Lebih Bergaya Dengan Nombor Pendaftaran Peribadi Tahun Hadapan

Kalau sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan nombor pendaftaran kenderaan WWW, saya pula lebih teruja menunggu sistem Nombor Pendaftaran Peribadi (NPP) atau dalam bahasa Inggerisnya Personalised Plate Number (PPN). NPP ni dah lama digunakan di luar negara terutamanya di US & UK.

Disebabkan terdapat permintaan yang sangat tinggi untuk nombor pendaftaran istimewa (ramai sebenarnya orang Malaysia yang kaya raya) sehingga dikatakan nombor pendaftaran untuk WWW1 boleh mencecah sehingga RM500,000, sistem ini adalah sangat digalakkan kerana boleh menguntungkan JPJ untuk jangkamasa yang panjang.

Walau bagaimanapun, kita tak tahu lagi sistem yang macam mana akan digunakan. Seeloknya biarlah terdiri daripada kombinasi huruf dan nombor dengan jumlah lima atau enam patah untuk memudahkan pengguna memilih nombor pendaftaran ekslusif mengikut kreativiti mereka.

Sekadar yang dapat saya fikirkan semasa menulis entri ini. Saya percaya anda lebih kreatif

Perlu fikirkan nombor pendaftaran peribadi yang sesuai untuk superbike saya nanti. W4KLU tu macam stylo gak. Jangan curi ye!

Comments