Adakah Aku Akan Beli iPhone 4 Di Malaysia Nanti?

Untuk pengetahuan semua iPhone 4 akan mula dijual di pasaran Malaysia menjelang bulan Ogos-September nanti melalui Maxis. Kalau Maxis pandai, diorang akan push supaya iPhone 4 dijual seawal mungkin sebab masa tu Hari Raya Aidilfitri dah dekat. Confirm macam pisang goreng panas iPhone 4 tu terjual sebab orang nak beli dan boleh buat lagak time raya. Takpe, kalau nak berlagak tapi mampu takde masalah. Kalau jual lepas Hari Raya, orang dah habis duit. Hutang sana sini kena settle. Confirm slow sket penjualan dia. Percayalah.

Harga? Tak sure, tapi mesti kena beli dengan kontrak dan kalau dah masuk kontrak tu, paling kurang Rm3000 untuk kos keseluruhan dia. Mahal.. Nak berlagak memang kena bayar mahal sikit.

Lepas tengok video propaganda Apple yang menunjukkan teknologi pembuatan iPhone 4 yang tersangatlah hebat tu, memang nak sangatlah aku beli. Admit it, teknologi penbuatan dia pun dah terlalu advanced berbanding smartphone lain yang kebanyakannya nampak biasa je. Iphone 4 ni siap ‘dibalut’ dengan enforced crystal clear glass yang kuat giler. Kalau beli tak reti guna pun orang akan terpesona tengok sebab kualiti dan rupa bentuk dia memang ada class. Nak banding ngan Blackberry, nampak Blackberry tu macam permainan budak-budak sekolah aje. (no offence!)

Sini aku nak kasi guide sikit, kalau korang bercadang nak beli smartfon mahal-mahal dan tak tau nak beli yang mana satu. Apa-apa pun tengok dulu perbezaan iPhone 4 dengan smartfon lain.

credit to Engadget

Storage: Aku tak faham kenapa storage nak bawak besar-besar. Ingat, ini adalah telefon, bukan external hard disk. Melainkan kalau korang ni kaki porn dan memang suka nak letak video lucah berbagai dalam phone tu, mungkin storage besar releven untuk korang. Untuk aku yang guna 8GB iPhone ni pun dah cukup  dan tak pernah santak nak guna. 16GB is enough!

Cellular: So iPhone 4 ni takde WiMAX, mungkin boleh jadi modal kutukan kepada pembenci di luar. Aku cakap camni je, Malaysia berapa kerat sangat tempat ada WiMAX? Kalau ada pun macam boleh guna. Aku tengok thread P1 WiMAX kat forum Lowyat tu 70 page penuh dengan rungutan dan komplen pengguna. Aku tak salahkan teknologi WiMAX tu, aku salahkan syarikat telekomunikasi kita yang sentiasa gagal memberikan yang terbaik, munkin atas kekangan kerajaan. Jadi apa? WiMAX enabled smartphones kat Malaysia adalah tidak releven. Period.

Display size & Dimensions: Display size mempengaruhi size keseluruhan smartfon tu. Disebabkan iPhone 4 adalah yang paling kecil antara smarfon sekarang, aku rasa aku tak bermasalah dengan size skrin iPhone 4 yang sedia ada.

Display resolution: Apa guna kalau display besar tapi resolution kecil? Gambar nampak kotak-kotak dan tak cantik.

Video recording: 30fps (frame sesaat) itu laju. Nak cakap dari segi teknikal, aku tak tau sangat tapi iPhone 4 memberikan prestasi yang terbaik berbanding smartfon lain.

brought to you by

Location/orientation sensors: Lagi sekali iPhone menang sebab ada giroskop. Penjelasan dari segi teknikal – accelerometer iPhone biasa boleh kesan pergerakan pada 3 paksi, manakala dengan bantuan giroskop, 6 paksi. Pendek cerita, lebih banyak game menarik yang boleh dicipta berdasarkan teknologi ni.

Quoted max talktime & media playback time: Macam biasa barangan Apple ni memang terkenal dengan kemampuan bateri mereka yang tahan lama. Jadi aku tak perlu risau sangat pasal ni, memang pengeluar smartfon lain tak boleh lawan.

Weight: Eleh.. setakat 2 gram lebih berat berbanding smartfon yang paling ringan, aku rasa orang bodoh je yang guna faktor ni. Sepatutnya benda ni tak perlu jadi isu pun sebab 100gram tu dah memang ringan amat. Kenapa manusia sekarang ni semakin lemah dari segi fizikal ke sampaikan benda macam ni pun nak amik berat?

Jadi adakah aku akan beli? Kalau ada duit mestilah beli kan.. Tapi kalau aku beli takut banyak sangat pulak barangan Apple yang aku ada nanti. cis! Apple memang sebuah syarikat yang licik dan jahat. Kenapa syarikat macam ni tak banyak kat Malaysia?

Check out promo video FaceTime iPhone 4


45 thoughts on “Adakah Aku Akan Beli iPhone 4 Di Malaysia Nanti?

  1. btw, micro SD dah kuar ke kat Malaysia? mesti kene ikat kontrak jgk dgn mana2 telco… hu~~

    • Availability

      By June 24 – US, France, Germany, UK and Japan

      By July – Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, Finland, Hong Kong, Ireland, Italy, Luxembourg, Netherlands, Norway, New Zealand, Singapore, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland.

      By September – 88 other countries, including Malaysia ke?

  2. apa kau ckp? BlackBerry mcm budak2 sek? klu org baca, of course lah tersinggung.. aku ni dak sek au form 5.. dah blh pakai.. glamour beb..

  3. Pingback: Apple Iphone 4 in Malaysia? | Syamsulariff.com

  4. Aku guna iphone 3gs 16 gb. Aku letak lagu, video n storage utk apps n office works, 16 gb mmg x ckp.dan aku rasa dpt 32gb pon x ckp. Mcm ko gakla, mase aku beli dulu pun aku piker buatapa beli phone storage besar, bile dah pakai x ckp plak. So aku x stuju ko ckp hardisk besar utk letak video porn. But trust me, iphone is not a handphone, its a miniature computer if u fully utilise it. Dan sgt berbaloi beli walopon mahal.

    X sabar tggu iphone 4 launch kat malaysia. Tp masalahnye dia pakai microsim, half size simcard skarang..

    • hehe.. itu personal preference. Pada aku, aku tak perlu storage besar2. Sumbat app banyak2 pun bukannya taip2 hari nak guna semua app tu. Aku ada hidup diluar iPhone aku.

      Dan ya aku tau iPhone is not a handphone, bukan setakat phone bodo2 biasa yang mahal. Itu sebab aku beli. Aku boleh tahan nak upgrade phone dari Nokia 3315 dulu sebab masa tu takde phone yang cukup bagus dan berbaloi nak beli. iPhone 3G keluar terus sambar satu.

      Yup. Microsim tu agak bermasalah sket. Kalau aku beli iPhone 4 balik ni pun, bawak ke Russia ni rasanya takde lagi microsim. Takpelah, tunggu habis study dulu. Beli as hadiah graduation untuk diri sendiri.

  5. Saya salah seorang pengguna, apa yang saya dapat katakan di sini, iPhone mmg bukan hanpon sembarangan…nothing can beat it!! Now dorg dah reinvented iPhone 4, sekaligus menjawab semua komen2 negatif ttg iPhone kebelakangan ni.

    Apapun, tahniah buat apple, iPhone 4 mmg yg terhebat!! Wlu hanya tgk preview dia mcm simple2 jak, tapi saya yakin bila dah guna akan tau 100% ianya lebih dari yg kita tgk.

    So hopefully there will be a microSIM in Malaysia within this year, or kita akan ketinggalan sekali lagi dalam teknologi.

  6. iphone 3gs pun hanya sentuh dkt kedai je…belum mampu untuk membelinya…tp yg menarik ialah video recording tu… 30fps…kalau menggunakan format PAL, live video ialah 25fps…so kalau 30fps tu untuk format NTSC

    fuh menarik tu

  7. belilah kalau mampu.
    hahak.
    but for me lah..
    susahlah nak pakai barang camni.
    bila rosak, maintenance tinggi.
    T_________T

  8. Pingback: iPhone 4 - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Penyubiru's Blog

  9. Pingback: iPhone 4 - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Penyubiru's Blog

  10. Pingback: iPhone 4 - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Penyubiru's Blog

  11. Pingback: iPhone 4 - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Penyubiru's Blog

  12. Vote for iphone.. iphone memang terbaik dr apple. the best smartphone ever. caya la apple. aku percaya pada apple. Iphone4 bakal ku rembat nanti. tunggu la.

  13. promo video tu buat aku gudah gulana jer. macam nak kena bergolok gadai jer nak beli iphone4 ni.hehe

    video call tu hanya antara iphone4 saje kan dan perlukan wifi je kan. nampaknye paling kurang nak kena beli 2 aa, aku satu wife satu. licik betul diorang ek. ciss!

  14. aku perlukan storage besar sebab selalu travel woooo. so banyak gambar ngan video aku nak amik di sepanjang perjalanan. kalau tak aku kena bawak digicam ngan laptop sebab nak kena selalu transfer gambar

    cuma satu je la aku benci iPhone 4 ni. battery life. guna 3Gs pun dah kena charge 2X sehari. iPhone 4 aku tak tahu la. tu belum main game lagi. hehe

    • Memang kena ada battery pack la untuk heavy user macam ko. Aku ada gak satu. Kalau main gps je, memang kena charge 2X sehari. Tak tahan woo..

      Bab storage tu.. ko adalah satu kes dalam beribu-ribu pengguna lain kot. Sepanjang yang aku tengok ramai je yang tak dapat utilize full storage tu.

      Lepas ni gambar life blogging ko mesti lagi cunlah dengan iPhone 4 ni.

    • ye ke? ish ish. tak sempat ah tengok. Kalau sebelum raya boleh gak aku menyibuk time dia launch nanti

  15. salam
    pergh
    memang terliur tengok i phone 4 tu
    huhu
    tapi apakan daya, macam mustahil je untuk aku beli i phone tu
    huhu

  16. sesapa ada jumpa Nokia 3310 boleh email guwa.
    kita settle tepi. tolak guwa bawah satu rat. guwa angkat.
    iphone ke, blackberry ke, dua2 can go dai.
    guwa tak minat.

  17. napa android incredible xde dlm pertandingan.
    katenyer itu competitor terhebat iphone.

    • Tak sure. Table tu amik dari Engadget. They don’t think Android Incredible layak nak compare ngan iPhone 4 kot

  18. Serius best iphone 4 nih. Memang jadi idaman setiap jejaka tampan seluruh Malaya la. Hahaha… Cuma yang membataskannya sekarang adalah duit, bagi yang mampu memang berbaloi-baloi… :D

  19. “Aku tak faham kenapa storage nak bawak besar-besar. Ingat, ini adalah telefon, bukan external hard disk. Melainkan kalau korang ni kaki porn dan memang suka nak letak video lucah berbagai dalam phone tu, mungkin storage besar releven untuk korang.”

    Hahahaha. Teringat dekat kawan aku yg ada buat macam ni.

    Senang cerita, iPhone 4 memang dah terbaik dah. Yang nak cari jugak cacat cela tu adalah haters. Abaikan. Masalah dia sekarang kalau mampu beli, memang puas hati. Yang paling penting, bersyukur dengan apa yang ada.

    Aku tak suka kalau ada yang sanggup berlapar ikat perut semata-mata nak dapatkan iPhone 4 ni. Banyak lagi benda keperluan yang perlu dibeli dengan duit. Kalau sampai duit simpanan pun habis, tak elok jugak. Nanti kecemasan susah.

    Apa-apa pun, go Syahmi!

    • Yeah, go Syahmi!!! Nanti ada modal aku nak buat entri kalau dia ada iPhone 4. Memang terbaik!

      • bg aku, aku setuju mcm ko kata, brgantung pada keperluan sndiri. kalau kita nak keep up with the latest widgeo gizmo gadgets, mmng duit sntiasa mngalir kluar je la… x jadi apa. aku rasa iphone 3g/3gs pun dh mmnuhi hampir smua keperluan orng ramai.. cuma orng nak nmpak cool. bg aku sabar je la skarng. blum masa, hehe.