Belum Berhenti Menulis Lagi

Untitled
Lama tak update sampai kena tegur dengan penganggur ensem ni. Macam-macam berlaku dalam hidup ni sejak dua tiga hari saya mendiamkan diri ni.

Dah seminggu berada di tempat kerja yang baru. Seperti biasa saya tak akan bagitahu di mana dan apa nama company dalam blog ni, cukuplah nak cakap syarikat ni pun ada kaitan dengan aviation. Terletak bersebelahan lapangan terbang, jadi ada feeling macam Moscow sikit bila nampak banyak kapal terbang dan jet pejuang lama bersepah di sekeliling hangar.

Kerja dari 8 pagi sampai 5 petang. Bulan puasa balik awal sikit (4 petang), tapi sama je sebenarnya sebab jalan yang dilalui tu memang confirm traffic jam. Motor laju macam mana pun kalau traffic jam takdelah laju mana pun boleh pergi.

Tempat kerja best. At least ada career path yang dah dirancang oleh bos sepanjang saya berada di situ. Kawan Moscow lagi dua orang ada, dua-dua pakai cermin mata dan left handed. Agak kelakar kalau ketiga-tiga orang duduk bersebelahan, dah macam 3 stooges.

Masih sedang mengadaptasikan diri kepada jadual harian yang baru. Memang berharap sangat dapat kembali menulis setiap hari seperti biasa. Nak update blog kat pejabat memang tak boleh la. Not my policy. Alasan pertama sebab memang tak patut. Alasan kedua, my boss reads my blog. haha..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

33 Comments