Siapalah saya nak suruh anda semua sokong dan support. Hanya bergantung kepada keikhlasan semua untuk membantu saya dalam contest ini. Banyak kejayaan yang saya telah terima sebelum ini hasil daripada bantuan pembaca semua jadi dah macam segan nak minta tolong lagi.
Apa-apa pun, kalau saya menang, hadiah yang diterima sangatlah bermanfaat kepada saya, bukan untuk show off atau nak bergaya je lebih. Saya hargai segala usaha rakan lain yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan jasa anda itu saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Ingat, tiada paksaan dalam menyokong.
Teruskan ke entri ini untuk memberikan sokongan anda dalam bentuk komen (tak kisah kalau dah pernah komen, komen lagi takpe dan lagi.. dan lagi), Google +1, Facebook Like dan Retweet. Ada peluang cerah untuk saya, cuma perlukan sedikit sahaja lagi sokongan daripada anda. Harap impian menjadi kenyataan.
Ikhlas,
- Ariff
***
Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).
Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.

Dah try sendiri. Terus jatuh cinta...
Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).
Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.
Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).
Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
***
Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak
semoga berjaya arif.. ;)
Entri terbaru Nurul >> 3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM
Mampir kesini, semoga Ariffshah masuk Top 5 dan berhak atas gadget impiannya…
Entri terbaru Dadan >> Hakikat Do’a
saya singgah memberi sokongan padu buat ariffshah!
Entri terbaru incik >> Facebook versi loghat utara
boleh dapat tu, sikit je lagi kena usaha
Entri terbaru kimmie >> Wordless Wednesday 18 – agak – agak objek apa ni?
Singgah bagi sokongan buat rakan seperjuangan.. :)
InsyaAllah,boleh dapat punya.hehe
Entri terbaru BudakSerius >> Mati Setelah Nafsu Dipuaskan
semoga berjaya bisa masuk Top 5 dan dapatkan MacBook Air bro Ariff !
Entri terbaru Dadan >> Rakan Paling Mesra Januari 2012 Denaihati.com
terima kasih dadan. sampai ke sini. semoga segala bantuan membuahkan hasil
Semoga Bro Ariff mendapat gadget impiannya..
Entri terbaru Bang Iwan >> Pemenang Piala Oscar 2012
terima kasih kerana menyokong dan hadir ke sini bang iwan
dah komen dah td..tk kluar ek..ermmm..
Entri terbaru arulchelsea >> Pertandingan ratu cantik berkerusi roda
ada2… kadang-kadang komen kena approve dulu baru boleh keluar
semog berjaya… useha lif kejayaan..kih kih kih
Entri terbaru arulchelsea >> Pertandingan ratu cantik berkerusi roda
thanks arul! harap lif tak sangkut di tengah jalan
Semoga berjaya bro..
Entri terbaru faizfakhirin >> WikiLeaks + Anonymous : 5.5 Juta Email Penting Akan Disebar
ariff, nak jual brapa kalau dapat macbook ni? fren price la kasi.. hehe
goodluck bro, lepas ni sekapal dengan geng geng iOS la..iPad 3 pulak kita tunggu nanti..hehe
Entri terbaru syahrilhafiz >> Top Blog Malaysia Paling Popular Tahun 2012
ada rezki insyaAllah..
semoga menang kontesnya
Selamat berjaya. Agar apa yang diidamkan tercapai. :-)
good luck bro.. semoga apa yang dihajati mendapat.
Entri terbaru Yus >> 10 Filem Aksi Terbaik 2011 – Wajib Tonton
semoga berjaya ye ariff..sy sntiasa sokong.. letih dah G+, tweet, like.. kehkehkehkeh
Entri terbaru muazfaris >> Dapat tiket percuma ke Showcase Native Deen 2012 bernilai RM105 tu!
all da best bro :)

Entri terbaru izzat >> Cara buat cupcake dan potensi perniagaan
insyaallah… ada rezeki utk ariff tu. all the best n gud luck…
hehe boleh dapat punya.. ada rezeki tak kemana ;)
Entri terbaru zuan >> > Lucky Day | Wavin’ Flag
insyallah dapat menang 2…

kalau menang post la kat blog ek..
tq :)
Entri terbaru TopiJerami90 >> Sinopsis Adam Dan Hawa
Perancangan yang bagus tu, Ariff. InsyaAllah, akan berjaya.
Entri terbaru Sya Isya >> GAMBAR GUBAHAN HANTARAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM
insyaAllah.. kalau dah rezeki kau, ada ler tuh..
Entri terbaru nurmisnan >> Cara merawat Amnesia dirumah
Insyaallah boleh menang Bro
Entri terbaru Ahmad Hati >> Giveaway Hadiah Dari Moscow
insyaAllah.
global pon bro boleh buat, apatah lg domestik cmni. cewah. huhu
Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Starbucks Coffee Fukuoka: Ilham Kengo Kuma Daripada D-Day?
Good luck brader! imac pun boleh main game. keke. #racuunn
Entri terbaru Fazreen >> Saya Rindu Dia
Insyallah Bro dengan berkat sokongan dari rakan-rakan, tak mustahil hadiah Macbook Air ini menjadi Milik Bro. Cuma yakinkan rakan-rakan betapa Macbook Air ini amat bermakna untuk bro. All The Best and Good Luck
insya-Allah..boleh punya.. kena rajin promosilah. hehe
Entri terbaru ohcikgu >> Lelaki Bangladesh yang mempunyai suara emas.