Big Bad Wolf

The-Big-Bad-Wolf-Book-Sale-2013

Saya sebenarnya kagum dengan mereka yang rajin shopping buku ni.

Baguslah shopping buku, I mean, really. Memang bagus. Jualan besar-besaran macam Big Bad Wolf ni bagus kerana ia memupuk budaya membeli buku di kalangan golongan muda. Saya nampak ramai yang super excited dengan Big Bad Wolf adalah dari golongan pelajar dan remaja.

Cuma itulah. Bila tengok orang beli buku satu guni macam ni, satu persoalan bermain-main di fikiran saya, baca ke semua buku yang dibeli tu?

Dalam era smartphone dan social media ni kita dah macam tak boleh hidup tanpa Facebook, Instagram dan Twitter. Kat meja makan, time family dinner pun masing-masing sibuk tok tek tok tek kat smartphone masing-masing. Menyedihkan. Trend kegilaan smartphone dan social media ni datang dalam keadaan yang terlalu cepat sampai manusia jadi bangang dan tak boleh kawal diri daripada social media.

Untuk pengetahuan, Malaysia adalah antara negara top 10 di dunia paling tinggi internet penetration rate. Maksudnya apa? Maksudnya hampir semua orang ada akses ke internet dan kadar pertumbuhan pengguna internet di negara kita adalah paling tinggi. Silap-silap sekarang ni budak sekolah rendah pun ada pakej mobile data sendiri untuk smartphone mereka. Jadi ke mana pula pengguna internet ni pegi? Saya berani cakap 95% pergi ke laman social media.

Knowing all this, saya mula rasa sceptical pada mereka yang shopping sakan di Big Bad Wolf ni. Do you really have time to finish all the books you buy? Or adakah trend beli buku ni sekadar trend je? Pada saya benda ni memang macam trend je sebab suatu masa dulu saya pun pernah rajin beli buku. Tak sampai satu yang habis dibaca.

.. don’t get me wrong. Saya rajin membaca. Every weekend, samada Sabtu atau Ahad akan dihabiskan untuk tujuan pembacaan akhbar bisnes Focus Malaysia. Then saya baca carta saham untuk buat analisis teknikal. Tapi itu jelah yang saya rajin. You give me something else then I might not read it.

Jadi itulah. Kalau membeli setakat memuaskan nafsu membeli, hentikanlah dan pergi baca semua buku yang anda telah beli di Big Bad Wolf tahun-tahun lepas.

 

Comments

  1. Mazu says

    Ini kali ke 4 saya pi BBW. Alhamdulillah walaupun masih ada yg belum habis baca tapi niat nak dihadiahkan pada perpustakaan sekolah. Sebelum ni cari buku BI yg ringkas bagi tarik minat pelajar. Geram juga bila diberi pd pelajar hanya tengok gambar sahaja dan reka cerita sendiri. Huhu. Alhamdulillah tahun ni byk buku BM.

  2. says

    bace novel cerita melalui online dengan beli novel terus dari mana2 event buku nie memang berbeza rasa dia….
    kalau dah gila buku dari satu2 penerbitan tu….
    memang sangup berhabis duit semata-mata nak beli novel 2….
    dan saya sangup berhabis duit untuk beli novel dari terbitan Fixi…..
    sebab jalan cerita ye lain dari yang lain….

  3. wani says

    Sorry la ye nk jugak komen kat sini … but i do read the books!!
    One of main reason org pi bbw adalah untuk borong buku yg super cheap tu ..
    Nak harap hari2 biasa pi kedai buku semata2 nk beli buku yg harganya jauh lebih mahal dr bbw mmg x la kot lain la buku tu dia mmg perlu instead of mahu ..
    Tak kesah la dorg baca ke tak lepas diorg beli it’s their right anyway ~

  4. Redza says

    What is wrong with you people? Membeli buku merupakan satu budaya yang sihat. Memang buku-buku yang dibeli itu tidak akan habis dibaca dalam masa yang singkat. Tetapi bagi saya sendiri buku-buku tersebut akan dijadikan stok bahan bacaan sepanjang tahun. Bila-bila ada masa lapang, boleh dihabiskan bacaan untuk sesetengah buku.

  5. says

    Slmkum
    Smpai d Big Bad Wolf kol 12malam.Jem giler.Mat bangla untung kutip duit parking kete d luar MIECC.
    Last last beli buku atlas peta dunia,lebih kurang RM25,berbaloi gak.
    Beratok panjang waktu nk bayar Satu buku atlas ni sahaja.
    Ngntuk sakan pagi tu.Perasan ni kali pertama n terakhir i k Big Bad Wolf!!!

  6. says

    Pernah tanya x selera mkn kita semua sama atau x? Selera membaca org juga berbeza. Setngah org membaca time weekend esp yabgg single dan tak suka keluar rumah. Sometimes buku sangat addicted… sometimes kita kena baca buku tersebut untuk di jadikan amalan atau ubat untuk pembakar semangat.

    Fikir positif sikit ye.

  7. says

    Sangat setuju dengan artikel ni. Berapa ramai yang borong buku kat sana habiskan bacaan. Kadang2 dah jadi trend beli buku dan upload di social media padahal haram tak baca. Adohai. Tahun ni langsung pergi walaupun dekat dengan rumah.
    Entri terbaru Fadhil Husin >> Ada Apa Dengan Pulau Pinang?My Profile

  8. says

    I do love reading but limit to certain genre. Excluded journal. Pernah pegi ke event ni tp sekadar wandering around coz takde buku yang melekat dihati. Agak pelik melihat sesetengah dari kita yg siap bawak kotak berbondong2 beli buku. Murah tu of courselah tapi banyaknya masa diorg ni nak habiskan semua buku dibeli. So,bersangka baik sajelah…
    Entri terbaru MK Kimi >> Blog MK Hakimi Capai Google Page Rank 1My Profile