Beli Barang Online

Aku ni ada tabiat buruk yang memang tak sihat, aku suka beli barang online. Tiap-tiap tahun sebelum balik Malaysia, ada je benda yang aku beli online dan dihantar ke rumah even before aku menjejakkan kaki di tanah air tercinta. Teruk kan?

Beli barang online ni boleh jadi buat korang ketagih sebab korang tak nampak secara fizikal amaun duit yang keluar dari poket dan akaun bank korang. Kadang-kadang benda yang dibeli tu bukanlah penting sangat, tapi ialah, bila tengok online, tak dapat pegang, rasa, raba kita akan terbeli barang tu sebab benda tu cantik, unik dan mungkin menarik. Maksudnya kita beli hanya disebabkan rupa bentuk barang tu dan mungkin ada cool factor dalam memiliki barang tersebut. Akhirnya bila barang tu sampai, korang mesti terfikir balik, “apesal lah aku beli barang ni dulu eh?”

Contohnya macam cuplens ni. Unik, tapi RM50 paling murah

brought to you by

Aku yakin semua orang pernah mengalami pengalaman ini, tak kiralah korang beli barang tu online atau kat kedai, tapi pada kebiasaannya memang banyak berlaku pada barang yang dibeli online. Dalam membebel panjang pagi Ahad ni (hari ni bangun lambat sikit, penat semalam angkat besi 70 kilo), baru-baru ni pun aku dah beli sesuatu online. Tapi aku tak rasa membazir kot. Benda ni ada dalam treat list 2010 aku. So kiranya pembelian ni dirancang la.

Aku beli lens Nikon 35m f/1.8. Sebab aku beli online? Dapat harga lagi murah, second hand. Barang kamera aku semua second hand sebab nak jimatkan kos menceburi hobi anak orang kaya ni. Lagipun aku konfiden barang-barang kamera ni semua orang jaga elok-elok. Ada tu siap simpan dalam peti kering (dry cabinet) lagi untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat lens tu. Jadi takde hal la kot. Lens tu orang tu beli bulan Mac tahun ni, still under warranty. Oklah tu kan.

Dalam kepala otak aku yang kadang-kadang ‘gila’ sikit ni, ada planning nak beli benda ‘besar’. haha~ Gila.. memang gila. Tapi seronok gak dan puas hati. Agaknya aku buat camni sebab nak hilangkan stress kot. Nak pergi kedai beli sendiri macam tak berani sangat pegang duit cash banyak-banyak, atau nak swipe kad debit tu. Mungkin sayang.. Tapi fikir-fikir balik macam jadi keperluan je nanti.. Korang nak tau ke apa aku nak beli? Ni hint dia.

Apa pulak pengalaman korang beli barang online?

Comments

  1. karimrais says

    aku nk tnya la dkt mne he bleh aku cri tshrt yg design dia ok n murah2…spe2 de imformation x???

  2. says

    puas hati beli brg online..murah lagi dari store…most of the time apa yg kat online memang x der kat kedai specially kat Malaysia ni…so memang selalu beli on9…
    lagi satu, SA kat Malaysia ni memang cam gampunk…lagi2 kalau yg keje2 kat butik2 tu…sombong nak mampos…layan org ikut dressing seseorg tu je…one day tu aku kenakan balik SA yg perangai camtu, terus dia tukar ke branch lain…rasakan

  3. says

    barang2 online ni guna PayPall tu ke?..nak try gak tapi tak reti dgn paypall n etc..kalau barang2 dari oversea, nak datang malaysia mesti mahal balik kan?..

  4. t.k says

    slalu sgt beli brg online.. sbb murah dari harga kedai.
    biasanya beli kat ebay. amazon. lelong.
    paling berbaloi 2 tahun lepas..
    sy beli boxset twilight saga. hardcover.
    beli kat amazon.. masuk harga shipping cuma RM198.
    tp kena tunggu 2minggu la.
    cek kat kedai buku hari tu.. RM360++
    tak ada box dan bukan hardcover.
    =D

    • ariff says

      Try google mir free trade zone. Situ ramai orang jual DSLR second hand. Aku beli lens pun kat situ.

  5. says

    aku lebih suka beli barang online..kalau lah semua kedai ada online..kan best..boleh jimat masa..nak beli pun senang je..banyak pilihan

  6. says

    owh…jarang beli2 online ni. sbb xle nk pegang2 belek2. tapi if dah mmg lame usha tinggal nk cari yg harge murah tu boleh la beli online.

  7. says

    beli domain n hosting leh kire beli on9 tak? hehe tak penah lg beli brg on9 sbb aku takut.. aku takut bile beli brg on9 tak same dengan ape yg kite nampak..dalam gambar mmg la lawa/cun tp bile dapat kat kite tak selawa/secun yg dilihat.. biar la org nk kate mentaliti aku ni cam org kampung…tak kisah pn.huhu. :) Aku lebih suka beli brg tu kat kedai, sbb leh godek2 brg tu.. hehe

  8. says

    cam kelakar plak banner tu ariff. hehe. sbb putih xde border. takpelah, thanks ye. :D

    —aku dah lama x beli barang kat eBay. malas. sbb aku addicted nak beli barang2 online.

    • ariff says

      ha’ah ek. Mula2 aku tengok cambest je. Tengok 2,3 kali balik ada sedikit kepelikan sebab kedudukan perkataan tu berubah-ubah. Patutnya kalau word ubah tempat, background color stay putih pun cantik gak. Nanti ada masa aku buat baru.

      Beli kat ebay.. tak pernah. Macam susah nak trust dan barang2 yang aku nak banyak kat tempat lain.

  9. says

    urmmm….sebulan dua ni….aku gila beli album music dari luar negara….ahahaha…gila sangat, siapa yg pergi blog aku bersusun la tengok update pasal tu je….ahahaha….

    best beli online, sebab kita rasa by comparison harga between few online shop…kita rasa benda yg kita beli murah….lol….sedar2…weh gila mahal benda aku beli rupanya…..ahahaha

    kalau jejalan kedai biasa…memang kita takkan tergerak sangat nak beli sbb selalu rasa macam x worth it….tp beli online ni…sekejap je klik paypal….ahahaha

    tapi puas hati la…kengkadang barang beli online byk lagi advantage…cuma kena fikir shipping cost je la…kengkadang mahal giler…ahahaha

    • ariff says

      Kalau music aku suka beli kat itunes. haha.. Dulu dapat beli itunes credit yang murah, so seronok la kejap shopping iPhone app ngan lagu kat itunes store

  10. Zaki Helmi says

    Aku rasa geli nak minum dari Cuplens. Tapi teringin pun ada, tengok la kalau Maja bagi. Ko tak nak beli ke? Habiskan duit sekali sekala walaupun Maja sendiri cakap dia menyesal. Hahaha. Tapi serius ianya unik.

    Pengalaman aku beli barang online ni cuma satu je kot. Tu pun bukan aku yg beli, kawan aku yg tolong beli kan dari eBay. Lubitel Universal. Rasa menyesal pun ada, tapi setiap kali aku buka kotak dan belek-belek rasa kepuasan sambil tersenyum.

    p/s: iPhone 4? Beli! Beli! Beli! Boleh cuba live blogging.

    • ariff says

      hahahaha.. iPhone 4. kalau aku tengok iklan dia lagi dua tiga round memang silap silap terbeli jugak iPhone 4 ni..

  11. says

    aku selalu beli barang online before this. Biasanya baju2 yg murah (dan ada saiz aku yg besar ni).

    lebih2 lagi layanan yg baik dan biasanya melayan kerenah memang buat aku makin suka~
    he he he~

    oh ya, aku ada beli produk eksihatan juga kat eBay sebab kalau beli dgn orang banding beli kat eBay bezanya hampir RM 100~ Gila ke? T___T

    better aku beli kat eBay, takde kos penghantaran plak tu~

    • ariff says

      Yup. Ada benda yang murah online. Tu sebab seronok kadang-kadang beli online ni. Cuma kena pastikan la barang-barang tu semua original gak.

  12. says

    Balik ke entri latest.. korek habis2.. berapa banyak entri dalam blog ni, Ariff??

    beli online? tak pernah lagi. temankan kawan beli barang online pernahlah.

    • ariff says

      Ada 338 entri. Yang awal2 tu semua macam bosan je. Masa tu masih lagi mencari identiti. haha~

  13. nawal says

    beli laptop apple kot??
    pernah beli hp on9,
    murah pun murah la jgk..
    tu yg nk beli benda lain yg murah lg,
    tgk2 dah terlebih beli pulak.. haishh..

  14. says

    apple! t.lol… aku suke update patern selendang n beli online sebab bile beli online eh nampak cantik tapi kadang kadang rasa cam nak hantar balek…waaaaaa….

    • ariff says

      buah epal? cik epal? haha~

      Kalau beli selendang ni semua, elok beli kat kedai. Boleh rasa kain tu macam mana, selesa ke tak. Kalau tengok memang buat rambang mata nak beli je la.