Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 1) – Bermula Dengan 1 Dinar

Mukaddimah

Siri Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun adalah siri smart investing yang aku buat khas untuk pelajar. Kalau anda pelajar dibawah tajaan, tak harapkan duit ibu bapa dan ingin mempunyai simpanan yang banyak bila dah habis belajar nanti, entri dalam siri ini adalah untuk anda. Harap dapat dikongsikan dengan rakan lain untuk kebaikan bersama.

Mungkin kat luar sana banyak program untuk buat duit lebih, ada yang melibatkan sales, cari orang bawah (MLM), urusniaga Forex, futures dan sebagainya. Entri dalam siri ni bukan pasal benda-benda tu sebab aku tahu bukan semua orang boleh menjual tapi aku tahu semua orang boleh simpan duit. Cuma ada cara yang boleh dilakukan supaya simpanan kita tu bertambah dengan cepat tanpa main tipu atau buat apa-apa yang leceh.

Kenapa aku berminat untuk menulis tentang duit padahal aku bukan student yang  major dalam economic studies. dan aku tak ada perniagaan atau syarikat. Sebenarnya, sepanjang 5 tahun aku belajar kat sini, aku lihat ada banyak sebenarnya peluang untuk mengumpul kekayaan. Kalau ilmu ni aku dah ada seawal tahun pertama aku berada di sini, aku yakin simpanan aku adalah berkali ganda berbanding dengan apa yang aku ada sekarang. Duit kalau tak diuruskan dengan betul sangat mudah terbazir begitu sahaja.

Perasaan kecewa dan menyesal itulah yang menyebabkan aku nak sebarkan ilmu tentang pengurusan kewangan yang bijak kepada semua orang, khususnya pelajar. Aku tak dapat apa-apa melalui entri-entri ni, aku tak jual apa-apa produk. Kalau nak cakap blogging ni buat aku kaya pun tak sebab kalau boleh buat aku kaya, dah lama aku berhenti belajar. Jadi aku harap korang dapat luangkan masa untuk klik butang like atau retweet supaya ilmu ni dapat disebarkan kepada orang lain. Tak susah kan?

Amaran: Dalam siri ini mungkin tidak ada cara untuk menggandakan duit secara direct, tetapi lebih kepada cara untuk menuju ke arah itu.

Satu Dinar Emas

Satu dinar emas adalah bersamaan dengan 4.25 gram emas atau kalau ikut harga di pasaran semasa sekarang dalam lingkungan RM600-Rm700. Kenapa satu dinar?

  • Sebab ianya emas dan bukan wang kertas. Nilai matawang jatuh dan naik dalam jangkamasa panjang tapi nilai emas sentiasa naik.
  • Sebab ianya mampu milik, aku yakin semua orang ada sekurang-kurangnya RM2000-3000 dalam simpanan bank atau ASB.

Tapi ramai orang takut keluar duit banyak-banyak untuk beli emas, mahupun dinar. Mereka lebih suka belanja duit tu untuk beli DSLR (second hand atau low end model tak nak, nak brand new dan model yang harganya RM3000-RM4000 je) yang lepas dua tiga bulan simpan buat kumpul habuk atau tukar handphone baru walaupun phone yang tengah guna sekarang ni sihat walafiat lagi (katanya nak ikut arus perkembangan teknologi, guna touch screen phone atau BlackBerry pulak).

Beberapa tahun lepas, aku mulakan smart investing aku dengan membeli satu dinar. Satu dinar je yang mampu masa tu, sebab duit dah simpan dalam ASB sikit, kasi mak sikit dan belanja sikit-sikit (tipu je, selalu belanja ni yang paling banyak). Sampai sekarang ada lagi satu dinar tu, tersimpan di Malaysia.

Sekarang tengok harga yang aku beli masa tu dan tarikhnya. Banding dengan harga sekarang dan selebihnya, lu pikir sendiri. Nantikan entri seterusnya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

56 Comments