Mereka yang follow blog saya akan tahu yang saya ni kurang setuju dengan pembelian kereta pada usia muda, lebih-lebih lagi kalau baru bekerja. Tapi hari ni, akhirnya saya terpaksa akur dan terpaksa meletakkan booking untuk pembelian kereta.
Kereta apa tu tak payah cerita lagi sebab ni baru je booking. Yang penting, kenapa?
Pertama sekali, saya plan nak beli kereta dalam masa setahun dua ni bergantung kepada keadaan. Maksudnya, kalau tahun ni tak beli, tahun depan mesti beli. Jadi beli kereta tu adalah satu kemestian, lebih-lebih lagi untuk kita tinggal kat Malaysia ni. Public transport memang tak boleh diharap.
So the fact is, memang kena beli. Soalan seterusnya, bila?
Untuk menjawab soalan ni, kena tengok keadaan ekonomi sekarang. Faktor pertama yang saya tengok adalah kadar interest untuk loan kereta. Bermula awal tahun ni, lebih tepat lagi bulan April yang lalu, dah tak dapat interest ~2.3%. Sekarang semua ~2.5%. Tak dapat dah kurang daripada itu.
Dengan kenaikan OPR kali pertama dalam masa entah beberapa tahun baru-baru ni dan dijangka akan naik lagi dalam masa terdekat, kita boleh nampak trend interest bank ni dah mula menaik bermula tahun ini. Kadar OPR ni memang jarang berubah, mungkin 3-4 tahun sekali. Walaupun kadar OPR ni tidak mempunyai kaitan terus dengan interest loan kereta, tapi tak banyak sikit memberikan kesan padanya. So assumption kita kat sini ialah, kadar interest loan kereta akan naik hujung tahun ni atau tahun depan. Berapa? I don’t know.
Sebab saya tak mampu beli cash, ini faktor pertama yang perlu saya ambil kira. Tak boleh tunggu dah kalau nak dapat interest rendah sebab trend interest sekarang menaik. Ini adalah faktor yang paling penting. So how to manipulate it?
Saya book kereta dulu. Booking is strictly refundable, RM500 je. Then apply loan sekarang. Why? Untuk lock interest rate sekarang sebelum dia naik. Biasanya loan offer letter untuk kereta ni valid sehingga 6 bulan. Jadi walaupun saya dah book sekarang dan loan dah approve, tak semestinya saya perlu ambil kereta sekarang dan start bayar. Boleh tunggu sampai hujung tahun.
Dan loan kereta ni adalah berdasarkan konsep fixed interest. Bukan macam loan rumah yang ikut kadar BLR/BFR yang boleh berubah-ubah. So kalau dapat interest 2.5% dan kalau tahun depan naik 3% pun, kadar interest baru takkan ganggu loan yang dah diambil sebelum kadar interest ni naik.
Update – Saya dah check tentang loan validity 6 bulan tu dengan banker. Ada bank by default kasi 3 bulan loan offer validity jadi takde masalah sebenarnya nak panjangkan tempoh sehingga 6 bulan. Faktor ini hanya ditentukan oleh banker, kalau 1 banker tak boleh kasi, cari banker lain. Biasanya banker yang lebih senior atau panel banker kepada showroom kereta boleh buat sebab mereka dah sedia maklum dengan trick ni.
Faktor kedua adalah faktor diskaun.
Jangan beli kereta masa dia baru keluar. Contoh, keluar model baru bulan ni, bulan ni jugak nak beli terus. Rugi. Pertama, waiting period untuk dapatkan kereta tu at least sebulan dua lagi. Kereta yang baru keluar ni bukan macam barang-barang kat kedai runcit, nak boleh terus dapat. Rugi kedua adalah rugi sebab tak dapat diskaun.
Jenama kereta yang saya nak beli ni biasanya akan beri diskaun hujung tahun. Tapi biasanya diskaun hujung tahun ni memang kebanyakan pengeluar kereta bagi untuk clear stock kereta tahun tersebut. Bergantung kepada jenama, diskaun ni hanya boleh dapat kalau kereta didaftarkan dalam jangkamasa promosi berlangsung.
Jadi kalau bulan depan promosi, bulan ni baru nak book, belum tentu lagi boleh dapat kereta bulan depan sebab dah ada ramai orang macam saya dalam waiting list. So yang baru letak booking ni kena tunggu ada stock baru boleh dapat. Kalau nasib tak baik, kereta sampai selepas tempoh promosi tamat. Diskaun pun terlepas.
Faktor ketiga adalah faktor kemampuan.
Ramai kata kalau nak beli kereta ni, biarlah bayarannya 10% daripada gaji. Tapi disebabkan kat Malaysia ni harga kereta memang cantikkkkkk (terima kasih kepada kerajaan yang mementingkan kroni) 10% rule tu tak boleh pakai especially kalau nak dapat kereta yang selesa untuk family yang bakal bertambah-tambah ahlinya. Selepas mencongak-congak dalam kepala semasa nak buat keputusan tadi, saya rasa dalam masa 6 bulan lagi boleh mampu la kalau nak bayar kereta ni bulan-bulan. Insha Allah. Ada 6 bulan lagi untuk kena kerja keras dan tambah income.
Tentang jenis kereta, yang ni saya malas nak bagi pandangan sebab ini memang ikut poket dan citarasa masing-masing. You choose your own lifestyle. Nak bergaya kena keluar duit sikit, nak hidup selesa, tak payah bergaya kalau duit sikit. Kalau mampu dan sanggup beli yang mahal, silakan. Kalau rasa rugi beli mahal-mahal, belilah apa-apa sekadar cukup.
If else fail dan saya rasa enam bulan lagi saya akan terbeban dengan pembelian ini, boleh cancel semuanya dan dapatkan balik booking tadi. No problemo. Apply loan tu semua bukannya kena bayar pun.
Nak beli kereta ni bukanlah macam masuk supermarket beli barang dapur. Kena ada perancangan rapi dan ambil masa sebab komitmen untuk kereta ni memang tinggi dan membebankan. So kena rancang betul-betul.
At the end, besar mana pun kereta, saya masih tetap akan pergi kerja naik Duke sebab saya tak suka bazirkan minyak dan masa saya setiap hari duduk dalam traffic jam.
.. sementara nak tunggu 6 bulan tu, boleh dah tempah no plat baru kat JPJ.
Comments
33 responses to “Bagaimana Akhirnya Saya Melakukan Keputusan Untuk Meletakkan Booking Pembelian Kereta”
Sy rse awak beli jazz 2014 sbb sy mengalami situasi awak skrg btol x? Huhu. Da lulus loan last week. Xtau bile la akn smpai kereta tu sedih
Sekarang ni selain daripada kemampuan bayaran bulanan, ialah pilihan model kereta mana yang terbaik. Bukan apa, harga petrol dah makin meningkat, jadi kereta paling jimat petrol dah tentu jadi keutamaan. Kalau bro Ariff tempah Honda City terbaru memang terbaiklah.. :)
Infor yang menarik & berguna. Bila agaknya nak tukar kereta aku pulak.
Harga keta pun semakin mahal… lagi pening pk mcm mana nak isik minyak…
Kereta baru lebih fuel efficient berbanding model sebelumnya.
Nak jimat, naik motor pegi balik keje. haa..
Lesen memandu sekarang pun dah RM2,000 :(
Saya hanya mampu berasa kesian kepada mereka yang belum mempunyai lesen memandu ni..
info mnarik bro…sy beli kereta ni pun nsib baik lepas loan klo mmg x lpas…sbb dah ade kluarga yg pkai nma sy utk kreta prtama….
informasi yang sangat berguna.saya mmg tak ambil pusing sgt pasal perkara ni dulu.terima kasih kerana berkongsi…:-)
good info bro insyallah sy akan gunakan tips ni utk beli kete nti
Kereta ni liability.. Btw..cust concern psl offer letter ni kurang.. So sy suggest cust baca btol2 fhm btol2.. Spaya lps ni kalau ada pkara brulang..cust dh ckup jls psl content offer letter.. Term2 financing dlm OL tu boleh je tnya bankers..bankers always willing to explain..
Memang terbaik pengalaman dan pengetahuan bro dalam bidang kewangan. Saya pun tak pernah ambik pusing pasal offer letter..Sign ajer yang tahu.
Kena baca. Dibaginya interest yang boleh ubah, naya je.
Faktor lock interest tengok keadaan apa yang kita idamkan tak dapat. Dengan macam-macam alasan diberikan.
Kiranya sales advisor tu kena tunggu lama lagi laa nak dapat komisen jual kereta tu kan. hehe.
Good info bro ariff, btw kalau dh pakai moto duke, xpndang dh keta ni melainkan untuk keluar berjalan hujung minggu dgn family dan time outstation je….kalau kental, selamba je bawa duke bila outstation n family outing. Sementara belum ada anak2…
Ariff, saya tertunggu2 pendapat awak tentang MH17 Russian dan Ukraine
Rasa macam nak tulis tapi kalau tulis nanti takut orang cakap saya buat teori konspirasi pulak. Perkara sensitif ni…
Bukan offer latter untuk loan bank bila dah lulus masa period dia sebulan je ke tuan… sbb sy ari tu dekat offer latter bank kuning dia tulis sebulan je… tak tahu kalau bank lainkn..
Setuju dgn tuan.. kalau nk beli tunggu diskaun.. mcm sy buat ari tu… saya ambil model last stok.. dpt diskaun hampir 10k.. so duit tu jadikn duit booking terus… dpt jimat duit cash kita..
Maklumat ni saya dapat daripada sales advisor semalam. Nampak macam dia dah berpengalaman dengan customer yang guna kaedah ni.
Lagipun, kalau sebulan, macam mana pulak untuk kereta popular yang ada waiting list 2-3 bulan? Loan tak boleh jalan kalau kereta tak keluar lagi.
Takpe. Nanti saya update lagi. Kita tengok kesudahannya.
Mungkin juga tuan.. sebab saya punya hari tu dah expired tapi kereta tak dapat lagi.. salesman contact org bank buat lanjutan tempoh offer latter lagi sebulan lagi..
Saya yakin Ariff Shah booking Honda Jazz 2014 !
hehe.. kita tengok nanti
aku nak terima kasih banyak-banyak kat pemilik blog ni.sebab baca blog ni lah aku sedikit sebanyak tahu merancang kewangan and pasal pelaburan semua..
nota: saya lulusan matriks. tak lama lagi nak start degree bulan 9.. nanti dah habis degree, confirm saya amalkan tips2 dalam artikel “8 Tips Kewangan Untuk Fresh Graduat” yang abg ariff tulis
Setakat ni pakai kereta yang mana ada, yang dah habis bayar loan, walaupun agak nazak sket hehe. Isteri pun dah setelkan loan kereta. Baik bayar loan bank yang lagi murah daripada bayar loan kereta.
ada kawan den cakap nak beli kereta biar ikut annual income. klu annual 36k, beli la arge kereta area tu. so boleh saga or viva je la kot klu gaji 3k
ontah la, tak pandai den bab bajet beli kereta ni.
btw nice tips tuk den. tambah sikit knowledge sebelum beli kereta ni
Makin naik yer interest..tahun lepas aku dpt 2.28% interesr rate dan masa tu dlm 3 bulan juga lepas loan lulus baru gi sign aggrement then ambil kereta
Mmg betul kalau nak kira 10% dr gaji mmg dpt kereta kecik..tp memandangkan keluarga dah bertambah…nak travel perlu keselesaan terpaksa ambik kereta yg ok sikit w.pun bulan2 agak parah
fuhh…dah beli kereta. Murah-murah punya. Bulan-bulan rm400 je kena bayar. Oklah tu. Masih mampu lagi.
cukuplah sekadar leh balik kampung dan pergi ke point A ke point B.
Kalau dah sign offer letter loan kereta if cancel kena penalti x? aritu ada dengar kat radio, rate interest kereta esp honda mmg dah ikut rate baru. katanya nnt bank saje akan drag kelulusan loan agar sampai tempoh dia boleh impose that new rate.
Kalau dah sign tu lain cerita. Mungkin kena penalti. Dalam kes saya, dapat loan offer tu, pengap dulu jangan buat apa-apa. Tunggu sampai dah ready baru sign.
Itulah kena apply sekarang. Kalau nasib baik diorang approve sebelum interest rate dinaikkan.
All the best bro. Semoga dipermudahkan. Bukan senang nak merancang bila sudah berkeluarga. Sacrifice means a lot of thing. But one thing for sure, jgn terikut2 kan orang.
bagus tu ariff, beli kereta memang kena rancang.. lama tu nak tanggung loan.
OK aku nampak perancangan kewangan hang !