Belajar Takaful

IMG_5418.PNG

Sejak kebelakangan ni saya banyak membebel di Twitter berkaitan takaful. Kenapa? Sebab kat Twitter lagi banyak golongan muda. Dalam Facebook, semua umur lebih kurang saya je.

Orang muda untung ambil pelan takaful awal. Murah pun ya. Kalau ada side income time belajar, elok sangatlah ambil. Jangan habiskan duit beli benda-benda mengarut.

Cuma sekarang ni nak try target kaum hawa pulak. Bukan target apa ya.. nak bagi awareness dulu. Ramai juga client saya yang terdiri daripada gadis yang belum berkahwin, cuma saya tau ramai lagi kaum perempuan yang bekerja di luar tu yang masih belum mempunyai pelan Takaful.

Saya tau mereka ni jaranglah nak layan abang-abang insuran yang ada kat booth. Ya, stigma macam tu masih lagi tebal. Saya pun dulu kalau boleh malas nak bertentang mata dengan diorang. Takaful ni benda yang personal, jadi kita lebih cenderung untuk bercakap tentangnya dengan orang yang kita percaya. Betul tak?

Tak boleh nak tunggu harapkan bakal suami nanti ambil peduli pasal ni dan ambilkan untuk anda. Kalau kenal bakal suami yang tak peduli pasal financial protection ni macam mana?

Jadi bagaimana agaknya nak galakkan golongan perempuan (yang bekerja khususnya) untuk lebih mengambil tahu tentang takaful ni? Cuba bagi cadangan sikit. Risau pulak tengok mereka yang tak habis-habis shopping di Fashion Valet & Zalora tiap-tiap hari tapi takde lagi pelan takaful.

Sementara tu, saya akan teruskan sharing melalui #BelajarTakaful di Twitter. Kepada yang berminat, boleh baca senyap-senyap dulu, tapi kalau tak faham, sila tanya. Alternatif lain, boleh baca Bijak Takaful.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments

  • aryn

    15 March, 2015 at 1:51 am

    kadang2 org Takaful seakan memaksa kita ambil Takaful dengan dia walaupun kita baru nak tanya dan belajar. Buat orang takut nak jumpa encik takaful di mana2 :)

  • akubiomed

    12 March, 2015 at 1:36 pm

    Ambil perlindungan insuran masa muda lebih rendah premium. Berbeza jantina juga mendapat kos premium yang berlainan kerana golongan risiko yang berlainan. Wanita lebih berisiko.

  • Mazni Azmi

    12 March, 2015 at 9:38 am

    Orang perempuan ikut statistik jangka hayat lebih panjang tetapi penyakit dihidapi juga lebih tinggi dari orang lelaki

    Memang elok ambil dari awal

    Muda muda jelita dan bekerjaya

  • Cik Siti

    12 March, 2015 at 8:17 am

    Betol tu…saya dah ambil sejak tahun lepas. Tak perlu nak tunggu dah kahwin ataupun dah ada suami baru nak ambil. Perlu usaha sendiri untuk kepentingan masa depan.