Balik Kampung Buffet Dinner @ Eccucino, Prince Hotel KL

Dapat jemputan ke buffet buka puasa di Eccucino, Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur. Thanks to PersonEdge & Prince Hotel & Residence KL for the invite.

Buffet Balik Kampung ini menyajikan lebih daripada seratus jenis menu masakan istimewa dari seluruh Malaysia. Sesuai dengan tema balik kampungnya, anda akan berasa seperti berada di kampung sendiri kerana kebanyakan menu istimewa setiap negeri di Malaysia ini disajikan di sini. Oklah macam tu kan, at least yang tak dapat balik raya tu dapatlah merasa masakan dari negeri sendiri.

Malas nak membebel panjang, tengok sendiri buffet spread yang mereka sediakan.

IMG_0519

Sago gula melaka. Susah nak cari benda ni kat KL. My favorite.

Protip daripada saya, mulakan buffet berbuka puasa anda dengan dessert terlebih dahulu. Bila nak masuk main course nanti, takdelah termakan banyak sangat, seterusnya mengelakkan pengambilan nasi/daging/ayam berlebihan. Ni kalau nak jaga pemakanan la.. Tapi malam tadi saya bedal je semua, cuma masih kekal dengan rule start with dessert terlebih dahulu.

IMG_0520IMG_0536

Aneka kuih muih dan dessert pembuka bicara

IMG_0530IMG_0531

Kepada yang makan sayur-sayuran, pelbagai jenis salad dan kerabu disediakan. Antaranya, kerabu lautan istimewa, kerabu daun silum, kerabu kacang botol dengan udang dan macam pelbagai jenis ulam-ulaman. Saya tak minat sayur. Jadi kerabu ni semua memang tak usik. Tengok dari jauh je..

Settle dengan dessert, masuk main course pulak. No, saya tak makan nasi/mee/bihun atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Sate, kuah kacang dan lemang menjadi habuan seterusnya. Kombinasi yang memang saya suka sejak dari dulu lagi.

IMG_0515IMG_0524

Walaupun lemang hotel, tapi memang lembut dan masak sekata je. Telan air liur masa tulis entri ni. Sate ayam semalam memang berebut jugak la, berapa kali refill.

IMG_0533IMG_0532

Udang goreng berempah & ketam masak cili. Serius rugi tak sempat merasa. Masa tangkap gambar dah plan nak makan, start makan itu ini, terus terlupa :(

IMG_0523

Next, kambing. Roast lamb kuzi ni wajib try kalau pergi buffet.

Bila dah selesai ratah lauk ni, barulah boleh start makan benda berat sikit seperti mee, nasi, bubur, laksa dan sebagainya. Tak tau sebenarnya berapa banyak jenis laksa ada kat Malaysia ni, tapi di sini mereka menyediakan lima jenis laksa (Penang, Kedah, Johor, … lagi? )

IMG_0522

Bosan tiap-tiap hari makan masakan Melayu? Bolehlah makan sushi kalau nak tukar selera. Menu on ice (segar) termasuk: Fresh prawns, marinated green lipped mussels dan flower crab.

IMG_0527
IMG_0529

IMG_0526

Beef souvlaki. Something new. Must try!

Jamuan berbuka puasa saya diakhiri dengan ABC + pelbagai jenis topping dan ice cream sampai penuh mangkuk. Happy.

IMG_0537

Kepada sesiapa yang nak 30% untuk buffet dinner ni, simple je. Singgah kejap ke Prince Hotel, tangkap gambar bersama rumah kampung mereka (contoh seperti di atas), upload ke profile Facebook anda dan tag page Prince Hotel KL. Hubungi pihak pengurusan mereka melalui emel public.relations@princehotelkl.com.my untuk mendapatkan voucher berkenaan.

More info:

  • Page Facebook Prince Hotel
  • Website www.princehotelkl.com
  • Balik Kampung Buffet Dinner – RM105/person. Complimentary untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. RM75 selepas diskaun 30%
  • Untuk tempahan, hubungi mereka di talian 03-21708888
 

Comments

  1. says

    hohoho.. manyak lauk wooo.. Alhamdulillah rezeki lagi tuh..
    30%.. banyak tuh.. Ate.. dah berat perut jgn lupa solat terawikhnya.. hik3