Bila Mahu Pulang?

Aku rasa musim panas tahun ni memang aku tak balik Malaysia. Faktor utama adalah sebab nak jimat kos sebab kalau balik kena beli tiket penerbangan yang berharga lebih kurang tiga ribu ringgit. Lagipun tinggal enam bulan je lagi belajar kat sini, jadi macam tak berbaloi nak balik lepas tu sambung balik kat sini sekejap.

Kalau tak balik, memang beraya sorang-sorang lah aku kat sini, atau dengan budak junior baru. Puasa pun kat sini, confirm lebih mencabar sebab musim panas, waktu siang lebih lama. Nak tunggu masuk waktu maghrib silap-silap boleh sampai pukul 9 malam atau lebih. Bila fikir balik semua ni buat aku lemah pulak nak tinggal kat sini waktu summer. Baik balik Malaysia je. Waktu puasa pun normal, petang-petang boleh jalan kaki pergi bazar Ramadhan kat USJ4. Dapat makan sedap-sedap. Sanggup ke aku nak korbankan semua tu hanya disebabkan nak jimat duit 5-6 ribu kalau aku balik Malaysia?

Cakap pasal nak habis study, kawan aku ada yang habis hujung semester ni. Aku lebih satu semester daripada diorang, tapi bukan repeat eh. Course diorang lagi pendek. Tak tau la samada course aku yang terlebih satu semester ni boleh menaikkan tangga gaji aku lebih tinggi daripada diorang atau tidak masa kerja nanti. Apa-apa pun diorang dah dapat tempat kerja kat Kelantan, jadi juruteknik kat pengkalan Sukhoi. Oklah tu. Tak payah pening banyak-banyak. Balik je kerja dah menunggu. Sukhoi beb.. Don’t play-play. Kira berbaloi lah jugak kegilaan hidup kat sini.

Adalah nampak samar-samar masa depan aku macam mana. Tapi perancangan tuhan takde siapa yang tahu..

eleh..

Berbalik pada cerita musim panas ni nanti, kalau aku tak balik mesti rindu giler kat kucing aku. hahaha. Aku tak tau la apa nak buat kat sini, nak pergi jalan-jalan sekeliling Moscow skodeng sana sini tak boleh sebab puasa. Kat negara mat saleh ni bila sampai musim panas bersepah je orang berjemuran kat taman-taman mahupun kat tepi sungai Moscow tu. Mat-mat skodeng mesti suka pergi taman time ni. Tapi sebab dah 4 tahun kat sini, aku boleh cakap aku dah lali dengan keseksian orang kat tempat awam. Jadi bila ternampak pendedahan yang terlebih daripada biasa tu takdelah efek sangat, chill je.

Orang selalu sibuk suruh Eurotrip la itu ini. Memang ah Moscow ni dekat je dengan mana-mana destinasi menarik kat Eropah ni tapi aku tak pernah bernafsu sangat nak travel, lebih-lebih lagi kalau dengan lelaki. Pada aku, sangat tak best kalau travel satu group semua jantan. Mungkin aku ni independent sangat, aku tak suka ikut orang kalau aku boleh survive sendiri. Aku selalu berangan kalau nak pergi Eurotrip ni semua elok dengan awek/bini. Camtu barulah best. Tapi kalau dah rasa nak berjalan sangat, aku bantai pergi sorang je. Baru thril..

Paling teruk pun kalau aku tak balik ni adalah duduk dalam bilik main game je sampai tangan lebam. Perancangan lain ada, cuma tak best la kalau cerita semua kan.. Kalau jadi, jadilah.

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments