Bila Jenama Dah Kuat

Dalam perniagaan, penjenamaan adalah strategi jangkamasa panjang yang penting. Penjenamaan adalah kunci samada sesebuah perniagaan tersebut boleh mengalahkan pesaingnya atau tidak dan juga merupakan nadi kepada perniagaan tersebut selagi mereka ingin kekal menjalankan perniagaan.

Dengan jenama yang kuat, pelbagai produk lain boleh dihasilkan dan peminat jenama akan tetap membelinya asalkan produk tersebut jatuh dalam paras kemampuan mereka. Tak pelik pun sebenarnya kalau sesebuah jenama ni yang pada asalnya terkenal dengan satu jenis barangan, kemudian hasilkan barang yang memang takde kaitan langsung dengan produk asal yang mereka jual.

Aktiviti ini dipanggil merchandising dan merchandising ni adalah standard procedure untuk pemilik jenama memaksimakan angka jualan mereka. Contoh, BMW jual beg galas/tshit jenama BMW atau dalam seperti gambar di atas jual mainan untuk kanak-kanak untuk menerapkan jenama mereka sejak dari awal lagi, atau Naelofar jual sejadah.

Pemilik jenama tahu peminat jenama mereka pasti akan beli barangan yang ada jenama mereka.

Dan oleh sebab itu, tak pelik sebenarnya dUCk jual tuala sampai sold out atau sebelum ni jual penyangkut baju yang ada sticker dUCk. Bunyi macam kelakar, tapi dalam kelakar digelakkan orang dalam diam mahupun terang-terangan tu, the owners of dUCk is laughing their way to the bank.

Penjenamaan memerlukan aktiviti pemasaran yang berterusan dan memakan masa. Aktiviti pemasaran memakan kos yang tinggi. Dalam pengurusan syarikat saya, selalu jugaklah bertekak dengan Creative Director (a.k.a isteri saya) saya tentang urusan perbelanjaan untuk marketing.

Perkara lumrah dalam mana-mana syarikat fesyen, terutamanya syarikat yang tak dapat duit daripada langit macam kami.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments