7 Blog Malaysia Bebas Iklan Leaderboard

Aku percaya pada kebebasan mutlak pemilik blog untuk meletakkan apa sahaja saiz iklan yang mereka ingini di blog mereka tanpa dikenakan penalti atau didiskriminasi oleh syarikat iklan yang meletakkan iklan di blog mereka.

Kebebasan ini logikal kerana pemilik blog tahu apa yang terbaik untuk blog mereka, termasuklah maklumat conversion rate untuk setiap jenis saiz iklan yang diletakkan di blog mereka. Kenapa perluletakkan sesuatu jenis iklan pada sesuatu tempat kalau takde orang nak klik iklan tersebut?

Bahagian header sesebuah blog adalah penting untuk mengekalkan jenama dan identiti blog. Kebanyakan iklan yang diletakkan di header mengubah rupa asal sesebuah blog terutamanya blog yang mempunyai design header yang cantik.

Oleh sebab itu, aku rasa adalah wajar supaya blogger tidak dikenakan syarat untuk meletakkan saiz iklan tertentu pada blog mereka, sebaliknya diberikan kebebasan untuk memilih saiz iklan yang mereka ingini.

Di sini aku senaraikan 7 blog di Malaysia yang tidak menggunakan iklan leaderboard (728×90) di header mereka namun masih menjana pendapatan daripada blog tersebut sebagai inspirasi buat semua.

Rames Studios

 

Hidup Biar Sedap

 

Denaihati

 

Blog Serius

 

Amanz

 

JomPHP

Mana blog lagi satu? You’re looking at it. blog.ariff dah lama buang iklan leaderboard sebab aku rasa saiz tu tak optimize dengan design blog ni. Lagipun, banyak lagi jenis iklan yang disediakan oleh Innity dan aku suka dengan fleksibiliti yang ditawarkan oleh mereka.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

61 Comments