Betul Ke Harga Hartanah Jatuh Tahun 2016?

Housing market concept image with graph and toy house

Housing market concept image with graph and toy house

Bulan Mac haritu saya ada tulis pasal sesuai atau tak membeli hartanah sekarang. Saya bagi dua jawapan dan kenapa. Yang belum baca, boleh baca.

Baru-baru ni keluar pula pendapat pakar tentang pasaran hartanah tahun hadapan. Katanya flat, harga tak naik dan cenderung nak jatuh.

harga hartanah jatuh

Kemudian saya baca pula yang Ecoworld yakin jualan pada tahun 2016 akan lebih bagus berbanding tahun ini. Ni Ecoworld cakap ya, developer yang jual produk premium dan harga mampu tengok.

ecoworld 2016

Jadi macam mana ni? Nak jatuh ke tak 2016 ni? Beli sekarang atau tunggu lagi?

Nasihat saya mudah je. Kalau jumpa hartanah yang boleh dibeli di bawah harga pasaran, boleh sewa dengan positive cashflow dan ada potensi untuk naik harga disebabkan pembangunan baru di kawasan tersebut atau sekitarnya di masa hadapan, beli jelah. Pendapat pakar, sifu, coach, otai termasuk pendapat saya semua dah tak terpakai sebab peluang datang dalam pelabagai bentuk, tak kira masa dan tempat.

Saya tak kisah kalau orang tanya saya ok ke tak nak beli hartanah tertentu dan dia bentangkan apa homework yang dia dah buat tentang hartanah tu. Seronok nak jawab.

Yang tak best, orang tanya pendapat, “betul ke nak jatuh?”, “untung ke beli sekarang?” Pi mai pi mai tang tu. Tahun depan tanya balik soalan sama. Bila ada pakar lain cakap benda lain, tanya lagi tapi still tak buat apa-apa lagi.

Dah banyak orang share pasal pengalaman dan tips hartanah, ebook hartanah semua dah borong dan habis baca, seminar hartanah dah pergi 4-5 round tapi kalau masih takde action, saya cakap tak perlulah buang masa. Pergi ambil ASB loan RM400k dan bayar RM2.3k instalment bulan2. Tak pun park duit dalam unit trust. Senang cerita.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments