Bila Nak Beli Rumah Kalau Bukan Sekarang?

Selalu saya nasihatkan kawan-kawan sebaya untuk membeli rumah secepat mungkin. Kalau gaji kecil, beli rumah low cost di kawasan yang dah matang dan di bandar besar.

Kalau bujang lagi dan memang bekerja di kawasan bandar, beli je. Masa belum ada komitmen inilah paling sesuai sebenarnya nak mula belajar pasal pelaburan. Dah berkeluarga nanti susah, komitmen tinggi.

bila nak beli rumah

Nasihat daripada sifu

Sekarang beli yang murah dulu dan tunggu. Sewakan pada kadar yang menguntungkan atau boleh balik modal. Simpan 2-3 tahun kemudian refinance atau jual. Daripada lebihan hasil keuntungan jualan rumah tadi tu boleh guna untuk beli rumah untuk penginapan sendiri.

Silap besar kalau ada duit nak beli tapi masih lagi menunggu kerana harga rumah takkan tunggu apa-apa kalau nak naik.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments