Bantu Denaihati Jadi Top 100 Alexa Malaysia

Blog Denaihati tak lama lagi akan masuk ke dalam senarai top 100 laman web yang paling banyak dilawati di Malaysia berdasarkan maklumat daripada Alexa.com. Satu pencapaian yang sangat membanggakan dan tahniah diucapkan kepada Denaihati kerana berjaya mencapai target yang diletakkan awal tahun dulu. Pada waktu ini, Denaihati sedang berada di kedudukan #103 dan aku jangkakan masuk ke top 100 dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu aku ingin mengajak rakan semua supaya membantu blogger Denaihati yang terkenal dengan motto Hidup Untuk Memberi mendapatkan tempat dalam top 100 secepat mungkin. Antara yang boleh anda lakukan adalah:

  • Memberikan linkback  ke blog Denaihati dalam entri terbaru di blog anda
  • Menulis review untuk blog Denaihati di Alexa (log in guna Facebook je)
  • Menulis review untuk blog Denaihati di blog anda
  • Mengajak rakan di Facebook & Twitter untuk melawat blog Denaihati
Antara projek/giveaway yang masih berjalan di Denaihati. Blogger yang rajin dan bijak memang tak akan melepaskan peluang ni.
  • 5 blog yang paling kerap dilawati
  • Buat duit dengan menghantar trafik ke blog Denaihati
  • Kumpul poin dan claim insentif wang tunai (klik pada rewards tab di bahagian kiri bawah blog dan lihat catalog)
  • eQurban, buat duit sambil beramal untuk membantu penduduk Kemboja
Jadi apa tunggu lagi, you know what to do. Tahniah sekali lagi kepada Denaihati kerana sampai ke tahap ini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments