Aku rasa kebanyakan perempuan zaman sekarang ni mencari lelaki yang tak merokok. Salah satu sebabnya ialah takut nanti bila diorang mengandung terganggu pulak perkembangan kandungan dia nanti disebabkan asap rokok si suami mereka ni. Sebab lain, asap rokok ni busuk. Tapi ade jugak perempuan yang suka bau lelaki lepas lelaki tu hisap rokok. Ada bau yang unik di situ katanya. Entahla..
Dah biasa sangat aku terjumpa dan terdengar kisah si jejaka nak berenti merokok bila umur dah cecah XX, atau dah kahwin nanti nak berhenti, atau cerita si bapa yang berhenti merokok lepas kawin sebab sayang pada isteri dan anak-anak. Nak kasi satu spoiler sikit pada kisah-kisah ni, MAJORITI cerita, kisah dan janji-janji manis macam tu adalah tidak benar dan tidak akan ditepati. Serius.
Oklah, aku tak nak la buat musuh dengan orang yang merokok, ramai je kawan aku yang merokok. Cuma dalam hidup ni janganlah kita menipu diri sendiri. Terima hakikat yang kaum lelaki yang merupakan perokok tegar ni memang macam tu sebab aku tengok diorang ni jadikan merokok tu macam seks – atau mungkin sesuatu yang lebih teruk daripada itu. Tak boleh tidak, mesti nak gak. Kalau tak dapat, resah, gelisah macam ada benda tak kena. Good thing about this is, merokok ni sampai bila-bila feeling dia memang best (pada mereka), tapi dalam hal seks, bila isteri dah menopous, ehem… faham-faham jelah.
Jadi hakikat pertama yang mesti diterima, kalau dapat lelaki yang merokok, rokok tu akan jadi kekasih yang memuaskan lelaki tu sampailah dia mati. Isteri jatuh pada nombor dua apabila masanya telah tiba.
Aku kesian la kat perempuan-perempuan yang mengharap lelaki diorang berhenti merokok ni. Kesian sangat. Perempuan tu dok tunggulah kekasih hati dia berhenti, bak pungguk rindukan bulan tapi sampai sudah tak kunjung tiba. Si lelaki ni pulak setiap tahun dok ulang janji palsu yang sama, “anibeseri (anniversary) kita tahun ni I berhenti ye”. Sampai masanya yang dijanjikan dia renew pulak janji dia, extend satu tahun macam extend road tax kereta. Alahai.. kesian pada cik awek manis yang diperlakukan sebegini. Asyik kena buli je tiap-tiap tahun.
Terjumpa ebook ni. Korang try test la sendiri atau kasi kat boyfren ke..
Terima hakikat ni: Kalaupun lelaki tu berhenti, sampai bila dia boleh tahan? Seminggu? Sebulan? Setahun? Impossible. Kadang-kadang memang nampak je macam dah berhenti, tapi hakikatnya korang semua yakin ke dia tak merokok di belakang korang? Masa dia pergi kerja? Masa dia tengok EPL dengan kawan-kawan dia? Masa dia keluar kejap pergi kedai runcit? Tak mungkin. Mesti ada punya. Tapi kalau ada yang berhenti betul-betul jujur dan ikhlas tu baguslah. Cuma dalam hal majoriti, kes jujur dan ikhlas ni terlalu sedikit.
Kalau macam ni aku cadangkan dua ni je sebagai penyelesaian. Terima seadanya kekasih anda tu seorang perokok tegar termasuk asap dan bau mulut busuk yang mereka bawa serta bermacam-macam risiko penyakit yang mereka bawa pada diri mereka sendiri dan orang disekeliling mereka atau cari boyfriend lain sebab dalam dunia ni ada berpuluh juta lagi lelaki. Kalau aku, aku pilih yang kedua. Tak rugi satu sen pun.
Lagi sekali aku cakap, entri ni untuk awek-awek kat luar sana yang menghadapi dilema hidup ni. Jadi kepada kawan-kawan sedara-mara aku yang hisap rokok, janganlah nak emo dengan aku nanti. Aku takde hal je kalau korang nak hisap rokok masa lepak dengan aku. Jangan malu jangan segan.
Kaum wanita, ada pengalaman? Sila kongsikan.
2010/2011 Premium Sponsor

yee,,sy mang ske laki xmerokok ni.
lagi nmpak macho and gah yee tuan2
(=
gulp~ tertelan air liur bila membaca. tp alhamdulillah, dpt pakwe x merokok :P
bg yang merokok, niquitin kan ada.
Takyah kata lelaki perempuan pon
pfttt
alamak bro. lu tak mrokok jangan men cakap. Cakaplah ini artikel ini ADVERTORIAL, jangan cakap terjumpa bohong namanya tak berkat duit ko terima
Ni bukan advertorial. Terima kasih =)
Kalau tak ada keyakinan nak berhenti merokok memang la susah sikit. Cakap mcm mana pun … sure tak akan makan saman. Lain la kalau lelaki tu sendiri yg sanggup cari alternatif nak berhenti merokok.
Betul. Semua ni inisiatif perokok tu sendiri, datang dari dalam diri. Kalau nak berhenti atas alasan-alasan macam ni, memang tak tahan lama.
masa baru-baru berkawan dengan tunang, dia memang merokok. tak kisah lah kan sebab masa tu berkawan je. itupun kalau dia nak merokok, dia pergi jauh sikit (nak elak asap tu kena i katanya). lepastu masa baru-baru bercinta pulak, dia tanya, “suka ke lelaki merokok?” terus cakap tak suka. dia tak janji, tapi dia cakap, dia cuba nak kurangkan rokok, cuma ambil masa, lambat sikit.
alhamdulillah, dia bersungguh-sungguh sebab dia minta temankan pergi klinik, dapatkan nasihat, ambil chewing gum yang jual dekat farmacy untuk elakkan ketagihan merokok tu..
sekarang ni dah setahun lebih dia hidup tanpa merokok. alhamdulillah, syukur sangat. TAPI. nampak la kesan yang ketara. berat badan dia naik mendadak, gemok sangat dah sekarang. tapi tak kisahlah, asalkan sihat =)) hehe
Thanks atas perkongsian cik Rara. Doakan semoga kekal macam tu la.
Kawin nanti jemput, atau tunggu aku balik Malaysia dulu!
alhamdulillah…lelaki2 dlm keluarga ..abah,adik xmerokok..pak2 sedara,sepupu lelaki mmg x merokok..atok je yg merokok..dan sedara jauh2 tu ader la..boleh bilang ngn jari..dan yang bakal menjadi ahli kelurga saya pon x merokok..dan yg sedang bercinta dgn ahli keluarga..psangn mereka x merokok….how wonderful…saya pernah bertanya sendiri dan jwapn yg saya dpat adalah
-xsuka,busuk bju..rumah,keta ..berbau
-pening la klo isap,tekak x best(yg pernah cuba…hehe) so klo dh pening..mmg terus tggl la
-mmbazir
-xsuka bau asap
agree with ariff’s POV..mmg x dinafikan perempuan nak lelaki yg x smoking.. percaya x kita org keliling lagi bnyk risiko sakit sbb menhidu bau asap rokok. (my teacher said dulu la). nak elak org yg x merokok mmg susah skrang ni..pergi je mana2 ada je org smoking.
tapi bila dilihat balik nowadays ramai je perempuan dah start merokok. kat Malaysia shj rating nya dah naik..x payah pergi jauh la, my experience lihat perempuan merokok dpn mata.bkn org lain my classmates jugak..mula2 rasa x boleh nk terima sbb rasa dorang ni perempuan x elok..
kpda sesiapa yg nk quit smoking baik stop slowly la..coz klw stop mengejut org kata ada effects mcm sakit2 sendi (my uncle experience)..klw time puasa boleh tahan x smoking mst time2 lain pun boleh juga kan :)
Perempuan merokok ni memang tak wujud dalam list aku. Minta maaf banyak-banyak..
Pelik betullah smokers ni. Kalau bulan puasa boleh pulak berhenti rokok. Kalau berhenti terus kan lagi elok….
Mereka tak berhenti tapi menangguh untuk merokok. Cuba tanya perokok tegar, berapa batang rokok diorang hisap masa antara berbuka dan bersahur keesokan harinya
Ntah la, dalam family aku, selain adik(girl) aku, mak dan ayah dan aku, semua perokok tegar, sampai aku malas nak datang dekat time dorang merokok…banyak option untuk berhenti merokok, tapi tak diendahnya…ntahla, hati dah itam kot…
Skrg ada produk baru utk bhnti merokok kann.. Nequtin? Bleh try kot.. Byk cara..
Love,
PojiePooh Abdullah
tu la…pompuan pun ramai yg merokok…tp secara sembunyi…aku laki pun tak hisap…bila jumpa pompuan mcm tu macam nak kasi flying kick je…manusia2
abah aku tak merokok tapi kadang-kadang kalau jmpe client yg sua rokok kat die,die amik gak. bila aku tny knp hsp rokok, die ckp nk jaga hati client.huhu..
bf aku skrg ni peroko gak tp bkn perokok tegar la. awal2 aku dh ckp yg aku xsuke org merokok, then die ckp mmg die nk berhenti merokok pn cume xde org bg smgt. pastu aku ingtkn die dh berhnt, rupanya tak juga. terkantoi ng aku die merokok masa main bola. kn dh kena peluru m16 dgn aku.haha..kalau pasni tak berhnti gak, aku reject die kot..
hohoho…
saya penyokong hebat untuk penyelesaian yang kedua…*hahahaha..okay tipu*
to those aweks kat luar tu, if dah tau mamat tu merokok and korang tau yang diri korang tu tak suka bau rokok and so on, watpe buat mamat tersebut as boyfriend and laki korang?
okay.fine.love is blind.
so, just accept as they are. <–ni my opinion je la kan…
P/s:
to aweks: bila tengah 'hunting' for boyfriend, do ask them this : merokok tak?
*tanya direct je.tak yah nak hint2.. lelaki memang bersifat semulajadi blur.*
to guys: if yang merokok tu, kalau tak nak rasa panas telinga kena leter suruh berhenti rokok, sila cari awek yang merokok gak. siap boleh paw rokok diorang bila perlu.*save duit* <—okay.jangan guna saranan ini…=___="
Suka Niza punya comment!
Lelaki merokok untuk perempuan merokok. Jangan sibuk nak ngorat awek yang tak merokok :P
Dan awek2 ni pun tolonglah, jual mahal sket. Dah tau tak suka, reject je yang hisap rokok ni. Kan senang.
ahakz2…
dah benda betol…
fenomena ni boleh tengok di kalangan rakan-rakan sendiri..
Bila dua-dua dah merokok, sorang paw sorang..
gadoh pasal berhenti rokok pun tak timbul…
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
macam2 sub-species ada, yang penting kena pilih berbaik
toodle oo…
ya,dulu aku merokok…tapi aku berenti dengan cara mudah iaitu dengan berhenti melepak dengan perokok,elakan stress,elakan kopi~thats all~sebulan je,berenti terus~
Tahniah dan harap perubahan ni berkekalan.
Salam,
2bulan lepas, sewaktu berada dalam sebuah kedai gambar di dalam shopping complex, seorang pemuda berpakaian kemas yang berjenama serta penuh bergaya menyalakan sebatang rokok dan menghembuskan asap di dalam kedai itu.
saya dan pelanggan lain terpinga-pinga. yelah, celah mana pulak asap rokok buleh ade dalam shopping kompleks beraircond yg mmg diwartakan kwsn larangan merokok. dan simbol larangan merokok sebesar-besar alam ada dalam mall itu dan dalam kedai.
takde sape berani tegur mungkin sbb mamat tu bersaiz besar.
saya yang mmg sensitif gile dgn asap rokok (mmg buleh selsema kalau terdedah lama dgn asap rokok ni) pun bengang sbb mamat tu mcm tak endahkan pandangan-pandangan tajam pelanggan lain.
dengan selamba saya tegur. dia buat2 tak paham dan meneruskan sedutan serta hembusan.
dan akhirnya ade seorang hamba Allah yang tegur direct guna bahasa makan dalam jugakle,
ayat: “brader, mungkin kami tak sehebat brader tapi boleh tak brader tunjukkan kehebatan merokok ni di tempat lain? sini kawasan larangan. takde sape nak sedut asap tercemar dalam bangunan ber air-cond ni”
mamat tu pun blah dgn muka yang tak semenggah
kesian, eh sekian (^_^)
Yang ni aku paling benci sekali. Orang bodoh yang hisap rokok dalam shopping mall yang ada aircon. Yang ni terpaling bodoh la. Rasa macam nak pukul pun ada.
kalau dapat pakwe yang bukan perokok tegar ok je. sebab dia mesti boleh stop punya. macam my dad. walaupun dah bertahun merokok tapi boleh stop b4 kakak sulung lahir. maybe sebab my dad bukan jenis yang merokok berkotak sehari, mungkin rokok dia sekotak boleh tahan seminggu sebab tu dia boleh berhenti.
anyway, kalau sebab awek, mungkin susah, cuba fikir kan jangka panjang. mungkin demi anak. yelah, macam mana seorang ayah nak larang anak dia smoking kalau dia pun smoking kan. nak ke dia anak cucu dia semua pun merokok macam dia.
syukur satu2nya bro in my sibling tak merokok, my dad sangat tegas bab nih. dia pernah kena belasah dgn my dad sebab kantoi merokok. dan rasanya my dad mmg akan reject bakal menantu yang smoking. hahah!
Bekas perokok pun tak nak anak dia jadi perokok. Nampak sangat ada sesuatu kat situ tapi masih ramai yang merokok.
Pandai-pandai diorang ah..
ayah aku dah benti merokok 8thn lps. sbb?xnak bagi adik laki aku yg masa tu nk masuk form 1 ikut jejak lgkh dia,merokok usia muda. sanggup p hospital amik “CLASS BENTI MEROKOK” n makan ubat utk benti merokok.skg,umh aku dah bersih dari asap rokok!
luv u dad!
merokok tu membahayakan kesihatan…
tapi kalau der jugak yg still isap n wat tak tau jek….mmg xsayang nyawa lah kot….huhuhu..
dorang tgk iklan kt tv pon dah xer hal..jnji puas..bak kt my mom..lom kn kat batang hidung..dh kena br nyesal….huhuhuhu
YEAHH!! saya cari bf lain yg x merokok…:D
dah seminggu aku tak merokok, heheheh cuma sekali sekala je isap rokok daun nak hilangkan ketagih
Kalau ada peluang berenti je.. banyak kebaikannya..
Dalam proses kurangkan merokok…seksa juga tu..tapi demi kesihatan dan anak,kenalah berkorban.
@anwar osman- ada juga orang jenis tu yer,anak lak yang angin tak tentu pasal.hmm
Ayh aku xleh bau asap rokok lebih 5 min.. nanti mata merah2 pedih.. resdung dia pun naik aktif.. pastu akan terbatuk2 dan lepastu dia akan selesema seminggu dua.
pernah ja aku slow talk brader kat kedai mkn yg duduk sebelah meja mintak dia padamkan rokok sebab aku ckp “ayah saya x sihat kalau kena asap rokok”. brader tu ok ja.. steady ja dia padamkan. bini dia tya “apahal bang?” takdak apa, org belakang nie xleh bau rokok.. zasttt dia tenyeh puntung rokok dia. dlm 5 min pastu family dia bangun semua nak balik… then x pepasal anak pompuan dia dlm 5-6 tahun mcm tu, datang terajang kerusi sebelah aku.. marah sebab suh ayah dia benti merokok. Sayang betul anak dia kat ayahnya.. tapi bila dah besar nanti mesti dia terajang kerusi kat rumah dia plak sebab marah ayah dia benti merokok ayah dia tetap x berenti.
hahahaa… kelakar la budak kecik tu.
Dia ingatkan ayah dia kena buli kot, itu sebab dia buat macam tu.
bro hanya merokok bila perlu sahaja huhuhu
Tak tau lak bro pun merokok
nasib baik la aku tak merokok…
tapi serius aku memang menyampah kalu ada orang merokok kat depan aku… :)
sian aku sebab smoke depan ko :(
erk. aku takde hal je.
takdelah, ni aku nasihatkan kat awek2 yang terasa teraniaya. kalo ok je, takde hal kot
tak suka perokok. Kalau ada yang cakap rokok tu wangi, memang bongoklah. HAHA.
sama je macam hidu asap kenderaan, perit, pedih. tapi masih ramai lagi yang menidakkan keburukkannya.
bila dah hinggap penyakit baru nak sedar kot.
ntah..
aku ni jenis per0k0k tegar..
tp dalam ketegaran tu ade la batas…
aku xbakar r0k0k kal0 nk g masjid, ade p0mpuan pregnant, ade baby kecik.. etc..
tp aku akan bakar r0k0k wp0n aku tengah main b0la.. mase rehat half time laa..
xkene r0k0k ,aku xleh main pastu..
haha.. yang ni macam kelakar dengar. Rokok bleh kasi stamina eh? Aku masih tak boleh kaitkan rokok dan stamina dalam sukan.
bf ak mmg ske merokok…dhla ade asma tp xtrok sgtla(die yg ckp)…ak bnyak kali tgr die krgkan isap rokok or benti tros tp besela die wat2 xdgr2…ble ktaorang gado die tros amik rokok isap puas2…ak pnh rampas rokok tu drpd die tp die boley lak benti kat kedai runcit bli rokok bru..mcm @#$%^&*!!! btolll…tp tau lak die ble die isap rokok,leh lak die halau asap rokok tu dr kene ak…ntahla..xtau ak nk ckp cmner lg…ak syg kat die..ak xnk die kuat sgt isap rokok..ak mmg dri dlu lg xske laki isap rokok tp da dpt die nk bt cmner…ex ak dlu sorg pon xpnh isap rokok…die jela only d one n ak lak dpt n suke…huhuhu..
erm.. tak mampu nak cakap apa, cuma I wish you all the best la. Mungkin suatu hari nanti hati dia terbuka untuk berhenti.
saya tidak suka rokok. Malangnya pulak, pasangan saya pulak seorang perokok. Apa boleh buat… huahuahua… pernah cuba nasihatkan supaya berhenti tapi nampak liat jer nak berenti… last2, diam jer laa… demi hubungan.
Kadang-kadang kita terpaksalah menerima dia seadanya..
Aku ada kawan yang merokok dan stop setelah hampir 17 tahun merokok. Entah macam mana dia boleh berhenti totally pun aku tak tahu. Sebab sebelum ni, dia mesti akan hisap, by hook or crook. Bayangkan tengah panjat gunung tu boleh dia hisap setiap kali kat check point segala?
Memang aku salute dia sangat2.
Aku tak kisah dengan perokok, asalkan dia pandai respect orang keliling dia.
kalau ada perempuan mengandung pun dia buat asap kepul2, memang nak kena tampar. (Keji aku)
Dan aku pernah sound direct pada brother yg merokok tepi aku kat cafe. Sangat damn sebab dia merokok sambil minum air, so, macam gerimis, kena kat aku. Pergh! Memang aku angin sebab aku tengok langit cerah, mana datang hujan. Rupanya dari meja sebelah.
Satu cafe tengok aku, tapi cam biasa, ada aku kisah?
^^”
Yeah! Kalau orang camtu sound je.
Hidup ni tak perlu nak susahkan orang kalau tak nak diri sendiri disusahkan..
dia ingat main apa agaknya nak bagi hujan renyai2~