Blog Aviation Malaysia

Beberapa hari ni sibuk menaikkan blog baru bertemakan dunia aviation dalam bahasa Malaysia. Ni semuanya akibat penangan daripada Paris Air Show 2011 yang sedang berlangsung sekarang. Nampaknya sampai sudah la aku tak dapat pergi ke sana..

A400M bakal berada dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia

Rasanya tak banyak lagi blog yang betul-betul serius dalam niche aviation ni dan lagi satu nak memupuk minat anak muda Malaysia dalam bidang aviation ni. Malaysia memang serius dalam bidang ini terutamanya di bahagian maintenance, repair & overhaul (MRO) kapal terbang. Kalaulah aku tahu dulu, aku masuk je bidang MRO ni, kerja pun dah terjamin.

 

Blog ni lebih kepada berita dan update dalam bidang aviation. Takdelah nak masuk teknikal sangat, sebab aku pun tak larat nak kaji lebih-lebih. Aku akan masih menulis entri berkaitan aviation di sini, cuma dalam blog ni aku fokuskan kepada dunia aviation di Malaysia manakala di blog Avgeek, segala-galanya tentang aviation tanpa batasan.

 

Konsep penulisan kat sana lebih bercorak informatif. Kalau biasa baca blog Amanz, lebih kurang macam tulah bahasa yang digunakan. Simple dan straight to the point. Sementara ni guna stock theme Harimau Malaya daripada Kreative Themes. Tak reti aku nak edit CSS banyak-banyak, kalau ada sesiapa volunteer nak editkan, buat logo & favicon, aku sangat mengalu-alukannya. Apa yang penting sekarang, content perlu dimasukkan seberapa banyak yang mungkin.

 

Aku hanya guna subdomain daripada ariffshah.com untuk blog tersebut. Malas nak beli domain baru, guna je branding ariffshah.com. Pada masa yang sama, dapatlah aku sumbat Innity walaupun aku tahu trafik kat blog tu mesti tak cukup makan punya nak kasi earning.

 

Jadi kepada sesiapa yang berminat dalam bidang aviation, bolehlah follow blog aviation aku.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments