Blogger Dan Parodi

Ahad nak entri santai sikit, boleh kan?

Pagi-pagi lagi aku dah tergelak melihat telatah kawan-kawan blogger kat Facebook. Semuanya gara-gara gambar profile Chokilala yang nampak senang sangat jadi sasaran untuk parodi. Yelah, gambar berbackground kereta bomba tu memang sape-sape pun boleh amik kalau jalan-jalan kat Melaka.

Gambar asal, ceria dan innocent..

Kanvoi blogger dari KL tak balik terus lepas pergi majlis perkahwinan semalam. Sempat berjalan-jalan sekitar Melaka. Ahh… aku rindu Melaka. Rindu nak jalan-jalan macam pelancong asing dari Jonker Street tu ke Dataran Pahlawan.. Kereta bomba ni aku tak tau kat mana, tapi aku rasa mesti kat kawasan Dataran Pahlawan tu. Banyak yang dah berubah kat Melaka.

Maka hantu dua orang ni pun tangkap gambar macam kat atas ni tapi versi diorang sendiri. Aku tak tau idea siapa, tapi aku rasa ni confirm idea si Eny..

Aman dari Amanz.my. Boleh tahan gak mamat ni punya sense of humor..

Eny SickChild72. Kenal sangat dengan Eny ni..

Dan reply daripada Chokilala..

Part rambut Aman paling best. LOL!!!

Blogger, mereka bukan sahaja geek, tapi masih mempunyai good sense of humor. Moral of the story, jangan gunakan gambar profile yang mudah menjadi sasaran parodi  atau manipulasi oleh individu lain terutamanya jika anda mempunyai ramai rakan yang memang suka buat kerja gila. Sekian.

+ 10 Malaysia Top Link & Commentator Januari 2011

Premium Sponsor

74 Comments