Beli Kereta Cash

beli kereta cash

Biasa kita dengar orang kaya yang ada bisness sendiri je beli kereta cash ni. Jarang dengar budak muda umur tak sampai 30 beli kereta cash, kecuali dengan duit bapak dia.

Saya ada seorang kenalan yang beli kereta cash ni. Muda lagi, belum 30 tahun. Dia kumpul duit dengan bekerja dan menulis blog. Cuba teka kereta apa yang dibeli? Nope. Bukan kereta jenama continental atau jenama mewah. Honda/Toyota? Nope.

Nissan Almera. Lebih daripada 50k cash dia keluarkan just like that untuk beli kereta ni. Dan duit ni adalah duit simpanan gaji dan pendapatan blog.

Saya percaya kalau anda, anda dan anda yang ada RM50k ni, mesti majoriti dah ambil paling kurang pun Honda City atau Toyota Vios. Betul tak?

Nampaknya tak jadilah beli kereta tahun ni. Tahan jelah merempit pergi kerja. There’s no glory in bergaya dengan berhutang.

28 Comments

  • Shannon Audry

    17 July, 2014 at 9:18 pm

    I envy youuuuuuu ~ maigosh. X sabar habis sekolah but belajar btl2 dulu la. Memandangkan this is my last year in secondary , spm * cough*

  • Sebestian Wong

    1 July, 2014 at 11:31 pm

    Valid point bro, but not everyone cant wait to save enough cash to buy a car. Fresh graduates already need cars to commute and in some circumstances the public transport is nonexistent. Living with debt really sucks!

    I would like to add buying a beat up Kancil to commute is definitely better than getting stuck with a 9 year loan.

    Thank you for the great post!

  • namee

    8 June, 2014 at 3:41 pm

    tapi kalau beli kereta ke rumah ke cash…income tax kejar jugak kan nanti ? atau lain cara….ambil loan paling pendek tapi bayar banyak2. maybe loan setahun then tiap bulan banyak2. sebab fikir nak jual kereta sekarang,,,and beli cash. cukup la rumah hutang.

    • Ariff

      9 June, 2014 at 8:22 am

      Rasanya income tax kejar kalau situasi dia macam ni.

      Gaji annual 24k, tapi tiba2 beli kereta cash 50k. Bukan setakat income tax, orang lain pun pelik

      Kalau gaji annual 120k (dah ada potongan income tax) dan beli kereta 50k cash, still logical.

      Kalau each time taxpayer yang banyak duit dan beli something cash LHDN nak query, then memang penat laaa

  • Sara

    8 June, 2014 at 9:28 am

    Saya ada seorang kenalan, dia pun umur belum cecah 30, tapi dia pernah cakap nak beli BMW 525i. Ingatkan dia main-main, dan tak sampai sebulan dia call amik saya naik kereta itu.
    Sesetengah orang, rezeki sangat-sangat murah. Dia kata dia buat part time tolong member dia jual kereta, dpt komisyen utk jualan yg dia dpt buat tu, dia simpan.
    Dan skrg dia kata tgh kumpul duit nak beli rumah pulak.
    :)

    • Ariff

      8 June, 2014 at 1:02 pm

      Rezeki murah. Bagus2.

      Cuma pada pandangan saya, silap kat sini beli kereta dulu. Bila beli kereta, keluar je dari showroom harga kereta dah jatuh 10%.

      Kalau dia beli rumah dengan duit beli kereta tadi, tahun depan bila dia dah kumpul duit dan cukup untuk beli kereta harga rumah tadi dah naik sekurang-kurangnya 10%.

      Dan sekarang ni dia kena sediakan 10% lebih daripada harga rumah sekarang sebab bila sampai masa dia nak beli, harga rumah confirm dah naik berbanding kalau beli sekarang.

      Rezeki tu memang ada untuk orang yang berusaha tapi pada masa yang sama, kita kena bijak menguruskannya.

  • akak tulip

    7 June, 2014 at 11:43 am

    Kereta adalah lambang kekayaan – kata mak saya / sebhgn makcik2.
    Kereta adalah lambang ke macho an seorg jejaka – kata2 awek2 yg masih muda.
    Kereta adalah lambang kejelitaan – kata2 awek2 yg baru grad & br beli kereta.

    Bagi saya( kata2 org x mampu beli kereta mahal) – kereta yg boleh start engine & bawa pi site cukup lah. Pi meeting luar daerah, saya naik flight..jimat.haha

    • Ariff

      7 June, 2014 at 6:38 pm

      Orang buat investment memang tak suka lah beli kereta cash camni tapi kenalan ni dah ada rumah sebiji (atau dua?) jadi pada dia, dah cukup