Bila Ada Kemalangan Kedua-Dua Laluan Jadi Sesak

Kat Malaysia ni, asalkan ada accident je walaupun melibatkan satu laluan jalan, laluan dari arah bertentangan pun ikut sesak sekali. Kenapa?

Kenapa pemandu Malaysia ni sibuk sangat kalau ada kemalangan? Mind your own business dan keep on driving la. Saya tak faham dan tak boleh terima kalau benda ni berlaku.

kemalangan-sesak

Gambar diambil ketika kenderaan dalam keadaan statik. Harap maklum.

It’s ok kalau kemalangan tu berlaku di atas laluan kita. Memang sedia maklum jalan akan sesak. Tapi kalau berlaku kat laluan arah bertentangan, buat apa nak slow down semata-mata nak tengok? Jalan jelah.

Lagi tak best kalau berlaku kat highway. Kemalangan berlaku kat laluan arah bertentangan, lalu kita pun jam sekali. Betul-betul tak faham. HIghway 3 lane boleh jam sebab orang nak tengok apa berlaku kat lane sebelah.

Memang kena banyak bersabar kalau memandu ke tempat kerja hari-hari..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

8 Comments