Berapakah Pendapatan Yang Paling Ideal Untuk Hidup Di Lembah Klang?

Berdasarkan sebuah kajian oleh pemaju perumahan Sime Darby, anda memerlukan pendapatan isi rumah RM14,580 sebulan untuk hidup di Lembah Klang.

Gila. Tapi itulah hakikatnya. Ini bermaksud, at least suami dan isteri kena ada RM7,000 pendapatan sebulan.

pendapatan-kl-selangor

Berdasarkan infografik di atas, 4 item utama yang memakan belanja bulanan yang banyak ialah:

  • Loan Rumah (Mortgage) – 14% – RM 2041/bulan. So lebih kurang RM400k punya rumah. Mana jumpa dah new launch landed bawah RM400k sekarang woi! In the near future, kena at least RM3k sebulan untuk rumah yang selesa.
  • Transportation – 16% – RM 2332/bulan. Kalau suami isteri dah ada kereta masing-masing, confirm loan kereta je dah >RM 1500/bulan, jadi ni campur minyak dan tol.
  • Food – 15% – RM 2187/bulan. Barang dapur, makanan harian, etc.
  • Other loans – 15% – RM 2187/bulan. Mungkin personal loan, asb loan dan lain-lain. Kalau kerja kerajaan tu, memang normal lah ambil personal loan. Jarang nak jumpa orang yang kerja kerajaan tapi takde personal loan.

By 30 nanti mampu ke nak dapat pendapatan RM7k sebulan ni? Saya sendiri garu kepala bila tanya balik soalan ni pada diri sendiri. Kalau harap bekerja makan gaji, susah… Kena cari side income lain.

Korang macam mana?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments