menetap di Putrajaya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6000
  • Merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya (P.125)

Skim ini bukanlah untuk mereka memiliki rumah yang akan digunakan untuk pelaburan hartanah atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Lagipun pemilik rumah hanya boleh menjual semula rumah yang dibeli di bawah skim PR1MA setelah 10 tahun rumah tersebut dibeli.

Aku yakin mereka akan melakukan saringan yang ketat untuk memastikan golongan yang benar-benar layak diberikan peluang untuk memiliki rumah di bawah skim ini. Peluang untuk pemohon yang bekerja dan menetap di Putrajaya adalah sangat tinggi.

Cuma apa yang best tentang PR1MA ini adalah pembiyaan yang diberikan adalah 105% dengan pengecualian cukai stamp. No downpayment yo! Sesuai sangat untuk fresh graduate macam aku.

Mungkin impian aku untuk memiliki rumah sendiri seawal mungkin boleh dicapai melalui skim ini? Who knows kan..

[Kemaskini 6 Oktober] Terima kasih Ienafazlyna – td dah pergi ppj untuk dapatkan maklumat, katenye syarat pengundi parlimen putrajaya tu baru je ditambah..mungkin sbb ramai sgt yg mohon, so die nak sort betul2..setakat nie dah 5000 orang yg mohon sedangkan hanya 560 unit yg ditawarkan… so, saye pun ngah pk nak mohon ke x, sbb nak kena g tukar alamat ic n pusat mengundi dulu..uhuhuhuh… utk maklumat tmbahan tarikh tutup 12/10/2011 nie sbb pengundian akan dibuat pada 15/10/2011

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

23 Comments