Sepanjang trip saya ke Penang dan Cambodia dulu, kedua-duanya dengan geng-geng yang dah kahwin. Walaupun saya yang paling muda, sedikit pun tak terasa tersisih bila dengan golongan ini. In a way, dinamik antara yang muda dengan yang senior ni sebenarnya lebih menarik. Mereka yang senior memerlukan yang muda untuk merasa muda dan yang muda ni pula memerlukan senior untuk belajar daripada mereka.
Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari. Kalau lepak dengan orang yang banyak rumah, maka belajarlah perihal rumah dan sebagainya. Kalau dengan orang yang berpoligami, maka belajarlah selok-belok rumah tangga yang lebih compleks serta macam-macam perkara lain. Ilmu ni semua penting, walaupun ada ilmu yang belum tentu akan dipraktikkan, tapi ilmu masih tetap ilmu. Tetap berharga.
Orang muda pula, kebanyakan baru nak naik dan cuba untuk membuktikan kejayaan diri mereka (termasuk saya). Bila jumpa dengan orang lain yang sama umur, kadangkala mereka melihat kenalan ini sebagai pesaing berbanding yang sepatutnya sebagai rakan/kenalan. Sifat tak senang tu kadang-kadang wujud di kalangan mereka yang sama umur ni.
Berbeza dengan mereka yang lebih senior, golongan ini telah mencapai pelbagai kejayaan. Mereka sudah berkahwin, mempunyai sumber pendapatan yang stabil, mempunyai rumah dan aset sendiri. Mereka tidak perlu untuk membuktikan apa-apa pada golongan yang lebih muda. Jadi secara semula jadi, mereka akan bersikap seperti mentor dan bukannya pesaing.
Saya bukanlah nak cakap tak perlu berkawan dengan orang muda, cuma cadangan saya, kalau ada peluang nak jadi geng dengan golongan yang lebih senior ni, jangan lepaskan peluang tersebut. Sesungguhnya ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga.
P/s: Ada orang cakap rupa saya ni macam budak umur 18 tahun. heheh. Memang awet muda. Terima kasih atas komen ikhlas tersebut =)
Comments
32 responses to “Kenapa Saya Suka Berkawan Dengan Orang Yang Lebih Senior?”
banyak ilmu yang boleh diperturunkan dari warga senior kita…
Sayapun juga suka bergaul dengan orang yang lebih senior dari saya terutama mereka2 yang satu pekerjaan dengan saya. Mereka tak cuma jadi teman tapi juga jadi mentor yang baik untuk saya
sukses terus buat Ariff Shah
btol tu,
saya pon setuju dan mmg prefer kwn dgn org lebih tua. mmg byk pengalaman yg kita boleh timba dan kita pon xmalu nk kongsi pendapat yg mungkin kita rs pendapat tu pyh nk didengar oleh org yg sebaya dgn kita.
kawan je ngan sume org… kak sha dulu grad uni gak still kawan ngan sume org even despatch pun….byk jln short cut yg kita boleh tau dari mereka tauuuu..especially nk pintas jln jammed…huhuhu
wah,sokong sgt tu.kene belajar dgn yg lebih tua/pakar.. :)
betul 2..dok ngan orang lama ni lain stail dia.. ;-)
kena ambil banyak ilmu dari senior..
ntah la, saya semuanya masuk dari yang kecik-kecik sampai ke tua, macam-macam ragam ada. seronok kawan dengan diorang nih.
yang tua selalu banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama..tak gitu..
betul lah tu muka ariff mcm budak umur 18 tahun…ahakzzz…mak ikhlas tau…heee…betul lah tu orang muda amat digalakkan berkawan dengan orang yg lebih senior…mcm akakkkk heee…so byk pengalaman yang boleh digunapakai, yg tak guna ketepikan…rasanya banyak yg boleh pakai…sebab orang yg lebih senior ni byk pengalaman susah senang, jatuh bangun dlm kehidupan….mak pun byk pengalaman…jommm ngeteh…!
emmmm mendalam sungguh entri ni …. ada perbualan hangat antara kawan2 setelah membacanya…heeee
Pandai dah dia bro, tak guna istilah tua tapi senior. Hahaha. Tapi arif, saya pun macam awak. Tak rugi pun. Lg buatkan kita jadi matang.
Emm betol jugak tu.. Saya sokong hujah-hujah tu. Hehe
ada pro ada cons…paling pro sekali sebab kita nampak muda sbb orang lain da berumur..hehehe…
setuju..banyak dapat timba pengalaman dengan orang lebih berumur.. walau pun kadang2 mereka terlalu stick dengan cara mereka sampai tak boleh terima cara orang lain..so kita kena belajar memahami dan menerima..
hahaha oops tu dia AE Jejai KiD senior2 yg boleh buat kawan
kawan ngan senior kita akan dapat tempias pengalaman yg tak de kat mana2 U….eh mana komen2 Jejai,AE ngan Kid
Siapa yang kabor kau umur 18 tu ariff. Cer bagi tahu. Kakakaka
Haha. Aku tau ko jeles
Saya tidak kisah sama ada berkawan dengan orang yang lebih muda, sebaya atau lebih berusia asalkan mereka boleh bersama dan boleh berpisah. Semasa di kampus, Saya pernah berkawan dengan rakan sebaya yang tidak boleh berlekang dengan saya. Nasib baiklah dia ambik kursus yang berbeza, jadi kami berpisah sewaktu kuliah. Assignment dia pun saya tolong buatkan walaupun kursus kami berbeza. Tetapi semasa peperiksaan, saya tidak dapat menolongnya dan dia kantoi. Ketiadaannya pada semester berikutnya membuatkan saya rasa ada sesuatu yang kosong kerana selama ini ada orang menunggu di bilik apabila saya pulang daripada kuliah dan mengajak saya untuk menikmati panorama pantai. Walaupun begitu, ketika cuti semester, dia akan ke rumah saya untuk mengajak ke pawagam. Tetapi yang membuatkan saya sedikit runsing ialah, bukak-bukak je pintu jamban dah nampak muka dia. Hello …. janganlah tunggu di pintu jamban, tunggulah di ruang tamu ke, halaman rumah ke atau tunggu shj di atas motor. Saya tidak selesa. Persahabatan saya dengan dia terputus apabila saya enggan mengikutinya ke kenduri perkahwinan. Saya tidak mahu pergi kerana tuan punya kenduri hanya menjemputnya dan tidak mewakilkan kepadanya seperti, ” Datang lah kenduri ni, bawak sekali sapa2 yang kamu suka”. Maka hukum saya makan di kenduri itu jatuh haram. Sbb itu saya menolak ajakannya dan dia merajuk dan tidak dtg lagi ke rumah saya lagi.
aku pun macam ariffshah..suka berkawan dgn org lebih berumur…. hehehe
huh… nasib baik saya hanay tua setahun dari ariff shah.. hehehee
*lariiikk*
Gua pulak suka berkawan dengan yang lebih muda kerana ingin mengambil peluang mengerek kawan2 perempuan mereka yang lebih muda. Mana la tahu kot2 boleh dijadikan ‘adik angkat’ gua nanti.
bro,zaman berangkat lu bukan sudah lama berlalu ker? ekekeke
Pembetulan kepada statement Jai : Ayat sebetulnya adalah “Muda Ketak” bagi membayangkan bentuk tubuh AE yang berketak2 dan bukannya “Muda Ketat”. Harap maklum. Peace!!
Sebab tuh AE asyik nak berjalan dengan lu bro sebab dia nak nampakkan diri beliau muda ketat giteww..miahahaha
Pengalaman macam ni tak diajar dimanamana universiti..saya dulu masa muda-muda memang berkawan dengan org lebih senior..kita akan cepat lebih matang….
selalu nya akan berlaku perkongsian cerita dan pengalaman dari senior. sebagai panduan mereka yang lebih muda
Wajah dan susuk tubuh bro macam budak lepasan SPM kalau tengok IC tentu tidak percaya. Berkawan dengan orang dewasa boleh menjadi diri matang dan cara pemikiran pun lain.
tapi Ariff shah boleh menunggang motor besar.. wewewe
antara yang senior itu termasuklah AE dan je jai kan? Hik3…diorang ni memang cool… “Suami Miang tetapi Setia”… Keh3..just kidding…
Ewah-ewah Sodapnya ayat..hahaha..nak kena bahan lagi nie..
saya pun ada rakan2 senior, dan mereka adalah AE dan jejai. sangat cool..!! =)