Aku rasa kebanyakan perempuan zaman sekarang ni mencari lelaki yang tak merokok. Salah satu sebabnya ialah takut nanti bila diorang mengandung terganggu pulak perkembangan kandungan dia nanti disebabkan asap rokok si suami mereka ni. Sebab lain, asap rokok ni busuk. Tapi ade jugak perempuan yang suka bau lelaki lepas lelaki tu hisap rokok. Ada bau yang unik di situ katanya. Entahla..
Dah biasa sangat aku terjumpa dan terdengar kisah si jejaka nak berenti merokok bila umur dah cecah XX, atau dah kahwin nanti nak berhenti, atau cerita si bapa yang berhenti merokok lepas kawin sebab sayang pada isteri dan anak-anak. Nak kasi satu spoiler sikit pada kisah-kisah ni, MAJORITI cerita, kisah dan janji-janji manis macam tu adalah tidak benar dan tidak akan ditepati. Serius.
Oklah, aku tak nak la buat musuh dengan orang yang merokok, ramai je kawan aku yang merokok. Cuma dalam hidup ni janganlah kita menipu diri sendiri. Terima hakikat yang kaum lelaki yang merupakan perokok tegar ni memang macam tu sebab aku tengok diorang ni jadikan merokok tu macam seks – atau mungkin sesuatu yang lebih teruk daripada itu. Tak boleh tidak, mesti nak gak. Kalau tak dapat, resah, gelisah macam ada benda tak kena. Good thing about this is, merokok ni sampai bila-bila feeling dia memang best (pada mereka), tapi dalam hal seks, bila isteri dah menopous, ehem… faham-faham jelah.
Jadi hakikat pertama yang mesti diterima, kalau dapat lelaki yang merokok, rokok tu akan jadi kekasih yang memuaskan lelaki tu sampailah dia mati. Isteri jatuh pada nombor dua apabila masanya telah tiba.
Aku kesian la kat perempuan-perempuan yang mengharap lelaki diorang berhenti merokok ni. Kesian sangat. Perempuan tu dok tunggulah kekasih hati dia berhenti, bak pungguk rindukan bulan tapi sampai sudah tak kunjung tiba. Si lelaki ni pulak setiap tahun dok ulang janji palsu yang sama, “anibeseri (anniversary) kita tahun ni I berhenti ye”. Sampai masanya yang dijanjikan dia renew pulak janji dia, extend satu tahun macam extend road tax kereta. Alahai.. kesian pada cik awek manis yang diperlakukan sebegini. Asyik kena buli je tiap-tiap tahun.
Terjumpa ebook ni. Korang try test la sendiri atau kasi kat boyfren ke..
Terima hakikat ni: Kalaupun lelaki tu berhenti, sampai bila dia boleh tahan? Seminggu? Sebulan? Setahun? Impossible. Kadang-kadang memang nampak je macam dah berhenti, tapi hakikatnya korang semua yakin ke dia tak merokok di belakang korang? Masa dia pergi kerja? Masa dia tengok EPL dengan kawan-kawan dia? Masa dia keluar kejap pergi kedai runcit? Tak mungkin. Mesti ada punya. Tapi kalau ada yang berhenti betul-betul jujur dan ikhlas tu baguslah. Cuma dalam hal majoriti, kes jujur dan ikhlas ni terlalu sedikit.
Kalau macam ni aku cadangkan dua ni je sebagai penyelesaian. Terima seadanya kekasih anda tu seorang perokok tegar termasuk asap dan bau mulut busuk yang mereka bawa serta bermacam-macam risiko penyakit yang mereka bawa pada diri mereka sendiri dan orang disekeliling mereka atau cari boyfriend lain sebab dalam dunia ni ada berpuluh juta lagi lelaki. Kalau aku, aku pilih yang kedua. Tak rugi satu sen pun.
Lagi sekali aku cakap, entri ni untuk awek-awek kat luar sana yang menghadapi dilema hidup ni. Jadi kepada kawan-kawan sedara-mara aku yang hisap rokok, janganlah nak emo dengan aku nanti. Aku takde hal je kalau korang nak hisap rokok masa lepak dengan aku. Jangan malu jangan segan.
Kaum wanita, ada pengalaman? Sila kongsikan.
2010/2011 Premium Sponsor

amboi lina86..main sedap je kata CT nurhaliza merokok…awak nampak ke? jangan main tuduh sebarangan
nasib baik aku bukan perokok. tapi oke je bila lepak ngn kawan yg merokok. cuma dok jauh2 skit sebab hidung sensetif bau rokok. :)
kena tpu kot kata dah stop smoking.agak la…after break tembelang pecah,…huh teruk btul laki tuh,,,
haa. my bf. dye smokers. tak force dye utk stop but ade la bg dalil2 bagai. haram merokok tu. suh stop bkn sebab busuk ke hape. wangi je semenanya dunhill nih. tp rokok tuh kn haram. Alhamdulillah, dye promise stop ryte after puasa ni. N skrg dye dh stop dh. mudah2an tak start balik. tak smua laki tak tunaikn promise. idup sehat tanpa rokok! ho yeayh!
kalau tak sayang diri.. tak sayang bini.. sayanglah generasi..
boleh aje. dari diri kita aje sebenarnya.
kalo nak renti merokok x payah pasal tgh bercinta, ada syarat ke dlm bercinta? yg tukang beri janji & yg terima janji hidup dlm dunia yg nyata ke? terima kenyataan manusia mmg hipokrit!
bf ak pn kuat rokok, ntahler da mcm2 ikhtiar da ak suh dia bnti. marah2 da kerap sgt da n da pena bg artikel untuk benti rokok..ak pena tny dia antra ak ngn rokok dia pilih yg ner, hampeh tol dia ckp jgn bndingkan diri ak ne ngn rokok..cisss..pasal rokok ugakla bf ak yg soft spoken ne tetiber leh 2kar jd brutal..tp ak xleh la tgl diala, xsmudah abc bai..hehe..kalo sesenang 2 da lma ak tgl dia.. tp ak igtkan balik pngorbanan dia kt ak.. tlmpau bnyak.. pangai dia sgt ok, xmcm laki2 yg pena ak jmp sbelom ne.. cma main ngn rokok jek ak da xmampu da nk uwat cner.. ak gtau dia sblum kawen ak suh dia bnti..fmily ak pon anti ngn perokok ne..ak ckp ak xleh kawen ngn laki yg isap rokok..titik..hehe..
Semoga dia dapatlah berhenti masa nak kahwin nanti. Doakan yang terbaik untuk kamu.
siyes x suka ar bau rokok…leh kena migrain
Ayah saya mula-mula cara dia stop merokok sebab saya ada asthma. Doktor marahkan dia sebab anak asthma pun nak jadi perokok lagi. Pastu dia rasa bersalah. Hehe cara dia stop.. memula dia tukar beli rokok kotak kecil, kemudian dua tiga bulan lepas tu tak beli terus tapi ada lagi simpan sebatang dua dalam kereta. Pastu dia merokok jarang-jarang kalau orang offer, kiranya merokok free la kalau orang bagi. Sekarang dah tak.
Macam senang tapi ambil masa beberapa tahun juga nak bebas rokok. Apakah?
Betul ke? berhenti merokok kerana bercinta? ada 2 mmg la ada tapi xramai la…pengalaman sendiri mengajar erti memahami sebuah kepuraan untuk menjaga hati…berpura2 je mcm dah xhisap tapi realiti hisap lg…kita boleh kenal la…bukan senang nak buang hobi yg mmg jd rutin kemestian tiap2 hari…tinggal je umpama dunia ni berhenti berputar…payah la kalu nak tinggal kekasih no 1 di hati…payah…walaupun kita disayangi..dia ttp sayang rokok lagi…
nak tanye ckit … mane entri ko tajuk PAYPAL PROGRAM LUMAYAN?????>/ TLOG REPLY..
Baca entri terbaru
rasenye seseorg tu xkn bhenti merokok kalau disuruh bhenti oleh pasangannya…unless kalau die syg sgt kt partner nye tuh…mcm ayah sy,dulu2 dlm umah pun die smoke gk,mak bebel ckp umah bau busuk asap rokok, then ayh merokok kt luar umah je…mak bebel lg sbb ayah buang puntung rokok dlm pasu bunga mak…yg klakarnye ayah xngaku die yg buang pdhal kt umah die sorg je yg smoking…hahaha…now, da slow down ckit smoking maybe sbb rmi kwn2 ayah yg heavy smoker sakit teruk…so da ade ksedaran la ckit kut…tp kalau bab2 merokok ni, kesan yg lagi teruk kesannya pd secondhand smoker kn??cm x adil je sbb org skeliling yg smoking, org lain plak yg sakit…huhu
ermm…biasa lah tue…nk seribu daya..tak nak seribu dalih…hehehe (^_^)
Arwah bapa tiri akak dulu perokok tegar. Mak bebel hari2 sampai dia tak tahan…..dia berhenti mungkin ada tanda2 sakit kot…..ok la hingga akhir hayat dia tak merokok. Satu lagi, bapa mertua pun dulunya perokok tegar……berhenti sebab kena penyakit, nasib baik anak2 dia (termasuk suami akak) takde yang merokok. Bau rokok mmg menyesakkan nafas.
setuju sgt2.. aku ni anti-rokok & anti-perokok. bau rokok & perokok tak boleh bla.. kalau nak fikirkan balik tak logik makhluk bernama manusia yg ade akal fikiran hisap asap rokok yang jelas bahan dia membahayakan kesihatan. plg sedih bila kwn baik kita yg dulu sama2 tidak merokok bila abis spm jer.. diorg trus start merokok. pernah sekali sepupu baik aku kantoi merokok ngn mak dia.. mak cik aku mengamuk gila2. dia gulung surat khabar kasi bentuk mcm rokok pastu dia bakar dan paksa sepupu aku tu hisap rokok guna surat khabar. gila ganas.. haha. lelaki ni rasa macho bila hisap rokok. some of the girls ni bila dah mabuk cinta, dah tak heran dah kalau boifren dia merokok.. ramai gak kwn2 perempuan aku ni cakap.. tak kesah asalkan dapat boifren.. pastu dia cakap nanti kahwin, i tau la nak pujuk. stupid la.. fuhh…!!
p/s: ariff, camne nak letak gamba aku.. AR. haha =)
kalau nak tahu, hisap rokok tak rasa macho… sama macam perempuan shopping, dah jadi tabiat untuk smoker susah berenti smoke.. btw, aku tak cakap kosong sebab aku pun smoker gak.. hehe
Betul. Itu point aku sebenarnya, merokok bila dah jadi tabiat memang susah nak berhenti.
Apa-apa pun tu semua pilihan sendiri la =)
Nak letak gambar, register kat gravatar.com. Nanti masa tinggalkan komen, guna email yang digunakan masa register kat gravatar tu.
Dulu ayah aku strict pasal rokok ni tapi as time goes by, aku sendiri tahu baik buruk menghisap rokok ni. Ada otak sendiri pilih la kan apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Salam.
Entry ni ada kaitan dengan hidup aku.
Dalam famili aku, semua tak merokok. Ayah, abang, adik lelaki dan abang2 ipar.
Sebenarnya abang2 ipar aku memang seorang perokok. Tapi, diorang berhenti lama dah, selepas kak2 aku bagi pilihan, antara dia atau rokok. Alhamdulillah, diorang dapat berhenti merokok sampai la sekarang.
Masalahnya sekarang ni, aku dapat pak we yang merokok. Dah macam2 cara aku buat. Ada la dia berhenti tapi sebulan jer.
Memang rasa nak tinggalkan dia saja. Cari yang tak merokok. Tapi, susah giler kot nak jumpa yang tak merokok. Kalau ada pun, hak orang.
Kalau ada sesape yang masih solo tu, boleh la offer. Ahaks!
Salam.
Entry ni ada kaitan dengan hidup aku.
Dalam famili aku, semua tak merokok. Ayah, abang, adaik lelaki dan abang2 ipar. Sebenarnya abang2 ipar aku memang seorang perokok. Tapi, diorang berhenti lama dah selepas kak2 aku bagi pilihan, antara dia atau rokok. Alhamdulillah, diorang dapat berhenti merokok sampai la sekarang.
Masalahnya sekarang ni, aku dapat pak we yang merokok. Dah macam2 cara aku buat. Ada la dia berhenti tapi sebulan jer.
Memang rasa nak tinggalkan dia saja. Cari yang tak merokok. Tapi, susah giler kot nak jumpa yang tak merokok. Kalau ada pun, hak orang.
Bab laki merokok aje ke..yg perempuan merokok senyap2 plak camne?
Yang ni aku tak jumpa lagi. So tak tau cerita.
haha…ada..my dad sblm kahwin a smoker..after kahwin ngan my mum,mak x bg dia smoking..dia slow2 stop..sorok2 smoking lam jamban..tp alhamdulillah dia da tak merokok until now…he’s not a smoker anymore..ex bf,dulu merokok and janji stop merokok and he did..alhamdulillah..aha..so nothing is impossible..yg penting syg kan aweks kans..bf skrg merokok,tp janji nak berenti..nanti nak belikan niquatin la…haha..tpkan sbnarnye bau rokok bila laki tue dah habis smoking mmg sexy la…cume i cant breath bila ada asap rokok…but the smell is nice..
ye ke tak rugi satu sen kalau amik pilihan kedua..?hati dan perasaan bukan mainan ye encik ariff..kite x leh la main2 and bertukar pasangan mcm tukar baju sbnarnye…rokok is just a matter of habit..the only reason to dump a boyfriend if dia curang or perangai mcm setan.
Yes, hati dan perasaan ni bukan mainan. Faham sangat that statement. Cuma pada Ariff, kalau tak suka apa yang perempuan tu buat, perangai dia atau apa-apa je, tutup jelah terus hati pada dia.
Macam kes Ariff dengan awek Russian. Diorang hot kan? Semua ada model figure. Tapi dengan kehidupan sosial dia, dengan rokok dan minum lagi Ariff tak boleh buat apa sangat. Just say no to them sebelum anything starts – walaupun ada minat sorang ni..
Yup dumping a boyfriend is a bit extreme. But I’d dump my girlfriend if I know she’s smoking. Period.
definitely..a girl smoking mcm ermmm..nampak sgt2 tak sopan..
tapi byk artis malaysia pompuan smoking taw…ini termasukla,fasha fazura,jue evans,erra,siti nurhaliza(gossip lama),nasha aziz,sazzy falak,and many more…pelik kan…model byk merokok sbb merokok dikatakan boleh keep a slim figure..actually thats kinda true..sbb mostly model do that..
ok out of topic..hee..
kenapa nak dump kalau dia boleh berubah kan?g pun laki smoking is still under normal situation,so kiter bg support suh dier stop..tolerate itu pntng dalam sebuah hubungan…
janji manis nak berubah x boleh nak percaya sngt..better cari org lain je klw dah tau org tu smoker..
boipren aku xde la tegar smokim2 tp agak susah lew nak benti. boley tahan sbulan je lepas besday aku then sedot balik kalo tekanan. xpe2..sabo suda. insyaAllah boley..:P
aaarrrghhh lelaki merokok ni tak bagus!!!bayangkan kawen dengan lelaki merokok.duet elok2 boleh wat belanja family jadi tak cukup sebab beli rokok die…kan??kan???haha
erm.. betullah tu. Kalau perokok tegar kat Malaysia ni kurang-kurang nak RM200-300 sebulan untuk tampung kos rokok dia.
lelaki yang xmrokok lagi nmpak macho,bersih dan disayangi oleh kaum perempuan.
(=