Bila Macbook Masuk Air

macbook masuk air

Pagi tadi Naurah tumpahkan air dalam gelas. Elok pulak gelas tu belakang Macbook. Terus padam. Dah lah tengah draft email nak hantar ke Nuffnang. haiyaa..

Memang scary. Dengan Macbook inilah nak buat segala kerja untuk cari duit. Takde Macbook macam tempang sekejap. Dengan segala resit, akaun dan file company dalam ni. Adoi. Penat jugak nak recover balik kalau Macbook ni tak boleh diselamatkan.

Terus saya siap. Ambil kunci kereta dan pergi ke Bandar Utama. Pernah dengar ada kedai yang boleh repair iMac dan Macbook ni tapi tak pernah sampai lagi. Takpe. Pergi je dulu ke sana. On the way boleh cari kedai tu. Kedainya kat Centre Point Bandar Utama.

Sampai-sampai je terus serah Macbook kat technician. Katanya kalau water damage macam ni biasanya 50/50 boleh diselamatkan atau tak. “Teruk ni bang,” katanya bila dah buka Macbook sampai ke motherboard.

Untuk pengetahuan korang, barang-barang elektronik ni ada pelekat khas kat lokasi tertentu dalam gadget ni supaya kalau terkena air, pelekat ni bertukar warna. Dari situ boleh tau tahap water damage yang dialami. Juga kalau barang masih dalam warranty, bila dia tengok pelekat tu bertukar warna, taulah dia ada water damage dan biasanya water damage tak dilindungi oleh OEM warranty. Senang cerita, tak boleh nak tipu la kalau barang elektronik rosak sebab kena air.

Sebenarnya dah lama nak cuci Macbook ni. Beli tahun 2013 sampai sekarang guna tak servis lagi. Laptop pun kena servis dan buang habuk lepas bertahun guna okay. Memang akan kumpul habuk punya.

Jadi solution pertama adalah buat chemical wash dulu macam biasa. Chemical wash ni maksudnya dia cuci board dengan alchohol dan buang segala habuk kat dalam tu. Kalau tengok sendiri memang ngeri jugak sebab tengok technician tu main curah je alchohol kat board macam curah kicap atas nasi sampai banjir. Apa-apalah. Saya pun dah pasrah masa tu. Kalau dapat selamatkan, alhamdulillah. Kalau tak, beli baru la jawabnya.

Masalahnya bukan sebab nak beli baru tu tapi sebab kerja yang dah ada terkumpul dalam ni. Itu je.

Saya tinggalkan Macbook tu kat situ untuk pergi solat Jumaat.

Lepas solat, sampai-sampai tengok Macbook tu elok atas meja. Tengok dari jauh tak nampak macam on. Rupanya tengah buat diagnostics. So all okay kecuali beberapa corrupted files yang kebanyakannya data yang saya tak save masa air tumpah tu. Alhamdulillah..

Masa dapat bil, saya terkejut. Memang expect bil akan mahal sebab nak buka Macbook ni kena ada tools yang betul dan paling penting skill. Even ada tools pun, belum tentu boleh buka dan pasang balik dalam masa yang singkat. Bil dia RM120 je untuk chemical wash tu. Murah woi! Nak tukar tempered glass yang elok sikit pun sekarang boleh cecah harga tu.

Jadi itulah kisahnya. Pendek cerita, kalau gadget masuk air sekarang, masih boleh lagi diselamatkan. Cuma kalau connected dengan charger masa kena air tu mesti hati-hati sikit. Disconnect charge from power socket dulu sebelum buat apa-apa. In my case tadi, tak connect kat charger pun.

Siapa yang ada masalah dengan Macbook dan iMac, boleh pergi ke Mac Repair Specialist – The Good Guys. They get done, fast and affordable service.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

9 Comments