Beza Antara Masa Bujang & Berkeluarga

Reading Time: 2 minutes

Bila dah kahwin, bekerja dan ada anak especially sekarang ni, rasa macam masa cepat sangat berlalu. Ingatan masa saya sedang bersiap untuk masuk OT sambut Naurah masih lagi segar walaupun hal tu dah berlalu dua tahun.

Teringat lagi masa zaman belajar dulu. Pernah sampai sehari suntuk saya main game masa tu cuti. Memang gila. Masa tu rasa macam masa terlalu panjang sebab tak banyak benda yang berlaku. Dah main game sehari suntuk pun masih tak tau nak buat apa lagi dan rasa bosan at the end of the day. Lagi teruk, masa tu cuti musim panas, jadi waktu siang lebih panjang. Memang at one point saya mati kutu tak tau nak buat apa kat Moscow.

Sekarang, pagi petang siang malam kerja. Kalau tak kerja, uruskan Naurah. Non-stop. Tau-tau je dah masuk pertengahan tahun. Naurah pulak masuk umur dua tahun esok. Rasa macam baru semalam sambut Naurah dan azankan dia dalam OT.

Perkahwinan saya nak masuk tahun keempat. Umur pulak dah 30. Zaman muda remaja umur 20-an dah berlalu walaupun muka masih lagi muda remaja. Next milestone is Naurah masuk sekolah rendah. wow.

Kalau diberi peluang kedua, saya akan gunakan masa yang ada masa zaman student dulu dengan lebih efisyen. Maybe explore Russia lebih lagi. Tapi apakan daya, masa yang dah berlalu memang tak dapat balik. Kena sentiasa pandang ke hadapan, plan dan execute.

Orang muda yang belum kahwin, jangan bazirkan usia dan masa. Plan 10 years ahead dan start from now. Memang dengan mentaliti macam ni fun factor tu akan berkurangan, mentaliti nak dewasa cepat, tapi at least you will achieve more berbanding follow je apa yang berlaku.

Sorrylah entri merapu. Mungkin ramai yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan. At one point in your life, korang akan sedar yang masa tu sebenarnya bergerak terlalu cepat. Bila benda tu berlaku, at least biarlah masa tu korang dalam keadaan yang ok, mungkin dah capai beberapa cita-cita, ada future, ada fallback plan kalau apa yang dirancang tak jadi.


Alhamdulillah. I have achived certain things I plan in life. Some failed, but that’s how life is. You win some, you lose some. Doing okay, with some ups and downs in life, like what the Swiss people love to say, “not too bad”. I’m just glad that I always have my little family with me.


Posted

in

by

Comments

2 responses to “Beza Antara Masa Bujang & Berkeluarga”

  1. akubiomed Avatar

    Baguslah dapat menyesuaikan kehidupan berkeluarga. Ada sesetengah masih mengekalkan gaya hidup bujang walapun sudah berkahwin.

  2. Mohd Nasir bin Abd Rahman Avatar
    Mohd Nasir bin Abd Rahman

    As salam. I would like to wish you a happy blessed wonderful marriage life.