Berhenti Kerja

ariff shah - naurah

Mungkin ada yang belum tau. Tanggal 12 Julai 2016, saya dengan rasminya meletakkan jawatan di company MNC. Berhenti lepas empat tahun berkerja dalam bidang aviation. Dari kerja engineer sehinggalah kerja sebagai eksekutif di syarikat MNC.

Dah lama plan nak berhenti. Bila ada bisnes sendiri walaupun part time, boleh nampak berapa banyak masa spend kat business boleh achieve berapa banyak berbanding masa yang sama dihabiskan di tempat kerja. Memang kalau buat bisnes ni banyak cabaran, tapi kalau dah start awal as part time, bila masanya dah sampai nak jump full time kurang sikit kesusahannya.

Ramai yang satu batch dengan saya dalam agensi jump ke full time tahun ni. Company pun ada sediakan pakej untuk bantu part-timers terjun ke dalam bidang ni secara full time.

Pada saya, kerja ok cuma saya jenis yang suka kebebasan dan sukakan cabaran. Kat ofis memang orang cakap cannot go dah. Kerja sama everyday. Cabaran pun lebih kurang. Learning curve dah jadi flat. Tambah pulak orang yang baru masuk naik atas saya, saya rasa no point dah saya stay lebih lama.

Kepada yang muda-muda, saya nak ajak dan buka peluang ni untuk anda cuba dulu bisnes takaful ni secara part time. Buat setahun dua dulu. Belajar. Maintain kerja setahun dua dulu untuk beli rumah, stabilkan diri dan sediakan simpanan yang cukup.

Siapa yang berminat, buka minda dan jom jumpa. No obligation. Awal-awal dulu pun saya tak expect nak sampai ke tahap ini, but it happened.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

25 Comments