Berkahwin Di Moscow

Entah apa masuk badan aku, tiba-tiba aku rasa macam nak tulis pasal prosedur untuk berkahwin di Moscow bagi yang beragama Islam. Aku harap entri kali ni dapat membantu pelajar-pelajar di sini kalau ada sesiapa nak kahwin.

Sebelum kita mula, ada baiknya aku cerita sikit pasal faedah berkahwin kat sini tertutamanya kepada pelajar kita la. Paling utama, maksiat dapat dielakkan. Serius aku cakap, daripada korang susah-susah curi-curi dating kat tangga hostel, curi-curi kissing dan sebagainya, eloklah sangat kahwin je terus. Dah kahwin, tinggal satu bilik bersama dan buatlah apa yang korang nak. Kalau dah couple pun dalam satu hostel ni, pada pandangan aku sangatlah rugi tak kahwin terus. Pergi dating, lepas tu balik bilik masing-masing. Dosa kering pun bertambah, frustation pun ada sebab tak dapat seks.

Orang kita ni satu masalah dia ialah kadang-kadang sayangkan adat sangat. Asal kahwin je, fikir nak buat majlis besar-besar; makan belanja besar-besar sehinggakan membebankan bakal pengantin. Kalau yang nak kahwin tu masih belajar, macam mana? Nak salahkan anak muda yang bercinta ni tak boleh juga sebab benda ni semulajadi. Bila perasaan cinta tu hadir antara dua insan, maka hadirlah ia. Orang mungkin akan cakap, statement aku ni mudah sangat, tapi macam mana pula kalau yang dah sampai tahap tidur bersama dan ‘buat projek’ je memanjang? Nak biarkan mereka terus buat dosa dan tunggu keluar anak luar nikah dulu ke?

Aku bukan cakap berkahwin ni semata-mata untuk seks. Tapi kalau dah umur macam ni, sendiri tahulah apa yang nak dikecapi dalam relationship tu, kecualilah kalau memang relationship tu berlandaskan hubungan seks semata-mata dan masing-masing tak sanggup beri komitmen untuk berkahwin, maka perkahwinan tu bukanlah untuk anda.

Jadi pada satu tahap, perkahwinan masa belajar ni ada baiknya dan eloklah dipercepatkan, terutamanya kepada pasangan yang dah memang merancang. Perkahwinan itu sendiri satu benda baik dan kalaulah mereka ni dah sampai tahap boleh tinggal di negara orang, faham bahasa mereka yang memang kadang-kadang terbelit lidah nak sebut ni, aku rasa mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga sendiri dan survive walaupun status mereka hanyalah pelajar. Lagipun, benda ni bukannya baru. Banyak je pasangan yang dah berkahwin masa belajar, terutamanya yang belajar di luar negara ni dan rumahtangga mereka kekal sehingga kini.

Berbalik kepada tajuk asal entri ni, prosedur dia ya.. Pertama sekali calon isteri tu mestilah ada (perlu cakap ke?) Bila calonnya dah bersetuju nak sehidup semati dan sanggup nak tempuh liku-liku hidup di alam perkahwinan, maka stand-by 2 orang saksi lelaki yang beragama Islam. Ramai je geng yang boleh jadi saksi..

Bila dua benda ni dah settle, maka carilah satu tarikh yang sesuai, hari yang sesuai untuk pergi ke masjid. Kalau boleh, buat appointment terus dengan imam masjid tu supaya tak kelam kabut kalau tiba-tiba imam takde kat masjid hari tu. Tapi mengikut sumber rujukan aku (rakan yang telah berkahwin di sini), boleh je nak walk in terus dan jumpa imam. Cuma mungkin kenalah tunggu imam tu free untuk hari tu kan.. Of course, kalau dah nak jumpa imam bagai, saksi dua orang tu mestilah ada sekali. Kalau tak macam mana nak akad kalau tak cukup saksi?

Akad nikah dilakukan dalam bahasa Russia. Aku pun tak tau macam mana, mungkin ada teks contoh nanti kot. haha.. Agak pelik di situ.. Aku terasa macam nak jadi saksi kalau ada siapa-siapa kahwin kat sini, saje nak tengok. Mas kahwin (mahar) ni pulak, agak subjektif sebab bergantung pada imam tu. Kalau dia suruh bayar 1000USD kat si isteri, maka 1000USD lah dia dapat sebagai mas kahwin. Tapi benda tu boleh je bayar beransur-ansur. No problem.

Lepas habis akad tu, settle la. Mungkin kena bayar imam tu 1000ruble, mungkin tak. Nak pergi belanja makan dua orang kawan tadi pun boleh, atau terus je honeymoon. Belanja kawan next time je. hehe…

Dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan, perkahwinan tu perlu didaftarkan di Kedutaan Besar Malaysia. Denda akan dikenakan kalau lambat. Bayaran sebanyak 300ruble akan dikenakan untuk pendaftaran. Antara dokumen yang perlu disediakan semasa pendaftaran:

  • Borang KC-06 (boleh didapati di pejabat kedutaan)
  • Sijil perkahwinan (beserta salinan yang telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris)
  • Passport
  • Kad pengenalan
  • 2 keping gambar

Entri ni cuma pendapat aku je untuk galakkan couple-couple ni semua kahwin cepat dan sebagai panduan kepada mereka yang mahu. Kalau takde apa-apa yang menghalang, kahwin je la kan.. Tak salah. Apa-apa pun, ianya perlu difikirkan dengan lebih terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat. Selamat berkahwin, sesiapa pun anda di mana jua. Semoga berbahagia.

Sumber: Embassy Moscow Russia (Marriage Registration)

+ MacBook Air, iPhone 4, iPad dan Sony PS3 untuk dimenangi melalui peraduan MiloFuze-JamPack. Contest mudah, senang menang. Check it out: http://bit.ly/MiloFuze-JamPack

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

45 Comments