Nak Beli Rumah?

beli rumah bungalow

Rumah idaman aku macam ni la kot. hehe..

Tinggal kat Subang Jaya ni memang tiap-tiap hari peti surat di rumah dipenuhi dengan pelbagai jenis lembaran iklan, antaranya termasuklah iklan rumah yang baru siap untuk dibeli. Seronok gaklah sebenarnya tengok rumah-rumah yang baru siap ni, ada tu memang cantik je. Boleh kata sesuai gaklah untuk dijadikan rumah impian kalau kita beli rumah tu.

Tapikan dalam banyak-banyak iklan tu, memanglah semuanya nampak  cantik je. Pada hakikatnya adakah rumah yang kita beli tu bagus? Adakah kawasan kat situ selamat? Adakah nilainya akan naik/jatuh dalam 5 tahun lagi? Adakah harga rumah yang kita nak beli tu berpatutan atau lebih mahal daripada harga yang sepatutnya? Persoalan macam ni haruslah dijawab terlebih dahulu sebelum kita buat apa-apa keputusan, lebih-lebih lagi kalau nak beli rumah terpakai.

digi award2 Banner

rumah luar kemampuan

Impian mengatasi kemampuan..

Dari segi kemampuan, aku tak rasa majoriti daripada kita tidak mampu atau tidak mahu membeli rumah di kawasan perumahan baru dan lebih cenderung membeli rumah terpakai atas sebab lokasi rumah tersebut dengan tempat kerja, harga dan keperluan. Contohnya kalau aku nak menceburi bidang pelaburan hartanah, aku tak mampu beli rumah yang mahal-mahal tapi aku boleh beli apartmen kos rendah yang berharga sekitar RM100-200 ribu dan sewakan kepada sesiapa. Bayaran bulanan pun kurang daripada RM1000, di mana aku masih mampu untuk menanggung komitmen tersebut.

Bila dah ada kemampuan dan ada perancangan nak beli rumah, tinggal pengetahuan tentang prosedur nak beli rumah ni jelah kan yang perlu ada. Memang ada sesetengah orang akan bagi agen yang buat segala-galanya, atau suruh sesiapa/orang tengah untuk uruskan jual beli rumah ni tapi yang rugi kat situ adalah kita sebab terpaksa bayar lebih. Tu belum kira kena tipu untuk bayar itu ini lagi. Lepas tu kalau keadaan rumah yang dibeli tu pula tak memuaskan, terpaksa keluarkan duit lagi untuk kita baiki. Jadi pengetahuan asas untuk beli rumah ni penting kepada semua, lelaki atau wanita yang mempunyai perancangan untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

Aku baru baca ebook Tips & Panduan Beli Rumah terpakai (Sub-sale Property) yang ditulis oleh Abang Ensem (ingat tak Jutawan Hartanah yang aku jumpa dulu tu?) dan aku boleh simpulkan yang panduan beli rumah dalam ebook ni LENGKAP dengan segala langkah dan persiapan untuk beli rumah. Bermula daripada penentuan lokasi rumah, perincian mengenai dokumen yang diperlukan, tips untuk memohon pinjaman bank, tips untuk tawar-menawar kadar faedah yang akan dikenakan kepada kita berdasarkan pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank serta bermacam-macam lagi panduan yang memang telah terbukti berkesan oleh jutawan hartanah ni.

Walaupun ebook ni ditulis untuk pembeli rumah terpakai, aku rasa tips yang Abang Ensem tulis dalam ni sesuai untuk semua, tak kiralah nak beli rumah terpakai atau rumah baru. Sebenarnya prosedur nak beli rumah ni hampir sama, cuma kalau nak beli rumah terpakai ni kena peka sikit terhadap beberapa perkara dan benda-benda ni kita hanya dapat belajar daripada pengalaman orang lain.

Harga ebook setebal 27 muka surat ni murah je, RM20 senaskah tapi ilmu yang terkandung dalamnya memang padat dan berguna. Lebih menguntungkan, kalau korang belum beli lagi ebook Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar, boleh beli sekali kedua-dua ebook Abang Ensem ni pada harga promosi RM35. Tempah ebook anda di sini sekarang!

Semoga berjaya dalam agenda beli rumah korang. Kalau dah beli rumah baru tu, jangan lupa jemput aku ke house warming party rumah baru ok =)


51 thoughts on “Nak Beli Rumah?

  1. Kalau diberi pilihan beli rumah lebih baik dari kereta. Cam akak ni dari rumah apartment kos sederhana, jual, beli kondo, jual..pas tu beli teres 2tkt..pas ni..agaknya jual pas tu beli semi d..

  2. sape ade nk jual rumah di area seri kembangan tolong la..email sy, bajet yg caya cari 150k sahaja kalau ade rumah teres ok jg…..