Beza Skim Perumahan MyHome1 Dengan MyHome2

myhome rumah 1

Apa beza skim MyHome1 dengan MyHome2? Rujuk jadual di bawah.

MyHome1Myhome2
Pendapatan isirumah (suami + isteri)RM3000 - RM4000RM4001 - RM6000
Saiz minimum (kaki persegi)800 850
Harga SemenanjungRM80,000 - RM120,000RM120,001 - RM200,000
Harga Sabah & SarawakRM90,000 - RM120,000RM120,001 - RM250,000

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Merupakan rumah pertama
  3. Memenuhi syarat kelayakan pendapatan bulanan
  4. Warga negara Malaysia

Kalau berminat, terus is borang dan hantarkan permohonan anda sekarang.

MyHome ni tak sama dengan skim PR1MA. Kedua-duanya di bawah badan yang berbeza. Skim MyHome bagi insentif sebanyak RM30,000 kepada pemaju swasta untuk bina rumah dan pasarkan melalui skim ini pada harga seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

RM30,000 ni tadi bolehlah dijadikan sebagai 10% deposit untuk pembelian rumah. Kalau dapat loan 90%, silap-silap boleh dapat excess cash daripada bank selepas pembelian. Win-win situation untuk pembeli dan pemaju.

Manakala untuk PR1MA, mereka bina rumah dan jual kepada pemohon yang layak. Advantage kepada orang yang dah ada rumah kerana PR1MA bukan untuk pembeli rumah pertama sahaja. Rumah PR1MA lebih tertumpu pada kawasan yang lebih hot dan urban.

myhome rumah

Kelebihan skim MyHome ini ialah pemaju swasta boleh bina rumah di lokasi panas mereka macam Setia Alam di bawah SP Setia. Last time saya check, apartment medium cost mereka seperti Seri Mutiara Setia Alam layak untuk skim MyHome2 ni. Jadi mungkin SP Setia akan mula dulu dengan skim ini?

Keburukannya? Yang bertuah je dapat sebab pemohon yang berjaya dipilih melalui balloting.

Dengan skim ini, rumah terjual bukan kepada investor tegar yang sanggup beratur panjang untuk balloting seperti mamat ni tetapi terjual kepada pembeli rumah pertama. Kuranglah sikit persaingan untuk mereka yang betul-betul nak beli dan tinggal di kawasan tersebut.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments