Banyak Projek Sold Out – Siapa Kata Rumah Mahal Sampai Tak Boleh Beli?

de palma setia alam

Hari ni berlangsung hari terbuka program Rumah Selangorku untuk projek De Palma. Sebanyak 700 unit dibuka untuk jualan. Sold out katanya. Sampai pukul 9 pagi pun sold out dah.

Mana taknya. Murah beb. RM170k untuk rumah yang sama size dengan RM300k sekarang kat area Setia Alam. RM170k ni harga masa depan, maksudnya bila siap nanti yang RM300k sekarang silap-silap dah jadi RM400k. Tak ke gila tu?

setia-eco-templer

Sedangkan projek Setia Eco Templer haritu pun orang beratur berhari-hari nak beli projek harga mula RM850k, inikan pula projek macam ni. Lagilah gila.

Projek Emira Residence kat Shah Alam pun sold out sebab lokasi dia sebelah Aeon Shah Alam and stesen LRT. Nampak kan? Konon rumah mahal dan orang komplen tak cukup duit beli rumah sekarang, tapi kalau ada projek bagus, mesti sold out.

Kepada yang nak beli rumah tu, prepare awal-awal la. Masuk website rumah Selangorku, apply terus kat situ. Silap-silap boleh dapat kuota dari situ sebelum viral2 ni semua.

Berbalik pada projek kat Setia Alam. Ada beberapa fasa lagi. Rujuk website. Pastikan anda layak nak apply sebab yang layak tu confirm loan lepas kalau komitmen tak tinggi. Ada syarat minimum income ye.

Kalau tak layak medium cost, apply yang low cost. Kalau tak, cari extra income untuk cukupkan syarat minimum income. Apa-apa pun boleh. Hendak seribu daya.

Ada kenalan beratur sejak jam 6 pagi untuk projek ni. Urusan selesai jam 12 tengah hari. Zaman sekarang ni nak yang bagus-bagus memang kena usaha lebih daripada orang lain. Nothing comes easy dah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments