Borang B atau BE LHDN?

Soalan ni biasanya ditanya oleh ramai pemilik enterprise yang masih makan gaji, tak pun agen unit trust/takaful yang masih makan gaji. Normal. Saya pun tertanya-tanya benda yang sama dulu.

Kekeliruan ni berpunca sebab hujung tahun dapat borang BE daripada majikan, kemudian bagi agen takaful/unit trust yang makan komisen, akan dapat borang CP58 daripada syarikat yang mereka wakili.

Jadi kalau dah ada dua borang ni, boleh combinekan jumlah pendapatan tu sebagai gaji lah kan, maka borang BE lah jawapannya. Betul?

Salah.

Untuk pemilik enterprise dan agen unit trust / takaful, borang B adalah borang cukai anda setiap tahun. Yang ada SSM /  enterprise sepatutnya no question dah pasal ni tapi biasalah, hal percukaian ni memang tak pernah diajar di universiti kecuali untuk mereka dalam jurusan tertentu. Memang mengelirukan.

Paling tak best LHDN anggap kita tahu semua ni sebaik sahaja ada pendapatan dan layak bayar cukai, dan kalau silap boleh kena denda dan penalti kalau mereka jumpa. Tak patut sebenarnya tapi nak buat macam mana, dah sistem pendidikan tinggi kita ni lemah, benda yang patut diajar seperti financial literacy ni tak diajar.

Jadi anda yang baru berniaga dan bekerja ni nak tak nak kena cari maklumat tentang prosedur percuakaian ni sendiri. The best way untuk kurangkan cukai adalah dengan membayar cukai yang sepatutnya sahaja, no penalty dan claim mana yang layak. Orang yang betul-betul tahu sahaja pasal percukaian yang dapat buat macam ni.

Kemudian, advance sikit ye. Dah berhenti kerja, tutup enterprise dan buka Sdn Bhd. Makan gaji je daripada syarikat sendiri. Borang B atau BE?

Jawapannya borang BE sebab Sdn Bhd ni dianggap entiti berbeza daripada pemiliknya. Semua duit Sdn Bhd dianggap bukan duit pemiliknya walaupun sebagai pemegang saham 100%. Jangan confuse.

Kepada fresh graduate yang tak pernah nampak borang B / BE ni, be prepared ye. Ebook Cukai ni cukup untuk cover semua yang ada tentang cukai untuk mereka yang baru bekerja dan mulakan perniagaan. Saya dah baca sampai habis dan approve content yang ada.

Kenapalah masa saya baru kerja dulu takde ebook ni? Yang berminat nak belajar tentang percukaian dengan betul daripada orang yang bertauliah untuk menguruskan cukai boleh baca ebook ni. Cukup dah sebagai permulaan. Saves you money daripada buat silap bayar penalti (kalau salah) atau hire konsultan cukai.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

Leave a Reply