Berbaloi Ke Beli Kereta Hybrid?

hybrid_diag

Saya ada berkira-kira nak beli kereta hybrid. Yelah. Dengan harga barang dan harga minyak yang semakin meningkat sekarang ni, kenalah kurangkan kos mana yang boleh. Setelah melakukan sedikit kajian di  internet, agak mengejutkan bila mengetahui kereta hybrid ni tak semestinya dapat menjimatkan kos kita dalam jangkamasa panjang.

Ikut pengiraan ni kalau nak tahu beli kereta hybrid tu berbaloi ke tak. Kita ambil contoh kereta Honda Jazz Hybrid vs Honda Jazz petrol.

Pertama sekali tengok beza harga on-the-road (harga dirujuk di laman web Honda Malaysia, sebarang diskaun tak dimasukkan) untuk kedua-dua model ni:

  • Honda Jazz petrol: RM 74,800
  • Honda Jazz hybrid: RM 89,900
  • Beza harga: RM 15,100

Katakan dalam sebulan kita travel 1,000 km. Jumlah minyak (berdasarkan maklumat fuel consumpition diambil daripada beberapa sumber di internet, Jazz Petrol – 7 liter/100 km, Jazz Hybrid 4.5 liter/100 km) dalam sebulan untuk 1,000 km perjalanan ialah:

  • Honda Jazz petrol:  70 liter
  • Honda Jazz hybrid: 45 liter
  • Beza penggunaan petrol dalam sebulan @ 1000 km: 25 liter

Kos penggunaan petrol RON95 (RM 2.10/liter) untuk 1000 km perjalanan dalam sebulan:

  • Honda Jazz petrol: 70 * RM 2.10 = RM 147
  • Honda Jazz hybrid: 45 * RM 2.10 = RM 94.50
  • Beza kos petrol dalam sebulan: RM 52.50

Jadi kalau guna Jazz Hybrid ni, dapatlah save dalam RM52.50 berdasarkan penggunaan 1000 km perjalanan dalam sebulan. Not much I must say.

Berapa lama masa diperlukan supaya pembelian hybrid tadi berbaloi berdasarkan penggunaan 1000 km dalam sebulan dan harga petrol RON 95 tidak berubah?

(Beza harga kedua-dua kereta tadi) / (Beza kos petrol dalam sebulan) = RM 15,100 / RM 52.50 = 288 bulan (24 tahun)

24 tahun guna kereta hybrid baru berbaloi dengan harganya yang lebih mahal berbanding dengan kereta biasa. Dah habis bayar 9 tahun loan pun belum cukup berbaloi lagi. Berdasarkan senario ini, untuk menjadikan pembelian kereta hybrid berbaloi:

  1. Beza harga kereta hybrid dengan biasa dikurangkan
  2. Kereta hybrid perlulah lebih efisyen berbanding apa yang ada sekarang
  3. Harga minyak dinaikkan 3x (RM6.00 seliter) daripada harga sekarang

Kesimpulannya:

  1. Mereka yang dah beli kereta hybrid tanpa diskaun memang dah membazir duit kerana penjimatan minyak daripada penggunaan kenderaan hybrid masih belum berbaloi seperti yang disangkakan
  2. Harga kereta kat Malaysia memang mahal
  3. Harga minyak kita masih lagi murah

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments

  • pesa

    21 March, 2014 at 7:31 am

    Actually bukan pasal jimat 15k tu… tp honda yg kene turunkan margin kereta utk hybrid… dah la xde import tax eh dpt exempt tax lg ke?… cuma excise duty je ade.. so harga kereta hybrid patut kurang or sama dgn versi petrol yg terang2 kene tax penuh… pastu baru nampak apa yg jimat hehe 1000km tu sikit sangat tu bro… pergi balik keje dan weekend pi jln2 average dlm 2000km to 3000km setiap bulan… dah pakai kete hybrid so mileage for sure ar lebih byk… kalau saya… dgn penjimatan yg byk… setiap weekend saya akan cuti2 malaysia… long distance baru lah kene dgn konsep hybrid jimat dan mesra alam… i hope ade ramai lg owner hybrid share feedback sbb saya minat gak hybrid tp risau maintenance dia tinggi… smlm paultan bgtau honda akan CKD honda city hybrid… kalu harga murah dari versi petrolkan bagus hehe

  • kaydaryss

    17 March, 2014 at 9:34 am

    Saya pengguna CIVIC Hybrid. Hampir 2 tahun. Dan saya sgt happy. Why? Bila bercerita tentang hybrid kita bukan setakat bercerita tentang penjimatan minyak. Tetapi juga sebagai manusia yang bertanggungjawab, hybrid juga sebuah kereta yang mesra alam. Jgn takut dgn performance kereta. Saya memandu kedua2 jenis CIVIC iaitu hybrid dan petrol. Perbezaannya tidak sgt ketara. Paling best..of cos penjimatan minyaknya. Dengan style driving secara berhemah, saya dapat menjimatkan 50% penggunaan RM minyak. Dari selengaraan kereta, sebenarnya sama dgn petrol. Jadi? Why not kita bertukar. For better world.

    Thanx.

  • kasovic

    11 March, 2014 at 4:38 pm

    Gud info bro…aku pn dlm proses nk bli jazz ni just br nk decide hybrid @ x….
    Sbnrnya ade sedikit kesilapan dr segi beza harga tu sbb aku dh check skang honda bg diskaun bnyak utk hybrid dan siap bg servis & parts percuma untuk balancekan penjimatan tu…beza skang dh tinggal 6-7k saja untuk petrol&hybrid….so klu nk bli hybrid jazz skang dh kire ok larh sbb beza harga dh x banyak dan dapat service&parts percuma 3 tahun yg valuenya almost 3k…
    Cuma untuk yg penggunaan x sampai 1k km/month tu still petrol is better!

  • Hafiz Rahim

    5 February, 2014 at 1:29 pm

    Dari segi ekonomi, takde effect sangat..dari segi penjagaan alam sekitar, yes memang ada effectnya..cuma lately ni, ramai yang pakai hybrid dah mula mod kereta kaw2..buang itu buang ini yang langsung menjejaskan tahap eco-friendly kereta itu sendiri..contoh..segelintir pengguna CR-Z..dah macam street race car dah aku tengok. dengan ekzos perang nye. hehehe

  • apapunbole

    3 February, 2014 at 9:32 pm

    salam.. sy x pakai kereta hibrid.. tp apa yg bro tulis hakikatnya hnya teori yg x bole dilaksanakan pun. bnda ni kena kira real time, duit yg kita blanja pd satu2 masa.jgn kira trus longterm mmg xkan nmpak jimatnya. ok try tnya head to head owner jazz hibrid dn petrol. kpd jaZz petrol owner setelah 10 tahun..mn lebihan duit yg dia x blnja utk bli jazz hibrid dulu? no idea mannn..

    • Ariff

      3 February, 2014 at 11:10 pm

      Apa yang teorinya? Numbers don’t lie. Ini pengiraan asas je, likely scenario untuk pengguna kereta dalam bandar. At least kena ada something yang logik untuk buat perbandingan.

      Tak kisah la long term, short term dah keluar banyak untuk kereta hybrid.

      Nak kasi berbaloi, kena travel lebih kerap, mungkin 2000 atau 3000 km dalam sebulan.

      Mana lebihan duit? Macam pointless pulak nak tanya soalan tu

  • MK Kimi

    3 February, 2014 at 1:36 pm

    at some point aku setuju dgn komen brader akubiomed. bercakap pasal saving environment ni mmg xleh kompromi dgn duit. tp entri ni bagus, sedikit sebanyak boleh tau which one yg betul2 save pocket money.. thanks

  • Moh

    2 February, 2014 at 6:49 pm

    Tak sesia ko jadis eorang engineer…. sebenar itulah calculation yang sepatutnya …malangnya ramai yang terpedaya dengan hybrid ni. Sebenarnya nak lagi samseng, katalah jimat sebulan RM 200 (bukan 52 hinggit). Nak jadikan 15 K berapa bulan? 75 bulan, masa tu kereta tu pun dah reput. Tu baru breakeven… belum cite harga bateri lagi… Sama jugak vios yang katakana jimat tu…hehhehe

  • Muhammad

    2 February, 2014 at 11:23 am

    Ramai pembeli Hybrid bukan melihat kepada opportunity cost semata-mata. Kebanyakkan berfikir lebih kepada emission & kesan terhadap alam sekitar, iaitu sesuatu yang sukar dikira dengan nilai wang.

    Ada juga pendapat yang mengatakan penghasilan bateri juga mencemarkan, tetapi pencemaran ini lebih bertumpu dan mudah diuruskan dengan baik agar tidak terlepas ke alam sekitar.

    Perbezaan cukai & insurans juga perlu dimasukkan untuk mengambilkira kelebihan kepada ekonomi.

  • Safwan

    2 February, 2014 at 1:05 am

    Hybrid ni cuma pandu bawah 60km/j baru guna bateri. Lebih daripada tu, sama macam kereta lain juga.

    Kalau pandu dalam kawasan bandar yang trafik selalu sesak baru berbaloi untuk dibeli.

  • mohd yazed

    1 February, 2014 at 9:50 pm

    Analisa yang sangat menarik..ramai orang yg hanya mengambil jalan singkat dengan berpendapat bahawa kereta hybrid sangat menguntungkan tanpa memikirkan pulangan yg akan diterima..

  • akubiomed

    1 February, 2014 at 6:46 pm

    Sebenar tidak semua teknologi hijau itu bermula dengan kos rendah tetapi apabila mengambil kira impak alam tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Apabila kemusnahan itu berlaku maka ia akan menjadi kekal dan tidak boleh diterbalikkan kepada asal.