Blogger dan Award

blogger dan award

Suka tengok ragam blogger waktu-waktu award macam ni..

Semalam berborak dengan mother in law pasal MSMW. Selalunya time award inilah kita dapat kenal lebih ramai blogger, tak kiralah blogger baru dan lama. Ada blogger yang selama ni underground mula jadi mainstream, ada blogger yang selama ni dikenali pada nama sahaja mula menampakkan muka.

Bila bercakap tentang award, saya selalu tanya diri saya balik, layak ke? Melihat kepada kategori tahun ni, saya sedar blog.ariff tak layak untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan. Kalau ada pun macam kategori lifestyle tu, masih lagi rasa tak memenuhi definisi sepenuhnya blog lifestyle.

Pada saya kalau nak jadi lifestyle blogger ni, kena lebih aktif menulis blog. Right now, memang nampak slow sebab nak keep up dengan gaya hidup yang baru (marriage, new job). As for now, blog ni masih lagi personal blog di mana saya menulis berdasarkan topik tertentu dan ikut mood. Simple.

Satu yang kelakar time award ini ialah branding yang blogger gunakan pada blog mereka. Time award inilah diorang mula nak define blog masing-masing. Ada yang baru dua tiga kali berjalan dan update dalam blog dah guna title travel blogger, ada yang wife baru mengandung dah panggil diri sendiri parenting blogger. ha ha..

Branding doesn’t work like that. Kalau saya, segan sangat nak brand diri sendiri something dan walaupun sebelum ni orang pernah panggil saya pakar this and that, saya selalu rasa tak kena dengan panggilan tersebut.

Mungkin ada yang tak setuju dengan saya. Well up to you guys. Apa-apa jelah.

All the best to all contestant. Hopefully MSMW ni akan membawa blog anda ke tahap yang lebih baik berbanding sekarang, tak kiralah menang atau kalah. Sebagai calon award MSMW untuk dua tahun berturut-turut (dan pemenang.. ehem) banyak blog yang tak menang tapi blogger-blogger ni improve a lot lepas MSMW.

Nothing is impossible!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments