Banyak Mega Sale Tahun Ni

Reading Time: 2 minutes

Siapa nak main, boleh main. Ni permainan orang dewasa, risiko ada, reward pun ada. Mindset yang perlu ada kalau nak masuk dalam pasaran saham, don’t lose money. Kalau guna mindset biasa yang orang selalu guna iaitu make money, ramai yang akan jadi tamak dan ketamakan ni yang akan menyebabkan kerugian.

Don’t lose money dan anda akan jadi lebih berhati-hati dalam setiap trade yang anda akan buat dan anda akan bersiap sedia dengan segala ilmu yang diperlukan sebelum memulakan trading.

Selain tu anda perlu tahu bahawa every trader lose money. Semua trader akan mengalami kerugian, tapi yang membezakan antara mereka yang berjaya dengan tak ialah samada mereka boleh kekal dalam market untuk jangkamasa yang panjang.

Objektif saya adalah untuk kekal dalam market sampai bila-bila. Tanpa membuang masa, ini adalah antara saham yang pada analisa saya yang amatur ini akan berlaku ‘mega sale’ dan boleh dibuat untung sikit-sikit. Nanti kita tengok samada apa betul ke tak analisis saya.

Tahun pilihanraya biasanya banyak saham akan jatuh. Sebab utama adalah ketidaktentuan dalam ekonomi negara. Pelabur tempatan dan luar akan lari daripada market. Bila permintaan kurang, saham jadi murah XD Ditambah pula dengan ketidaktentuan ekonomi global, lagilah bertambah murah. Tips mudah, beli saham company yang kuat pada harga yang murah.

Antara ciri-ciri company yang kuat:

  • Mempunyai modal terbesar (big capital) berbanding syarikat lain dalam industrinya
  • Tidak mempunyai banyak hutang & pinjaman
  • Perniagaannya didorong oleh pengguna (mass market), contohnya rokok, makanan, minuman dan sebagainya

Di bawah ni saya berikan contoh satu kaunter yang mungkin akan ada mega sale dalam masa terdekat ni :P

Mudajaya

Company ni banyak dapat kontrak untuk MRT (dalam RM15 billion). Disebabkan bisnesnya sekarang banyak bergantung pada kontrak MRT kerajaan dan keadaan politik sekarang yang makin panas, risiko adalah tinggi. Baguslah. Kita lihat sejauh mana kaunter ni akan jatuh. Kontrak MRT yang mereka telah dapat dan akan dapat akan menaikkan kembali nilai saham mereka.

Disclaimer: Entri ini bukanlah trading tips atau untuk menyuruh anda membeli saham yang dinyatakan di sini. Segala kerugian (sekiranya ada) tidak akan ditanggung oleh saya.

Btw, boleh lawati blog guru saya. Antara yang terbaik. Dia tak ajar macam mana nak buat duit dalam pasaran saham sebaliknya mengajar saya macam mana untuk tidak rugi. Dua benda berbeza, matlamat sama, satu memberikan impak negatif, satu lagi positif.


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Banyak Mega Sale Tahun Ni”

  1. arrizz Avatar

    tak faham tapi its a nice reading..mungkin lepas nie boleh cuba berjinak2 main saham

  2. Ekspresi Ruang Avatar

    saham2 yg ada kontrak ngan kerajaan mmg sng turun tp sng naik balik. apa pon saham berkaitan makanan dan kesihatan lebih sustain utk jangka masa pjg

  3. hatiputera Avatar

    memang kosong pengetahuan pasal bab saham nie..cuma yang aku faham ialah bila nampak chart candle stick…kalau forex tu faham la sikit-sikit.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      konsep sama bro, lebih-lebih lagi bab teknikal analisis, boleh apply apa yang kita belajar dalam forex ke dalam bursa malaysia

  4. Zarul Umbrella Avatar

    saya bab2 share ni mmg tak berapa nak faham sangat..

  5. akubiomed Avatar

    Zero knowledge mengenai entri ini. Kalau ada unit amanah mengharapkan agen beri nasihat.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau unit amanah, boleh tanya pada Aslam

  6. KiD Avatar

    ia membuka minda kepada yang ingin mencubanya

  7. nabel Avatar

    memang ini yang saya carikan. terima kasih kongsi link sifu ang mahir.

    mana nak dapat software trading tu?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      broker akan bekalkan software tradind. Broker saya JupiterOnline.com.my

      1. nabel Avatar

        Dia beri tunjuk ajar, atau kita kena tahu menahu bab ini. Macam mana nak belajar mengenali saham serta selok belok dia? ada buku yang sesuai? atau mana-mana medium.

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Saya belajar bursa ni sebab dulu masuk forex. Main pun sebab minat. Jadi benda lebih kurang je, aplikasikan pulak ke dalam bursa. Kalau nak ikutkan, cara paling senang sekarang, pergi bank, cakap nak buka akaun CDS. Lepas tu beli saham yang paling kita suka, simpan setahun. Tengok hasilnya lepas setahun. Dari situ nanti baru dapat belajar

  8. Master Zuheir Avatar

    trimas bro.tambah sedikit ilmu aku dlm dunia saham ni.,
    boleh wat entri ark bro pasal IPO utk skrg ni,yg ku tahu gas petronas tu eah an3?

    mohon tunjuk ajar~

  9. noorsyamsul Avatar

    bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. pepatah yang sesuai dengan pasaran saham…

  10. kesoma.rai Avatar

    lebih kurang macam tak ajar macam mana nak hidup.. tapi ajar supaya tak mati..hehe..hmm..

  11. daddydee Avatar

    perkongsian yang menarik…tp diri ini masih belum ada keberanian untuk main saham…

  12. Syaz Avatar

    memang menarik main saham ni, tapi tu la, kena tau hal2 dunia dan isu semasa.. kalau lambat memang habis, pernah lah dulu try2, tp tk guna duit, cuma aktiviti free utk tau macam mana saham tu.. :D

  13. azriMy Avatar

    waaaa, saham pun kena ada seni diaaa ;D

    1. Ikhtiar Shah Avatar

      mesti la bro.hehe
      bisnes un ade seni,saham un ade seni..bah kan tido pun ade ‘seni’ atas bantal.huhuhu

  14. boni Avatar

    pergh! perkongsian yang menarik ni bro.. thanks :)