Belajar SEO Dengan Google's SEO Report Card

Tak tau ada blogger lain dah sentuh pasal ni ke belum, kalau ada anggaplah sebagai tambahan.

http://denaihati.com/contest-cabaran-seo-lelaki-kacak-komen-ariff-shah

Apa itu Google’s SEO Report Card?

Jangan ingat budak sekolah je ada report card, Google pun ada tau. Report card ni adalah laporan yang dikeluarkan oleh Google terhadap laman web produk Google yang lain berkaitan SEO laman web tersebut. Walaupun laman web tu semua adalah dimiliki oleh Google, kebanyakannya masih gagal dalam implimentasi Search Engine Optimization (SEO) dan report card ni bertujuan untuk memberikan panduan kepada webmaster ni semua.

Jadi pada masa yang sama, sebagai blogger kita pun dapat faedah la daripada report card ni (itu pun kalau kita ikut semua yang disyorkan dalam tu la). Jom tengok apa tips SEO yang penting dalam laporan ni.

Tajuk Entri

Tajuk memainkan peranan yang penting dalam SEO ni. Tajuk yang bagus adalah tajuk yang membuat orang lain merasa minat terhadap entri kita dan pada masa yang sama menggunakan keyword yang popular pada masa itu. Tajuk tak boleh panjang-panjang: 60 huruf termasuk spacing sahaja, jadi kena pandai pandai la buat.

Penggunaan Meta Tag

Untuk pengguna platform Blogger, aku minta maaf la tak pandai nak explain macam mana nak buat. Untuk pengguna WordPress pula, rasanya semua dah tau pasal All in One SEO plugin dan bermacam-macam lagi plugin untuk optimize SEO blog WordPress korang. Nak cerita secara teknikal pun aku tak reti sangat tapi biasanya untuk semua entri, aku penuhkan kotak kotak kosong kat kotak All in one SEO pack.

Pengguna Blogger elok rujuk perkara ni pada Melromeo atau Kujie. Mereka lebih pakar dalam hal-hal berkaitan platform Blogger. Kalau jumpa Mel cakap Ariff Shah kirim salam. haha~

Penggunaan Heading h1,h2,h3

Penggunaan heading ni bertujuan untuk memberitahu search engine bagaimana rupa struktur page kita. Pada masa yang sama, pembaca pun faham macam mana struktur entri tersebut. Penggunaan heading ni membuatkan entri nampak teratur (macam entri ni)

ALT & Title Text Untuk Imej

<img title=”Tips SEO Penggunaan Heading Blog” src=”Tips-SEO-Penggunaan-Heading-Blog.jpg” alt=”Tips SEO Penggunaan Heading Blog” width=”600″ height=”314″ />

HTML code untuk imej sebelum ni. Tengok yang aku bold tu Title dan ALT. Kelebihan kalau buat macam ni? Imej tu akan keluar dalam Google Image Search kalau kena pada keyword.

Selain daripada tu, secara tak langsung kepadatan penggunaan keyword “Tips SEO Blog” bertambah, meninggikan lagi peluang page ni untuk rank pada page pertama Google. Peluang ya, bukan jaminan. Kurang-kurang kalau letak benda ni, daripada tersenarai kat page 20 Google search, boleh la masuk page 10 ke.. Macam tu la..

***

Rasanya itu jelah yang penting bagi aku dan yang larat aku nak tulis. Nak baca yang lengkap boleh usha Google’s SEO Report Card. Kalau nak guide SEO yang lebih lengkap boleh usha Google’s SEO Starter Guide. Masih direkemen oleh Google sampai sekarang walaupun guide tu ditulis pada tahun 2008.

Apa yang kurang harap blogger lain boleh tambah. Thanks for reading =)


17 thoughts on “Belajar SEO Dengan Google's SEO Report Card

  1. Pingback: PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas! | Denaihati

  2. thanks for sharing it… makin mantap ariffshah ngan seo…kagum dan kena blajar ni….
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Anonymous Mengamuk dan Mengganas Lagi =-.

  3. aku masih pening-pening apa kegunaan dan cara nak guna heading..ada dalam wp..tapi tak tau nak isi apa..huhu..boleh tlg?
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Laman Web Untuk Tengok Bola Online =-.

    • Hm.. Nak explain macam susah kat sini. Tengoklah nanti aku buat tutorial

  4. nice!! thanks a lot untuk entri kali ni
    sekarang ni aku sangat2 tengah belajar pasal SEO
    banyak info yang aku dapat b4 this dari web luar and in english
    so kadang2 tu ada konpius sikit la
    ape pun thx again

    pertanyaan:
    pasal heading tu, adakah kita digalakkan buat sub topic dalam entri kita? itu ke yang ko cuba sampaikan?

    satu lagi…..tittle gambar yang kita letak dalam post better masukkan keyword yang kita tag dalam all in one seo pack tu? macam tu ke?
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Finally at Home: Home Sweet Home! =-.