7 Blog Cantik Blogger Perempuan Malaysia – Blogspot

Untuk senarai terbaru, teruskan ke sini: Blog Cantik Blogger Perempuan Malaysia 2011

***

Aku kagum dengan blogger-blogger perempuan ni sebab pengetahuan mereka dalam coding html. Terus terang aku cakap, aku fail bab html ni. Mungkin coding php WordPress boleh la sikit-sikit, tapi html/xml dan segala benda yang seumpamanya termasuk CSS memang fail. Itu sebab kurang sikit tutorial pasal design dalam blog ni. Tapi aku suka benda cantik, dan aku menghargai benda cantik. Kat sini aku listkan blog-blog yang cantik kepunyaan blogger perempuan di Malaysia ni yang menggunakan platform Blogger/Blogspot

Pengenalan

Aku akan keluarkan lagi entri-entri macam ni pada masa depan. Pemilihan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Tapi nak cerita kriteria, rasanya semua orang dah tau apa yang perlu dilihat untuk cakap blog tu cantik. Jadi ada baiknya aku senaraikan faktor-faktor yang membolehkan blog itu direject daripada senarai ni.

  • Ads banner yang bersepah/terlalu bling2/terlalu banyak
  • Pop up widgeo – Reject terus tanpa belas kasihan
  • Penggunaan bahasa rempit & huruf besar-kecik sampai susah nak baca
  • Letak gambar, tapi tak align betul2 & tak resize sampai break frame

Banyak lagi sebenarnya tapi itu antara yang penting la..

Elynnzo

Zuriani Yusof

Budu dan Belacan

Edriena Hazelina

Liyana Lunia

Susu Dalam Botol

Ailyl Rozanna

***

Thanks to Ezzan Yusop & Ery Farieha for nominations kat Twitter. Kalau ada blog yang korang rasa cun, tak kisah WordPress atau Blogger/Blogspot, blog blogger lelaki atau perempuan, hantarkan nomination tu ke Contact form aku atau email ke me[at]ariffshah.com. Of course nomination yang berjaya akan dapat linkback la.

Comments

  1. says

    Salam dari Bumi Terigas”Sambas”.
    Kalau menurut bahasa Melayu Sambas,cantik atau indah itu disebut”Terigas”.
    Jangan lupa kunjungi Myblog & follow ya..!

  2. says

    Memang come-come, blog dengan tuan-tuan dia pun come hehe…anyway saya pun suka yang come2 nie. Bila masuk blog yang come2, mesti belek2/slongkar2 lama. Hehe…so kalau nak kasi saya slongkar lama2, buatla blog yang come =).

    Good info bro

  3. says

    oh…teruja. terima kasih. baru saya kenal2 blogger ni! :)btw, saya blogger baru n thanks sebab pernah drop a comment on my entry dulu :)txs.

  4. says

    wuah smartnya blog2 kat atas ni. uhuk2 jadi malu pulak, (“*_*). Malu pulak nak ajak, xp kalau korang sudi dtgla singgah & followla ke blog saya yg sgt picisan. (tunduk kepala sambil invite),

  5. says

    Memang cantik semua blog di atas….Sebenarnya semua orang juga mampu memiliki blog yang cantik..cuma perlu sedikit kreatif sahaja lagi.Tambahan jika seseorang itu tahu programing =)

  6. says

    memang cantik sgt blog diorang….kemas, teratur jer….mcm mana la nk buat blog secantik nih….byk lagi nmpknya nak kena belajar….

  7. says

    memang cantik la jgk belog adik2 tu…..

    saya masih baru sangat2 jugak nak buat belog niy….
    nak cari tok guru yg SUDI mengajar dan bagi tunjuk ajar…
    Arif, ni my belog… heheh, bukan nak calonkan diri erk…, tapi nak mintak ditegur, tolong tegur apa kelemahan yag ketara pada belog saya ini – http://zulman77.blogspot.com

    terima kasih banyak2..

  8. says

    baru gua kenal blog kamu bro.. sedang membaca entri lama2… komen juga sikit2 entri lame2..

    slamat berkenalan.. tak mengharap kunjungan balas pun cuma mahu tengok entry kamu yg lame2.. tq

  9. kikien says

    salam, hai just nak tanyer pade sesapa
    yang tau nak cari templates2 design untuk blog yang cantik, simple n nice.
    ada cadangan x? thanks

  10. says

    kalo kita perasan kan, kebanyakan site femes, mostly pakai background putih, contohnya google,yahoo,youtube,facebook..tq bro

  11. says

    Semua blog yang terpilih..cantik-cantik belaka..Blog aku ni masih dalam dalam kategori pembinaan. huhu..

    Tapi aku memang suka jenguk blog adik Ailyl Rozanna. Bukan sahaja blog dia comel.tapi adik ni pun comel gak..

    post entri blog adik ni pun,comel-comel gak..

    kesimpulannya..comel belaka la..hehe
    .-= Cerita terbaru Ayabizz.. Blogger Wanita Nur Fazura Azzaty Meninggal Dunia =-.

  12. Zaki Helmi says

    Lambat pulak aku komen dekat entri ko kali ni. Nak buat macam mana, demam Roland Garros sekarang. Asyik mengadap tv aje. Dalam senarai tu, blog yg aku memang dah tahu adalah blog Sue Anna Joe & Yan. Bila ramai yg cakap semua blogger2 blog di atas ni cantik, terus aku buka blog Yan nak tengok dia ada letak gambar dia ke tak. LOL

    Lepas aku usha2, blog yg aku rasa macam nak follow cuma blog susudalambotol. Sebab penulisan dia nampak lebh matang dan paling penting blog dia cepat loading, kemas dan cantik. Apa2 pun, teruskan post benda2 yg menarik macam ni.

  13. Nina' says

    Wowww smartnye..

    mesti rajin edit22 ni…huhu
    .-= Cerita terbaru Nina’.. Tahu x apa itu pesta pisang? =-.

    • ariff says

      Girl cantik dapat extra marks. hahaha~
      Takdelah. NI memang purely design, meaning to say rekabentuk tu memang original.
      Well tunggu next edition, blogger lelaki Malaysia pun tak kurang hebatnya. List dah ada =)

    • ariff says

      aah. Malunya. ish2. Dah betulkan. Entri buat time study untuk exam camnilah jadinya, ada je silapnya

    • ariff says

      yup. Aku kenal elynnzo thru blog dia la. Memang nice & happy. Good designs should be like that, ada efek pada emosi orang yang melihatnya.

  14. soclose2213 says

    haah la tul kata kak kujie, hahahaha mai tgk belog akk pulak..kasi buang apa yg tak berkenan..
    .-= Cerita terbaru soclose2213.. KONTEST NAK MENANG BLACKBERRY! =-.

  15. says

    wah, aku pun minat gak benda yg cantik2 ni…hehe. Arif ko memang bagus kerana entri ni memang bergaya. Dah lama aku mencari entri blog tercantik sebab nak tengok siapakah orangnya dan kalau boleh nak jadikan diaorang mentor..huhu. syabas arif
    .-= Cerita terbaru BadBoy.. Tips Untuk Blogger Baru =-.

  16. says

    memang nice lah….aku lagi teruk nak ubah cket kompom error….fail tul lam coding…hehehe…tu yang amik je yang free…hehehe

  17. says

    HA HA HA ariff ingatkan masa dekat twitter tu saja nak tgk rupanya siap buat entry lepas tu terpilih pulak dah lah hari tu perasan belog sndiri cun T_T yg penting dalam semua kat atas liyanaa.com paling tak cantik, sekali dengan owner dia T___________T

    btw thnks ariff, buka buka nuffies tgk referral banyak dr ur belog HA HA HA
    .-= Cerita terbaru Liyana L.. Cita² saya musnah selepas isu crocs berinspirasi kalimah allah. =-.

  18. says

    dulu masa berblogspot best gila main2 html/css segala.. asyik2 tukar layout je kerja.. tapi bila dh WP nih x reti plak nak kreatif2 balik… ambil masa kot…

  19. fndrocka says

    cantik2 blogger yang ariff senaraikan..

    Latest Entri : Mendekatkan diri dengan puaka

  20. Wan Perlis says

    respek la girl pro pasal html coding ni
    mereka blaja it kot
    aku pun fail html ni
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Facebook dan Mind Control ? =-.

    • ariff says

      Blog ery hampir masuk dan kalau tak kisah I komen, header tu boleh improve lagi.
      Lagi satu kotak FB share tu boleh try buat panjang je terus width dia, tapi height kurangkan sikit.

      of course list ni bukan the first and the last. akan cari lagi blog2 lain =)

Trackbacks