Belilah Barangan Jenama Apple & Mengapa Aku Kata Begitu?

Malam tadi charger aku buat hal setelah 6 bulan lebih aku guna. Ya, aku memang ganas sampai sambungan antara kabel dengan kepala yang charger tu boleh putus. Semuanya disebabkan aku selalu bergerak dari meja ke katil, kabel charger tu ditarik sana sini.

Mula-mula ingatkan dah takde harapan, memang kena beli baru. Habis laa terbang duit aku 120USD untuk nak beli charger baru. Memang hilang mood terus malam tadi sebab duit aku akan terbazir begitu sahaja. Nasib baik @tekong nasihatkan aku kat Twitter supaya check dengan AppleCare dulu sebelum apa-apa. Setelah aku buat research sikit, baru aku tau yang semua barangan Apple ada warranty setahun, termasuk charger MacBook Pro ni. Agak bernasib baik jugak sebab ada 2 Apple service center berdekatan dengan universiti aku (seberang jalan je..), jadi tak perlu untuk travel jauh-jauh.

Pemandangan kat ofis tu..

Pagi tadi aku terus pergi ke pejabat tu. Mula-mula memang tak jumpa, tapi lepas tanya 2-3 sekuriti yang bekerja kat bangunan tu akhirnya jumpa juga. Service center ni tak besar mana, hanya sebuah bilik kecil yang dipenuhi dengan iMac dan MacPro. Kat pintu tu adalah sticker Apple. Masa aku masuk bilik tu nampak macam takde orang. Kalau nak tibai MacBook Pro 17′ atas meja tu pun memang takde orang perasan. Aku ketuk pintu tu barulah ada seorang pakcik keluar dari belakang bilik.

Pakcik tu macam pelik tengok aku, mungkin baru pertama kali ada foreigner masuk ofis dia. Aku terus tunjuk charger aku yang rosak tu. Dia cuba sendiri kat MacBook Pro yang kat atas meja tadi. Tak boleh. Dia minta aku punya MacBook pula dan try. Masih tak boleh. Dia belek-belek sikit charger tu ala kadar sampai puas hati, lepas tu bawak MacBook aku pergi belakang. Aku rasa dia check serial number MacBook aku dalam sistem, tengok ada warranty ke tak. 5 minit lepas tu dia datang balik, keluarkan charger baru dari dalam laci dan bagi aku. Settle. Takde tanya apa-apa langsung atau kena isi borang apa-apa. Aku blah dengan perasaan lega dan gembira sebab duit aku tak habis dan aku tak perlu pinjam charger roomate aku lagi.

Biasanya perkara warranty ni memang bermasalah terutamanya dalam hal nak tuntut gantian yang baru dan tempoh nak repair yang lama. Kadang-kadang ada je barangan yang penting untuk sesuatu produk tapi tak dicover warranty sebab manufacturer yang berlainan. Tapi kali ni memang senang habis. Walaupun aku beli MacBook ni online dulu, dengan mudah aku boleh dapat support kat Russia ni. Teringat pula kat Dell XPS m1730 aku yang rosak dulu. Rosak kat sini, masih under warranty tapi takde service center kat sini. Kena tunggu balik Malaysia baru boleh settlekan.

Jadi kalau korang student, ada bajet dua tiga ribu untuk laptop (confirm ada punya) beli Apple je senang. Ada duit lebih, extend warranty lagi tiga tahun. Kalau rosak apa-apa, tak payah nak pandai-pandai repair, hantar kat service center dia je. Warranty valid worldwide dan mana-mana pun ada Apple service center.. No hal punyalah.

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

58 Comments