Bila SmartTag Jadi DumbTag

smart tag

Fed up bila nak masuk laluan SmartTag, sekali kena reverse balik sebab orang depan tak lepas. Apakah kebodohan ini?

SmartTag ni bendanya simple je, guna isyarat infra merah macam remote tv. Tapi dari dulu sampai sekarang saya tengok selalu je ada problem. Kereta laju sikit dah tak dapat baca kad.

Kenapa macam tu ya? Mereka tak test dulu ke lepas pasang alat pembaca kad tu? Kenapa sampai sekarang tak improve?

Kat Singapore mereka pun ada gunakan konsep sama macam smart tag untuk kutip tol mereka yang dipanggil ERP (electronic road pricing). Tak pernah pulak saya nampak kereta kena undur balik sebab ERP tak dapat baca cash card mereka.

Jadi dari segi teknologi, tak mustahil nak hasilkan sistem smart tag yang tak bermasalah untuk membaca kad Touch n Go pengguna.

Agak mengecewakan bila benda simple macam ni pun kita tak boleh buat dengan betul.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments

  • Muhammad Safwan

    25 March, 2014 at 3:37 pm

    Wan xsebelah mana-mana pihak, tapi wan xsuka orang menganggap perihal orang lain sebagai mudah dan simple. Kadang2 kita buat kerja dan boss cakap “haih, benda simple gitu pun xboleh nak buat?” Apa perasaan kita. Masing2 ada sebab dan alasan termasuklah kita sendiri.

    Smart Tag

    – Orang yang pakai smart tag lupa nak isi kredit. Bila takde kredit, nak lepas macam mana. Kalau saya jadi pengusaha tol pun saya xlepas. sebab bukan sebijik dua yang lalu sehari dengan kurang kredit.
    – Orang yang lupa nak tukar bateri. Dulu lagi senak, tapi sekarang diorang dah letak terminal touch n go dekat situ, memudahkan pemandu jika ada masalah.
    – Singapore? Jika dibandingkan dengan pemandu negara kita, mereka lebih berdisiplin di negara mereka berbanding kita. Cuba kita fikir fikirkan kenapa diorang xletak palang. Saya boleh bayang kalau xletak palang kat malaysia dan letak AES hujung untuk kenal pasti orang lari dari smart tag, mesti jadi kes politik punya.
    -Tinted tebal. Rasanya JPJ punya standard dah okay untuk Smart Tag…anda sahaja yang menebalkan dan ianya bukan salah Smart Tag tapi salah anda.

    Pendek kata wan xsetuju dengan post nie. Sebab banyak masalah yang berlaku dengan smart tag adalah disebabkan oleh pengguna itu sendiri bukanlah pemberi perhidmatan Smart Tag tersebut. Jika semua cakna tentang kredit, bateri, jarak kenderaan, tinted dan sebagainya…..masalah mengundur nie boleh di minimakan. Jangan disalahkan orang lain dengan mengatakan masalah nie “simple” sedangkan masalah tu datang daripada kita sendiri secara kolektif. It’s just unfair.

    Sekian

  • Zaza Hasny

    24 February, 2014 at 3:58 pm

    хороший день, брат…

    Masalahnya , pengguna SmartTag pun kdg2 pun tak berapa nak “smart” kan? dah terang2an dah tulis situ, jarak paling tidak pun 5m dr kereta di hadapan – ini tidak, menghimpit tak agak..yang dol tu mmg tak boleh angkat ah, lepas tu dok pin pon pin pon suh reverse.. he he he he…nasib SmartTag lane kat sini ada kotak TouchN’Go utk golongan2 ini.. Bukit Kiara Tol – lorong SmartTag boleh jam – pehalll??? kat Spore tu, takde palang satu hal – tapi kalau ada rekod u lalu tp no deduction made, akan kena penalty and to req to reimbursement of the penalty will take ages..

  • Faana Roslan

    19 February, 2014 at 11:47 am

    Baru kena pagi tadi.. sebab apa.. sebab ada motor cilok lalu same.. dia tumpang lalu ikut kereta depan tp dia x tau sebabkan dia.. kita yg kat belakang ni yg susah.. kad tak dapat detect.. kena reverse belakang depan 2-3 kali baru benda tu detect semula.. diorang mungkin tak tau benda ni.. tapi tolonglah kepada penunggang2 motor.. jgn cilok suka hati masok laluan smart tag.. anda tak tau yg anda sebenarnya menyusahkan org belakang..

  • AMiRU

    19 February, 2014 at 4:58 am

    ‘DumbTag’ di Singapura tiada palang, that’s why tiada incident perlu reverse; rasanya kalau ada palang benda yang sama akan berlaku dan yang duk asik reverse pun mesti kereta Malaysia. Kenapa mesti ada palang? Mungkin kerana rakyat Malaysia tak cukup berdisiplin.

  • Salam Media

    18 February, 2014 at 11:29 pm

    Antara penyebab utama adalah tinted tebal. Kalau pakai yg ada security 8 mil atau tinted berkualiti tinggi, macam di kereta mahal, memang tak boleh laju. Ini kerana TnG pakai infra red, tinted menghalang infra red.

    Kadang kala ada juga yang tiada credit kerana lupa atau buat-buat lupa.

    Kalau ada orang bersalah, bukan sahaja TnG, tetapi pengguna sendiri. TnG sudah mahu perkenalkan teknologi terbaru, namun masih diperingkat testing. Contoh adalah di batu 3 Shah Alam. Untuk menggunakan teknology terbaru, ia perlu backwards compatible. Pening lain muncul pula.

    Kita doakan terbaik.

  • paeh

    18 February, 2014 at 5:34 pm

    Aku dulu pernah bersembang dengan orang yang uruskan jualan Smart Tag ni. Sebenarnya harga Smart Tag yang kita beli tu tak sampai RM30 pun harganya.

    Jual kat kita sampai beratus dengan sensor entah apa-apa. Ya, sila maki bila dapat tahu hal ni.

  • ejam

    18 February, 2014 at 5:03 pm

    Pengalaman bekerja sebagai supervisor di plaza tol temerloh memang tengok sendiri pc yang manage transaksi tng dan smart tag sangat kesian, slow amat..
    Tapi itu 3 tahun dulu, sekarang mungkin masih sama kot sebab masalah serupa jer masih terjadi.

    *kalau part rosak mereka rela repair repair repair dan repair daripada ganti walhal untung juta2 kot.

    • Ismail

      2 March, 2014 at 8:06 pm

      Saya nak perbetulkan sikit, UHF (Ultra high Frequency) itu lebih untuk bagi reading antara tag dan antenna bertambah dan juga high speed data processing.. Sepatutnya kena kata kena guna Circular Polarized Antenna untuk boleh pastikan SmartTag boleh dibaca dalam radius 360 darjah :)

  • Yuyu

    18 February, 2014 at 12:03 am

    Aku pernah kena..dia tak detect..kena keluarkan tangan, touch kad tu dekat kotak touch and go..nasib Ada kotak tu..just kena kebelakang Sikit..tp sure org blkg stress je..