Barang Baik – Berapa Lama Boleh Tahan?

Kalau korang nak tau, kat Russia ni orang dia suka sangat guna barang lama. Kat universiti aku barang-barang hampir 90% barang lama. Hari tu masa lab aku ternampak kalkulator lama. Kalkulator yang jenis kena pasang plug kat dinding lepas tu lampu untuk papar nombor dia pun jenis yang mentol nombor tu. Bayangkanlah berapa lama benda tu, sampaikan masa zaman tu tak wujud lagi bateri kecik untuk letak dalam kalkulator. Memang korang takkan jumpa la benda ni kat Malaysia. Aku kagum la diorang ni, benda macam tu pun boleh maintain guna sampai hari ni.

Aku ni jenis orang yang suka guna barang sampai bertahun-tahun. Contoh paling kukuh, handset Nokia 3315 aku dulu. 4 tahun kot aku guna telefon batu tu. Sampaikan keypad dia dah tak boleh guna sebab rosak dan tak boleh repair lagi dah. Dulu memang hantu SMS. Lepas 3315 tu terus la sambar iPhone 3G, barulah orang cakap berevolusi. Aku gelak kat orang yang rajin sangat tukar phone tiap-tiap tahun ni. Kalau duit banyak puluh ribu dalam bank takde hal la, ni duit tadak nampak phone baru keluar cantik sikit dah sebok-sebok nak beli. Pembaziran!

Oh~ Kepada yang dalam friend list aku kat Facebook, minggu lepas aku ada minta pandangan nak beli kasut basketball baru ke tak. Terima kasih atas input yang diterima. Aku dah beli kasut baru semalam. Cun lah jugak. Yang kasut lama tu pun dah nak masuk empat tahun tapi tapak dia still tak jejas lagi sebab kat sini kalau bersukan dalam dewan. Jadi permukaan dia tak kasar sangat macam main kat gelanggang luar. Cuma dah ada ‘mulut’ tu la yang buat aku gatal tangan nak beli baru. Habis duit Innity bulan Februari. LOL~

Dan kasut ini akan membuatkan aku terbang dalam court. haha~

Aku rasa kebanyakan barang yang aku simpan lama-lama ni tahan sampai 4 tahun je la.. ish. Korang pulak camne? Ada lagi hebat tak?


34 thoughts on “Barang Baik – Berapa Lama Boleh Tahan?

  1. ade simpan sebatang pensel picit yg dh pakai dri form 2 atau form 3 cmtu..smpai skrg msk thn akhir (thn 4) kt u, ade lg pensel tu..blh brfungsi ngan baik. pensel picit yg beli mse 2nd year dlu dh xleh pakai lgsg..mne g ntah..

  2. perempuan mmg suka dgn benda2 baru nie..mcm lelaki lain..tp xsuma la..mcm aku kalu benda tue still bleh guna,aku guna sampai reput..hehe..walaupun benda tue dh 5-6 thn usianya..cthnya kasut sniker converse ku..beli tahun 2002.smp skg still leh pakai lg walaupun hegenye x sepadan dgn rupenyer..hehe..tp berbaloi babe.

  3. sy punya jam dah dekat lapan tahun. swatch. sampai sekarang elok n boleh pakai lagi. tapi dah simpan masuk casing dia balik. simpan tunjuk kat cucu2 esok. HAHAHA

  4. hik3..first handphone ku sampai skang masih kusimpan..dah lebih 5 tahun rasanya…masih boleh diguna lagi…hik3…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond =-.

    • Perempuan suka beli beg, baju n kasut banyak2
      :P
      Kalau aku, suka gak, cuma tak sampai hati nak beli

  5. Aku ni… jenis boros skit… ape yang ariff kata dalm blog ni… memang kene ngan aku…
    tapi aku akan jadikan tauladan…

    • Kalau ada kesedaran tu bagus la. Kadang kita ni lalai pulak bila banyak duit. Duit dah sikit baru nak kelam kabut

  6. pergh..xsabar aku nk tgok ko terbang..ada macam superman x??haha
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. recording muzik-muzik part 2.. =-.

  7. barang aku yang tahan lama..berapa ketul je…
    hp aku paling lama tahan 4 tahun..lepas tu mati tak mahu hidup2 lagi..
    yang paling lama aku simpan… novel lah.. novel paling lama aku simpan dan masih dalam berkeadaan baik lagi sudah 8 tahun..hehe
    .-= Cerita terbaru aboi.. Kalau emosi tak stabil beginilah jadinya.. =-.

  8. haku suka guna barang2 yg boleh tahan lama dari membazir duk tukar sana tukar sini.. contoh kasut.. kasut converse haku dah hampir 4thn ..nmpk season gila..kalau pakai ngan kameja kotak2 ngan jeans koyak dah nmpk mcm kurt cobain dah..haha

    • haha. Memang season habis. Puas hati sebenarnya kalau beli barang lepas tu boleh tahan bertahun-tahun.

  9. saya guna Nokia 5580 skrg ni beli awal tahun lepas sbb phone N71 dah guna 5 tahun pas tu dah format pun hang lagi bila tgh buat call, sms lg teruk… errmm tukar la… biasa la skrg ni jangka hayat brg2 skrg 5 thn je… tv kat umah pun dah buat hal – slepas 7 tahun… nak ganti LG HDTV cam en.eyriqazz pulak… hehehe…

    • Hm.. tak tau pulak TV pun boleh buat hal kalau dah guna lama2.
      Mungkin itu cara diorang ni buat duit kot. Barang2 elektronik ada jangka hayat 5 tahun

  10. sama jgk kt smtu ni,,,,mak aihh,,,lab sekolah aq jauh lagi moden bro!!! huhu

    • Itulah. Orang malaysia suka tukar barang baru tiap2 tahun. Mentang-mentanglah duit ada
      Kat Russia ni rasanya kalau benda tu dah musnah baru diorang tukar