Biking @ FRIM – Steroid & Pine Trail

Kali kedua main basikal kat FRIM. Sekarang ni boleh kata setiap Sabtu pergi kayuh basikal kat FRIM ikut my father in law. hehe.. terima kasih ayah sebab ajak sekali.

Hari ni cubaan pertama untuk menawan Steroid/Tongkat Ali Trail dan Pine Trail. Steroid atau nama barunya Tongkat Ali trail ni adalah trail yang paling susah kat FRIM. Orang kata la.. Untuk newbie macam saya, semua benda susah kat FRIM tu.

frim-1

Kalau nak cycling, better hari Sabtu sebab tak ramai orang sangat. Disebabkan minggu ni cuti dari hari Jumaat, macam dah takde orang langsung hari ni. Bagus.

frim-2

Antara view yang best kat FRIM ni. Boleh nampak KL Tower dan KLCC. Untunglah orang asli yang tinggal kat sini. Dah la duduk kat tanah free. Orang lain kalau nak dapat tempat yang ada view KLCC, kena beli pada harga ratusan ribu ringgit.

frim-3

Pendakian Steroid bermula. Kayuh sampai separuh nyawa.

frim-4

Kat puncak Steroid ni, ada Pine Trail pulak. Of course atas ni majoriti adalah pokok pine. Macam kat oversea pulak.

frim-5

Kalau nak buat nasi lemak, bolehlah amik daun pisang kat sini..

frim-6

View memang best kat sini. So much greenery.

frim-7

Menjunam jugak turun ni. Kalau tak confident, tolak jelah basikal sampai bawah. One mistake, silap-silap boleh jatuh kat cerun bukit tepi tu.

frim-8

More greenery. Best!

frim-9

Last corner sebelum sampai puncak Pine Trail.

frim-10

Check kaki takut-takut ada pacat panjat.

That’s all sedikit sebanyak aktiviti Ariff Shah pagi Sabtu. Petang sikit nanti ni boleh suruh wife picit-picitkan kaki. hehe.. Untunglah dah kahwin.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments