Boleh Ke Dapat Macbook Air Ni?

Reading Time: 3 minutes

Siapalah saya nak suruh anda semua sokong dan support. Hanya bergantung kepada keikhlasan semua untuk membantu saya dalam contest ini. Banyak kejayaan yang saya telah terima sebelum ini hasil daripada bantuan pembaca semua jadi dah macam segan nak minta tolong lagi.

Apa-apa pun, kalau saya menang, hadiah yang diterima sangatlah bermanfaat kepada saya, bukan untuk show off atau nak bergaya je lebih. Saya hargai segala usaha rakan lain yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan jasa anda itu saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Ingat, tiada paksaan dalam menyokong.

Teruskan ke entri ini untuk memberikan sokongan anda dalam bentuk komen (tak kisah kalau dah pernah komen, komen lagi takpe dan lagi.. dan lagi), Google +1, Facebook Like dan Retweet. Ada peluang cerah untuk saya, cuma perlukan sedikit sahaja lagi sokongan daripada anda. Harap impian menjadi kenyataan.

Ikhlas,
– Ariff

***

Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).

Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.

Dah try sendiri. Terus jatuh cinta…

Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.

Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).

Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.

Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).

Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

***

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak SitiJaws.my dan Serverfreak


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Boleh Ke Dapat Macbook Air Ni?”

  1. Nurul Avatar

    semoga berjaya arif.. ;)

  2. Dadan Avatar

    Mampir kesini, semoga Ariffshah masuk Top 5 dan berhak atas gadget impiannya…

  3. incik Avatar

    saya singgah memberi sokongan padu buat ariffshah!

  4. kimmie Avatar

    boleh dapat tu, sikit je lagi kena usaha

  5. Myra Jay Avatar

    Singgah bagi sokongan buat rakan seperjuangan.. :)

  6. BudakSerius Avatar

    InsyaAllah,boleh dapat punya.hehe

  7. Dadan Avatar

    semoga berjaya bisa masuk Top 5 dan dapatkan MacBook Air bro Ariff !

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      terima kasih dadan. sampai ke sini. semoga segala bantuan membuahkan hasil

  8. Bang Iwan Avatar

    Semoga Bro Ariff mendapat gadget impiannya..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      terima kasih kerana menyokong dan hadir ke sini bang iwan

  9. arulchelsea Avatar

    dah komen dah td..tk kluar ek..ermmm..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada2… kadang-kadang komen kena approve dulu baru boleh keluar

  10. arulchelsea Avatar

    semog berjaya… useha lif kejayaan..kih kih kih

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      thanks arul! harap lif tak sangkut di tengah jalan

  11. faizfakhirin Avatar

    Semoga berjaya bro..

  12. incik Avatar

    ariff, nak jual brapa kalau dapat macbook ni? fren price la kasi.. hehe

  13. syahrilhafiz Avatar

    goodluck bro, lepas ni sekapal dengan geng geng iOS la..iPad 3 pulak kita tunggu nanti..hehe

  14. Alan Avatar

    ada rezki insyaAllah..

  15. obat jantung koroner Avatar

    semoga menang kontesnya

  16. akubiomed Avatar

    Selamat berjaya. Agar apa yang diidamkan tercapai. :-)

  17. Yus Avatar

    good luck bro.. semoga apa yang dihajati mendapat.

  18. muazfaris Avatar

    semoga berjaya ye ariff..sy sntiasa sokong.. letih dah G+, tweet, like.. kehkehkehkeh

  19. izzat Avatar

    all da best bro :)

  20. idamohammad Avatar

    insyaallah… ada rezeki utk ariff tu. all the best n gud luck…

  21. zuan Avatar

    hehe boleh dapat punya.. ada rezeki tak kemana ;)

  22. TopiJerami90 Avatar

    insyallah dapat menang 2…
    kalau menang post la kat blog ek..
    tq :)

  23. Sya Isya Avatar

    Perancangan yang bagus tu, Ariff. InsyaAllah, akan berjaya.

  24. nurmisnan Avatar

    insyaAllah.. kalau dah rezeki kau, ada ler tuh..

  25. Ahmad Hati Avatar

    Insyaallah boleh menang Bro

  26. Ekspresi Ruang Avatar

    insyaAllah.
    global pon bro boleh buat, apatah lg domestik cmni. cewah. huhu

  27. Fazreen Avatar

    Good luck brader! imac pun boleh main game. keke. #racuunn

  28. JAI Avatar

    Insyallah Bro dengan berkat sokongan dari rakan-rakan, tak mustahil hadiah Macbook Air ini menjadi Milik Bro. Cuma yakinkan rakan-rakan betapa Macbook Air ini amat bermakna untuk bro. All The Best and Good Luck

  29. ohcikgu Avatar

    insya-Allah..boleh punya.. kena rajin promosilah. hehe