Benarkah Blogger Otai Sombong?

Beberapa hari lepas aku ada jalan-jalan kat Gengblogger saja tengok-tengok apa perkembangan terbaru kat situ. Tapi macam biasa masih belum ada yang menarik atau pun perubahan besar kat situ, ‘kau masih seperti dulu’. Sejujurnya aku hanya guna gengblogger untuk ping entri aku walaupun aku tau yang ping di gengblogger sangat tidak menguntungkan. Terlalu banyak entri yang di ping pada satu-satu masa sehingga entri yang kita ping akan terkubur dengan begitu cepat sekali.

Aku yakin, ramai lagi yang hanya menggunakan Gengblogger untuk ping entri. Sedar atau tak, pengguna wordpress tak pernah terima pingback daripada gengblogger. Pingback merupakan salah satu daripada 3 jenis linkback.  Pingback membolehkan seorang penulis web track artikel-artikel yang telah ditulis. Melalui pingback, penulis blog tau siapa yang telah buat link ke artikel-artikel yang telah ditulis.

Tapi aku tak tau lah kalau-kalau ada blogger WordPress self hosted yang pernah terima pingback daripada Gengblogger. Let me know if you receive the pingbacks.

Berbalik kepada tujuan asal artikel ini. Aku ingin berkongsi pandangan dengan korang tentang definisi blogger otai. Sebelum tu ada ke blogger otai? Terus terang aku cakap dalam dunia blogging definisi blogger otai tak pernah wujud. Yang hanya wujud ialah tanggapan kita terhadap seseorang blogger.

Kita sebagai manusia selalu cepat untuk melabelkan seseorang dengan sesuatu gelaran yang belum tentu disukai. Kenapa aku nak kupas pasal isu blogger otai? Sebab aku dah banyak kali lihat tajuk ‘kenapa blogger otai sombong’ di forum Gengblogger. Isu ini selalu di post oleh mereka yang baru berjinak dalam dunia blogging.

Setiap blogger ada kemahiran masing-masing. Tak semestinya yang baru buat blog dalam masa 1 hari tidak tahu apa-apa. Mungkin mereka yang baru berblogging dalam 2 -3 hari lebih mahir daripada mereka yang berblogging 2 -3 bulan. So kat mana perkataan otai itu wujud? Otai dari segi kemahiran atau dari beberapa lama dia telah berblogging?

Blogger ‘otai’ sombong?

Blogger yang dah lama bertapak tidak sombong sebenarnya. Mungkin korang rasa korang baru korang tak layak untuk berkawan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging. Itu perasaan korang saja. Internet bukan milik siapa-siapa. Siapa yang pandai bawa diri dalam dunia blogging dia akan disenangi. Bukan susah untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging asalkan kena gayanya.

Penulisan blogger ‘otai’ sombong?

Korang kena paham, setiap blogger ada cara dan gaya penulisan sendiri. Korang jangan tuduh sebarangan kalau korang baru baca satu entri tapi tapi korang dah label gaya penulisan dia sombong. Cuba korang selak-selak entri lama-lama dia. Sebab tu aku nasihatkan korang sebagai blogger perlu ada archives page so senang bagi mereka yang baru datang ke blog untuk baca entri-entri lama.

Blogger ‘otai’ tak balas komen?

Ini masalah juga. Ada blogger-blogger baru yang terasa bila tuan blog tak pernah balas komen sedangkan setiap entri orang datang komen. Untuk tuan blog, aku nasihatkan korang hormat lah tetamu blog korang. Cuba cari masa untuk balas komen yang diterima. Kalau tak ada masa cuba buat satu entri penghargaan untuk pembaca blog. Senangkan? Untuk pembaca pula, jangan lah terlalu mengharap. Mungkin tuan blog sibuk dengan urusan-urusan sendiri. Respect each other.

Blogger ‘otai’ tak lawat blog?

Ini kes sama macam tak balas komen. Aku tau ramai sekarang ni yang inginkan trafik secara blogwalking. Nasihat aku satu saja, komen lah dengan ikhlas dekat blog orang lain. Jangan komen kalau niat kat hati nak suruh tuan blog datang jenguk blog korang balik. Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia. Kita tak boleh paksa semua orang datang blog kita. Apa guna kuantiti kalau kualiti pembaca blog tak ada.

Last but not least..

Kunci utama sekarang ni ialah bina hubungan yang baik antara satu sama lain. Tak kisah lah blogger lama ke blogger baru kita semua sama saja. Contoh yang terdekat korang boleh tengok hubungan aku dan pemilik blog ini, Ariff. Aku jarang komen di blognya tapi kami selalu berkomunikasi di Twitter dan Facebook dan kami juga pernah bermandi manda sekali.

Sebelum aku tamatkan artikel ni aku nak ucapkan terima kasih kepada Ariff kerana sudi membenarkan aku mencemar duli di blognya. Thank you so much Ariff! Harap korang semua enjoy dengan penulisan aku.

***

Fazreen atau Een adalah seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan blogger yang berasal dari Kedah. Dia menulis di blognya Fazreen.me. Ikuti update daripada Een melalui Twitter @eenrockstar.

2010/2011 Premium Sponsor


173 thoughts on “Benarkah Blogger Otai Sombong?

  1. semua sama je..tiada istilah otai atau tidak…persepsi sombong datang bila kehendak tu xdipenuhi..even dunia realiti pun kerap terjadi..

  2. Perkongsian yang sangat hebat. Saya kira bukanlah mereka ni sombong. Mereka juga ada komitment yang lebih penting dari hanya berblogging. Saya mohon copy beberapa point dari blog brader yer :)

  3. camner org tu boleh tau org tu sombong ke tak yer…sedangkan kita duk kat alam maya jer..boleh pulak baca org punya hati kat alam maya nie..tu nama dia kita dah buat persepsi kita sendiri..jln yg terbaik ialah be positif…berblog jgn harapkan balasan org lain…kalau org tak datang ke blog kita bermakna ada sesuatu yg tak kena dengan blog kita tuh…so baik kita tengok diri kita dari menilai org lain.

  4. “komen lah dengan ikhlas dekat blog orang lain. Jangan komen kalau niat kat hati nak suruh tuan blog datang jenguk blog korang balik. Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia. Kita tak boleh paksa semua orang datang blog kita”

    setuju sgt dgn kata2 ni. otai ke atau tak, mereka tetap manusia biasa. ada waktu busy & tenang, ada waktu happy & sedih.

  5. aku setuju benar dengan pendapat ni. yang penting kita kene wujudkan hubungan tu. tiada benda yang kita boleh dapat dengan cepat. usaha tangga kejayaan. kujie2.com and fiezaradzi dah penah komen blog aku.thanks