Skip to Content

Blogger Melayu Merosakkan Industri Muzik Tanah Air

Blogger-Melayu-Merosakkan-Industri-Muzik-Tanah Air

Pos ini ditujukan kepada segelintir blogger Melayu yang terlibat dalam aktiviti ini dan BUKAN kepada semua blogger Melayu. Harap maklum.

Sepanjang berblogging ni, aku banyak terserempak dengan blogger-blogger Melayu yang menyebarkan mp3 lagu-lagu popular tanah air hasil titik peluh artis-artis tempatan. Terus terang aku cakap apa yang korang buat tu memang salah dan tak bermoral. Ya, aku tahu dan kau pun tahu yang kata kunci seperti download mp3 menatap matamu aril af7 dan download mp3 melayu baru percuma memang boleh buat blog kau laku dan dapat buffered earnings daripada Nuffnang dan mungkin juga akan ada orang klik Google Adsense kat blog kau tu kalau kau ada letak, tapi tak terfikir ke pasal artis dan penulis lagu tu pulak?

Mereka pun cari rezeki juga, jadi bila kau dah terlibat kasi orang lagu dan mp3 free, siapa nak beli album mereka? Kalau kau dah dapat permission from Aril AF7 atau daripada company dia supaya kau boleh distribute lagu-lagu tu secara free, xkisah. Kau distribute hasil kerja orang lain tanpa kebenaran, nak-nak lagi hasil kerja anak Melayu. Ni yang buat aku pandang rendah kat segelintir blogger ni. Aku tak kisah la kalau kau nak distribute free mp3 Taylor Swift ke, atau  free mp3 Black Eyed Peas tu hal korang. Tapi jangan la buat kat kaum Melayu sendiri.

Nak cakap aku ni big fan artis-artis Melayu, tak juga. Lisa Surihani tu pun aku tak pernah kenal sebelum jumpa dia dulu. hehe.. tapi lepas dah jumpa Lisa Surihani tu, barulah berkenal-kenal sket. Masa tu dia baru je lepas graduation kat UK. Yang tu kita cerita kemudianlah or, senang cerita tak payah cerita la.

So itulah point aku kali nih. Nak cakap halal haram hasil pendapatan macam tu, aku tak tahu. Aku bukan mufti, tapi apa yang aku tau kita kena respect hasil kerja orang. Kalau suka tu beli la kan.. duit kan ada.

Harap takde yang berdendam atau apa. Ni cuma teguran terbuka.

Kalau setuju dengan artikel ni boleh tolong Digg. Sebarkan kebenaran.

Related Posts with Thumbnails


17 Responses to “Blogger Melayu Merosakkan Industri Muzik Tanah Air” Leave a reply ›

  • download kat tenet ade yang legal cam kat hotlink,maxis dan lain2.tapi illegal donlod kat blog atau mana2 forum memang salah.sebab diorang ada copyrite masing2.

    tapi nak buat camne.malaysia adalah negara terbesar illegal donlod after china.sabar jerla
    aidi-safuan´s last blog ..I've met Mawi "Purba" in Karaoke Lounge! My ComLuv Profile

    • digi pun ada. rm5 sebulan. dapat 5 lagu drm free untuk di download. tapi lagu local xbanyak lagi lah

  • so ko mmg xpenah skit pun download dr tenet ke bro?
    x-po´s last blog ..SAYA MASIH ISLAM. TAK PERCAYA KE? My ComLuv Profile

  • alamak ! mcm mengata aboi aje hehehe..ok tq aboi take note 'bout thiz n3 owh !
    si budak aboi´s last blog ..Revolusi My ComLuv Profile

    • alamak! ada ke? tak2. tak target sesape secara spesifik. cuma teguran terbuka je.

      mana yang betul tu kita sama2 ambil iktibar

  • Internet sekarang adalah segala²nya . isu macam ni dah pernah diutarakan tapi dorang bangkang sepenuhnya . Sebab apa guna medium penghantaran yang paling baik di dunia , dan apa guna teknologi yang semakin pesat membangun . So speechless untuk kita bangkang coz kalau kau tengok Majalah² pun ada orang scan dan jadikan pdf untuk didownload , movie bersepah orang RIP . Sebab benda ni manusia yang cipta dan dorang boleh buat luar dari jangkaan . Godeh² dapat benda baru kalau tak blogger melayu , cina , india etc semua mesti buat benda camni juga . Bagi aku dorang buat duit dengan Album yang dibeli oleh fans dorang , show dorang , iklan dll :)

  • Go report them then.

    "AdSense publishers may not display Google ads on webpages with content protected by copyright law unless they have the necessary legal rights to display that content. Please see our DMCA policy for more information."

    BTW, your logic is flawed. Piracy is always wrong, be it local content or international content. Saying "Aku tak kisah la kalau kau nak distribute free mp3 Taylor Swift ke, atau free mp3 Black Eyed Peas tu hal korang. Tapi jangan la buat kat kaum Melayu sendiri." is like saying "It is legal to STEAL from anyone but Malay."

  • kebanyakan yg buat keje ni budak2 sekolah line2 menengah air liur meleleh lagi tak kenal halal ke haram, yg kita yg tua ni la tukang mengingatkan diorang, yea sokong mp3 haram sucks dan patut dibendung
    Blog Posting Services´s last blog ..The Apple Phenomenon My ComLuv Profile

  • website macam ni makin banyak sebab:
    1- nak trafik sebab orang malaysia memang nak yang free je
    2- nak dapatkan duit dari iklan
    3- nak orang sebut2 nama blog dia
    dan lain2

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Posts linking here

  1. Favicon for http://www.google.com/s2/favicons?domain=www.ubervu.com uberVU - social comments