Berapa Banyak Iklan?

Reading Time: 2 minutes

Baru sahaja ban seseorang sebab mempromosikan link Nuffnang Grapevine kat blog aku. Kalau nak sangat cari duit, janganlah sampai terdesak sangat buat macam tu. Walaupun ada 4000 fans (thanks a lot guys!) kat page tu, rasanya sekali aje aku letak link Says.my. Itu pun sempena Birthday Celebration Says.my hari tu yang menawarkan banyak hadiah lumayan. Selain daripada tu, semua klik 20 sen aku tak post langsung.

 

Blogger mungkin memang memahami sangatlah bila tengok ada iklan kat blog lain, tapi yang bukan blogger ni ada yang sangat-sangat benci pada iklan. Iklan ni kalau kita tengok dari sudut lain sebenarnya merosakkan rupa sesebuah blog tapi aku yakin golongan yang pasang iklan ni tak nampak benda ni. Korang perasan tak, dalam entri 7 Blog Cantik Blogger Perempuan dan 10 Blog Kacak Blogger Lelaki, semua blog yang dipaparkan telah dibuang iklannya. Bila dah buang iklan dan segala jenis Javascript tu barulah nampak kecantikan dan kekemasan sebenar sesebuah blog tu.

 

Dalam blog ni, aku cuma letak satu petak tetap iklan bersaiz 300×250. Leaderboard banner semua tak letak dah sebab aku tau korang pun tak pernah nak klik iklan-iklan tu. Jadi tak berguna sangat. Selain daripada tu, aku hanya serve iklan in-text, floating balloon dan sebagainya yang memang jarang ada campaign. Banner sponsor (Denaihati & Shijiru) pada aku bukan iklan tapi lebih kepada branding integration & appreciation. Dalam bahasa mudah, kalau blog ni naik, dua nama sponsor tadi pun naik sekali sebab nama mereka dah sinonim dengan blog ni.

 

Kurangkan iklan kalau boleh sebab buat kita blog bukan sebab nak serve iklan. Bila terbaca kisah kak Jie tentang blog yang melampau-lampau letak iklan ni, rasa kesian pulak kat blogger kita. Blog adalah milik kita, bukan milik syarikat pengiklanan.

 

Kalau nak dapat duit mudah, jadi pengkomen tegar di blog ni sebab hampir tiap-tiap bulan pemiliknya akan beri insentif kepada pengkomen terbanyak. Lagi satu, join giveaway wang tunai ni. Kalau bertuah dapat duit, just like that.


Posted

in

by

Comments

70 responses to “Berapa Banyak Iklan?”

  1. afzal laidin Avatar

    saya rasa iklan di side bar mcm tak menganggu sgt. Cuma yg penuh di bawah title yg rasa mengganggu pembacaan.

  2. ZullNadz Avatar

    aku letak iklan dalam blog aku..tapi takde la banyak sangat sampai serabut nak tengok heheee =)
    Makna apabila ditimpa sakit

  3. Hanif Avatar

    Betul gak iklan-iklan ni buat semak..bila baca entri ini..baru perasan blog aku semak dengan iklan Nuffnang…hehehe

  4. Im Jitra Avatar

    Ramai yang buat blog untuk mendapatkan duit pada masa ini, bukan sebab nak berbloging…

  5. dakkos Avatar
    dakkos

    kalau dlm TV cukup marah kalau iklan banyak …

  6. Nadia Avatar

    ada blog tu sampai tak nampak content bila penuh sgt iklan..pening nk baca

  7. pilotHans Avatar

    like me, i don’t like adverts at all ^_^ you can hardly see any adverts at my travel logbook..hope to maintain it that way…

  8. Faizal Fredley Avatar

    blog aku byk giler iklan…tp iklan berbayar…kdg2 serabut gak tgk memyemak jer dlm blog aku..tp dgn iklan tu la aku boleh tampung harga hosting aku….sekarang aku nak pilih yg mana betol2 menyumbang kan duit jer..

  9. nasslimdiet2 Avatar

    kalau banyak sangat iklan memang serabut. saya cuma ada iklan nuffnang je

  10. eiela Avatar

    saya pun letak jugak iklan kat blog. tapi ok lagi kot.. cuma saya rasa semak dengan iklan iklan popup, iklan terbang melayang dalam blog dan gambar yang mengikut cursor. serabut je tengok.

  11. shidaidris Avatar

    betulla, shida pun xsuke blog yang banyak iklan especially iklan yang mengarut tapi yelah saper x suke duit ye dok?

    semua buat pasal nak income lebih ataupun dibayar (utk blogger popularla). hehe, shida x tau pulak kalau pengkomen tegar akan dapat duit sebelum ni semua entry shida baca tapi jadik silent reader. nati shida akan sentiasa komen…tapi kena bagi special tau…haha

  12. luqman hakim Avatar

    kata-kata anda memang betul tapi bukan semua blogger yang blogger untuk suka-suka.

  13. Norasikin Avatar

    Buat apa pun berpada-pada la.

  14. reezluv Avatar
    reezluv

    setakat ni aku tengok, ada komisen adalah hasil blogpost dan juga iklan text link je..

    banner pun takde..ni rasa nak buang je iklan nuffnang kt blog aku tu..hehe.

    yang banner lain yg ada tu sebab depa menang competition..letak untuk setahun, cukup je tarikh..remove je..:D

  15. Adilla Harun Avatar

    Saya setuju. Baca blog bukan nak baca iklan. Nama pun iklan. Blog bukan yellow pages!!Suka baca blog, sebab suka…

  16. Bean Moreno Avatar

    hm that’s y pageload jadi lembab…macam aku just letak mana yang aku rasa mau… So hanya tiga iklan saha ada…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Nuffnang memang wajib letak semua eh?

      1. Ayie Avatar

        Jika mahukan earning yang lebih, aku ada terbaca dalam sesuatu blog itu supaya letak ketiga-tiga iklan nuffnang didalam blog.

        Iklan leaderboard iaitu untuk di header tu, memang iklan yang dapat menjadikan earning seseorang tinggi.

        Tetapi, apa yang aku tidak suka dengan iklan di header, ia menjadikan blog aku seperti kura-kura.

        Selain itu, untuk pengguna wordpress, aku ada cuba buat untuk meletakkan iklan header tu sebelum .. iaitu di header.php dan ia menjadi.

        Ia menjadikan blog aku pada masa itu laju la juga.

        Tetapi sejak bertukar theme sekarang ini, aku tak letak sebelum head kerana ia menjadikan blog aku tu macam cacat je :D

  17. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Kadang-kadang tu, nak komen pun dorang ni letak Iklan kat dalam tu. Buat PC hang jer…. :(

  18. Ezany-Kun Avatar

    blog aku byk iklan kot.. cekidout.. hehe.. tp loading ngan kekemasan aku jaga.. :D

  19. Imam Muda Avatar
    Imam Muda

    simple dan senang singgah memudahkan urusan dunia blogger

  20. AWAN FANTASIA Avatar
    AWAN FANTASIA

    Ada blogger suka n ada blogger suka..n ada jugak yg blogger xsuka yea..bt,Akismet tue apa?maklumlah,budak baru..Xtaw apa..mesti income blog nie mantap,kan?kalau tidak,mananya boleh bagi hadiah senang2 RM500..Apa2pun syabas ariff ^_^

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. ni sebab ada sponsor dan sebab menang contest hari tu. Meh join giveaway.

    2. shaharil Avatar

      Akismet tu adalah plugin yang anti-spam. hehehe

  21. syahrilhafiz Avatar

    woot2, aku taw sapa spam semalam.haha
    atas komen aku kot..ekekeke

  22. matjoe Avatar

    hmm, sendiri punya blog atau fanpage sendiri should be ok, tap kalau sampai territory org lain pun letak link, i dont think it’s appropriate

  23. Lord Zara Avatar

    Tadi aku ada terbaca orang comment benda2 ni. Ada gak yang macam suka betul iklan sebagai penambah perasa blog. Tapi kalau dah macam2 sangat perasa dari setakat jual susu sampailah ke iklan yang macam tak menahan lucahnya, patutnya kita tutup je blog camtu.

  24. dari kelate ke copenhagen Avatar

    yep, memang pening kalau nampak banyak sangat iklan. tapi kalau tolong promotekan business kengkawan ok la..

  25. hazwan Avatar

    blog ku banyak iklan hahaha…
    agak-agak serabut tak

  26. daus Avatar

    text link (advertisement) more better than banner.

    1. syahrilhafiz Avatar

      ye dok.
      text banner kalau putar belit
      orang trklik bukan menipu ke tu

      1. daus Avatar

        text banner? ahak3. mcm mne tu

  27. sufy Avatar

    letak iklan tpi mcm x tawu cmn nk pomot iklan tuh..rasanya sebab tu curi2 letak kt blog owg lain..huhu

  28. soscod Avatar
    soscod

    hehehe..aku pun sakit hati klu org promote iklan jenis xbermoral….iklan tue letak je la kat blog…xpayah rasanya kehulu hilir bawak link iklan tue….ada plak yg guna short code…erk..sakit hati jer…..says.my tue aper plak yer…naper aku cam xtau….

  29. Shahrulsite Avatar

    betul…petak iklan banyak2 pun bkn orang klik. Tapi sekadar letak satu, dua petak ok jgk utk perhiasan…

  30. nurida ardy Avatar

    aku letak satu je.cukup la..letak byk2 semak jew!ah~

  31. haru Avatar

    yup..kdg2 aku bukak blog, ade mcm2 iklan..sume die letak..dahlah theme xkemas..loading lmbt…haish..yg says.my tu pun aku xpnah promote iklan2 die..cume maen jwb2 survey jer..sbb aku xsuke spam..mmber2 aku siap buzz dkt chat fb suh klik link says.my diorg..haish

  32. munna Avatar

    suka letak iklan sbg penyeri blog,nmpk ceria ckit.tp betul ckp ariff, ltk iklan biar bpada2.blog kita,bkn blog iklan.ada yg ltk iklan kt tgh2 entry smpai ganggu text yg nak dibaca…ada tkg komen yg menyalak bkn main psl iklan ni tp bila tgk blog dia habis 3 saiz iklan sume letak…

  33. Shaffik Avatar

    memang betul. Kalau blog banyak sangat iklan semak

  34. wazy Avatar
    wazy

    Perasan jugak semalam
    komen yang kena ban tu kehabisan idea kot nak promote link grapevine

  35. KA™ Avatar

    kalau 1 je tak apa kan?..
    tak nampak rumpled sagtkan…

    ada betul jgk kata²bro ariffshah ni.

  36. KNizam Avatar

    aku letak 1 iklan je. tu pun sebab nak bagi colours sket kat blog. hehe :)

    1. ekspresiruang Avatar

      sama la kita. kalau xde sgt, nmpk terlalu plain. huhu

  37. wuucin Avatar

    taw xpe..serabut sgt…rimas.. kdg2 lgsung xda mood nk g usha blog tu lg.. :)

  38. Myvitrd Avatar

    sikit2 iklan takpe..

  39. SyazwanSarawak Avatar

    letak certain iklan image je takpe kan?

    1. ariff Avatar
      ariff

      terpulang. Pengiklanan yang paling berkesan adalah iklan yang kita boleh blend dengan warna dan design blog. Kalau macam tu orang lagi banyak klik/terklik sebab benda tu tak nampak lagi sebagai iklan yang mengganggu pembacaan mereka di blog tersebut.

  40. iza Avatar

    Assalam….
    singgah baca…ada jgk pasang iklan tp tak la sampai nk promote kat merata blog….

  41. Faaein Talip Roy Avatar

    bila tgk blog2 ni banyak nau iklan.. rasa lagi haru biru aje.. hehehe..

  42. panglima muda Avatar
    panglima muda

    ada iklanpun bukan bermaksud duit aku bertambah dinuffnang.Macam biasa je………….aku tak kaya pun

  43. tarmizishukri Avatar

    dekat nak 2 bulan aku buang iklan nuffnang.. trafik pun ciput.. baik tak payah letak :p

  44. Lord Zara Avatar

    iklan penuh2, baik buat satu blog “IKLAN HERE”.
    macam nak penampar bila masuk blog yang penuh iklan dan every click terus masuk ke page iklan la apa la. wei, kalau nak letak pautan sekali, janganlah fraud. ingatkan link ada kaitan dengan entry, sekali tekan pergi churp2, pergi says.my. rasa nak penampar la sangat.

    anyway, iklan berpada2 ok la. kalau kemas pun ok. ni kalau berceracak dan aku nampak iklan je (for example, banner hijau innity) sampai aku pun pening nak baca entry, aku memang pangkah laju2~

  45. landax Avatar

    alaa..baru je nak start beriklan ..huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak salah pun dan digalakkan, cuma jangan melampau-lampau je..

  46. aman Avatar

    saya suka letak iklan, sebab tue buatkan blog saya lagi meriah, dan cantik. /sarcasm

  47. Aretikz Avatar

    Bersederhana dalam setiap apa yg dilakukan.. termasuk iklan.. hehe..

  48. piah becok Avatar

    Hoooooo… Ni entri kegemaran hahhaa… Banyak gak jumpa blog yg bersepah dengan iklan. Dalam entri pun ade sampai 5-6 iklan. Sampai konfius nak bace iklan ke nak bace entri.

    Bro, mintak nak link entri ni bleh? Ramai lg yang tak tau pasal isu ni.

  49. zuls Avatar

    dah banyak kali dapat link churpchurp bahagaian komen blog. Masuk spam lah semua tu.

    Aku suka dengan cara anarm.net letak iklan, kemas dan menarik.

  50. Kujie Avatar

    samalahlah ariff, semalam pun ada org komen sebaris tapi url letak link cupcup ke apebende tu…. last2 komen masuk spam box. Sebab komen dia tak ada isi sgt, delete terus.

    kalau dia komen seciput pun ( kita boleh kenal mana satu pengkomen yang membaca entri , mana satu pengkomen sekadar nak display diri ) kalau lepas Akismet, Kak Jie biarkan. Hargailah juga usaha dia.

    Tapi kalau tamak, letak link iklan, Akismet tapis, memang tak de masa nak lepaskan.

    Ramai lupa cara asas menjadi blogger. btw- terimakasih highlightkan isu ini.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sekarang ni makin menjadi-jadi lak blog budak baru nak naik ni. ish.. Tapi blog yang macam kak jie tunjuk tu memang tahap ultra melampau. Kalau saya pun memang tutup terus dah daripada baca.

  51. ekspresiruang Avatar

    iklan ni bagus gak sebenarnya kalau nk diletak dlm blog. at certain2 view atau dari segi nak menampakkan blog tu lebih professional, boleh diletak. yang penting jgn ‘overdo’. terlebih letak hanya akan menserabutkan blog dan buat blog lambat loading. so kena pandai2 letak supaya entry akan loading terlebih dulu sblom iklan. 1 pon dah cukup. 2 tu mcm nampak desperate nak duit sgt. huhu

  52. eiman Avatar

    tang ariff letak iklan orang tak klik tu macam biasa dengar aje.. orang datang nak baca apa ariff tulis je..

  53. Izwan Avatar

    nak letak link says @ churp2 kat fb page sendiri pn segan.. kompom orang jaki karang.. haha

  54. sharinginfoz Avatar

    saya respect your view mengenai iklan, blog kita decision kita sama ada nak ada iklan atau tidak

  55. nizam ijam Avatar

    Jalan2 sini. orang tu nak tupang promot ler tu..hehehee :)

  56. namaakulynn Avatar

    aa,memang tak suka iklaaannnnn.kalau yg okey tu okey la.tapi ada jugak yang nampak mnyemakkk.

  57. haiqal Avatar

    aku rasa nak buang iklan.Tapi tunggu lepas cukup 50,aku buang iklan Nuffnang.HAHAHA

  58. naimulfirdaus Avatar

    sebab tu saya tak pasang ilan di blog.
    hehe, percayalah..

  59. Affan Avatar

    haha sapa suruh gi spam link grapevine kat fanpage org.

    1. pakdinrasa Avatar

      kenapa nuffnang ni